Sunday, August 2, 2009

GADOH!

Aku baru selesai menonton GADOH..-6.54 am

Pendapat aku tentang cerita ini..

GADOH memang mencerminkan mentaliti masyarakat sekarang.
GADOH memaparkan isu perkauman yang berlaku dan tak pernah selesai sejak dari dulu lagi, sejak aku belum bernafas dalam dunia ini.
GADOH juga memberi nasihat kepada penontonnya, samada golongan muda atau tua. Kedua-dua golongan ini..punya mentaliti yang berlainan..makanya, nasihat kepada mereka juga berlainan.
GADOH BUKAN bersifat Rasialisme. Tapi..Anti-Rasialisme.

Tak dinafikan..aku salah seorang daripada mereka-watak pelajar Melayu dalam Gadoh itu sendiri.
Aku pernah membenci mereka-kaum cina..yang cuba melawan ketuanan Melayu. Konon. Walaupun aku sedar..aku sendiri salah seorang daripada mereka..
Darah aku ini..mengalirnya darah kaum Cina..walau tak banyak dalam setitik dua.. Cina itu moyang aku!

GADOH buat aku fikir. GADOH buat aku menangis-aku tak moody waktu itu ya!. GADOH sedarkan aku.

Kita semua SAMA! Tak ada beza!

Jangan kerana seekor kerbau berpalit lumpur..satu kandang terpalit sama!
Ada dikalangan mereka yang jahat mengalahkan hantu jin, jembalang semua. Tapi! Ada juga dikalangan kita..yang sama..berperangai macam hantu segala jin jembalang. Benar atau tidak?
Apa yang telah aku pelajari..semua yang berlaku, pasti ada penyebabnya. Dari segi persekitaran hidup kita, pengalaman yang pernah kita alami..dan banyak lagi. Tapi, kalau kita atasi satu persatu, tak mustahil..satu hari nanti Kita jadi Anak Bangsa Malaysia!

Aku! Daripada sekolah menengah..asyik bersama orang Melayu. Tempoh aku bergaul dengan orang bukan Melayu tak lama. Tolak tambah cuma dalam setahun sahaja..daripada tingkatan 4 hingga tingkatan 5.-sebab aku masuk Rancangan Khas. Konon.
Tak lama kan? Aku ingin mengenali mereka.. Aku pernah tanam niat mahu mereka jadi sebahagian daripada kita, lebih tepat agama kita!
Tapi aku tak tahu caranya. Mungkin kerana..aku tak kenal mereka. Tak kenal adat resam, cara hidup mereka.

Dan akhirnya..niat aku terkubur begitu sahaja, setelah aku masuk kolej yang semua Melayu. Setahun aku belajar di sini, kaum bukan Melayu mula muncul diri. Entah mana perasaan tak suka itu datang..
Aku protes dalam diri.. Mungkin kerana, aku berada dalam Zon-Selesa-Tanpa-Bukan-Melayu-padahal bukan sama batch pun.. Dan lama kelamaan.. Aku boleh terima! Mereka tak buat masalah.. Jadi, perlukah aku kecoh-kecoh pasal hal ini.
Malah aku lihat, kaum aku sendiri yang buat masalah! Kolej aku tak besar mana..balik-balik muka yang sama.. Sungguh pun aku bukan pelajar yang Top, Pop..Meletop! Aku tahu sedikit sebanyak hal-hal yang berlaku.

Aku tak mahu kaitkan isu ini dengan politik, tapi..hakikatnya, politik turut menyumbangkan 'busuknya' dalam isu perkauman ini!

Aku dapat tahu.. GADOH ini diharamkan tayangannya di Kg. Buah Pala, Penang.
Entah benar atau tak..aku tak tahu. Source aku di sini.

Tapi, aku syorkan korang tengok cerita ini. Kemudian, fikirlah! Betul atau tidak..filem ini adalah realiti yang berlaku dalam negara tercinta kita ini.

Sini..ada aku letak trailer dan sedutan dari filem ini. Kalau nak tengok cerita penuh..korang cari dekat YouTube tu ye! Aku bagi link utk cerita part 1 sahaja..SINI..credit to freedomfilmfest and kjanohra


Happy Watching!
Trailer:



Sedutan dari filem:




p/s:Aku sepatutnya lebih fokus dalam study field aku!Aku salah bidang ke?huhu.. Impak dari Encik Bob agak tinggi inersianya. Jauh aku terlajak..huhu..

Aku belum cukup berani laungkan 'Aku Anak Bangsa Malaysia', kerana aku sendiri belum benar-benar kenal akan Bangsa Malaysia. Tapi aku akan CUBA!!! BERUSAHA!

2 comments:

Cik Awynn said...

aku dh tgk.. mmg kte dr kecik disuntik ng rasa-benci-kaum-cina *india oso*. aku rasa sikit terasa ng dialog2 dorg.. n cara dorg memerli sekolah *institusi pendidikan*.. damn. wish i hv the voice to voice it out like they did~...

QiLaZ said...

Yup!that's true..
perasan tak?isu rasialisme ni..berlaku dekat sekolah (p) kita dulu..
tapi bukan salah guru sepenuhnya..tapi salah anak-anak muridnya..
yang mungkin 'ter'didik oleh ibu bapa yg support racist ni..
huhu..
Fikir-fikir..
=)