Wednesday, August 5, 2009

There is a TAGGED!

Sekolah dan pengalamannya:-



Sekolah mana lagi best? Rendah ke menengah?
Dua-dua..Sebab dua-dua sekolah aku tu, punya pengalaman berbeza. huhu

Apakah makanan di kantin sekolah yg korang tak boleh lupa?
huhu..Semua tak best! Hari-hari aku cuma makan roti Gardenia-yg dulu 50sen tu je.

Subjek yg korang suka dan benci. Kenapa ekh?
Aku suka subjek Sejarah-tu pun sampai tingkatan 4 je..naik tingkatan 5!dah tak suka..huhu
Aku tak suka subjek Fizik..Boring kot!-faktor guru dan diri sendiri juga! ..huhu..

Denda paling teruk korang pernah kena, sebab apa?
Aku budak baik!tak pernah kena denda..ikikikiMySpace
- tak ada lorr..Aku ni orang yang tak suka nak ingat benda-benda yang sedih, so..aku lupa lorr.


Pilih 1 hari yg paling bosan dalam sekolah. Kenapa?
Semestinya hari Isnin!kerana hari di mana bermulanya sekolah pada tiap2 minggu..huhu

Cikgu kegemaran korang? Kenapa?
Cikgu Emilia..Sebab dia warden asrama yang jaga aku dan kawan2 sejak dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5. -macam Mama pada kami lorr..Mama yang sangat gila-gila..tapi GARANG!huhu

Barang yg korang tak pernah tinggal masa pergi sekolah selain buku,pencil case, etc.
Beg sekolah lorr!muahahaha..

Perasaan korang masa nak tunjukkan report card pada parents?
hehe...selamba je kot. sebab biasanya aku dah bagitahu awal2 keputusan aku tu. huhu

Pernah rasa jealous bila member dapat markah tinggi? Apa yg korang buat?
Kadang-kala ada lah juga. Aku buat dek je kot!muahaha.. tak lorr. Biasanya aku akan cuba untuk buat lebih baik untuk ujian bulan depannya.

Jawatan paling besar korang penah pegang?
Pengerusi Persatuan Bahasa Inggeris - Sekolah Rendah
Bendahari - Sekolah Menengah

Rindu tak nak balik sekolah semula?
Kadang-kala rindu lah gak! Rindu..sampai wish for time machine, untuk kembali pada masa dulu.


Tagged:
Mereka yang mahu.

No comments: