Sunday, September 15, 2013

Korea to Cambodia

Hai! Lama tak update blog..huhu.. ^^

Sekarang dah masuk semester akhir, masa untuk buat Internship a.k.a Industrial Training (INTRA). Alkisahnya...aku dan Miss Choco hantar resume dekat banyak tempat/company, tapi no reply tak ada feedback. Follow up? Aku ada gak call tanya feedback diaorang, tapi..semua jawab ala2 "oh, anda praktikal lama lagi.."

Nak ikutkan memang la lama lagi..dalam sebulan dua bulan jugak la dari tarikh yang sepatutnya aku praktikal..tapi conformation dari company tu pentingkan..

So, aku berserah je la pada Dia..huhu..Biar Dia je yang tentukan rezeki untuk praktikal ni..

Ok, masuk cerita pasal Exchange Program(EP) pulak..U aku ni memang dari awal semester aku masuk dulu dah ada buat EP. Pun memang di tawarkan pada mereka2 yang buat praktikal..So, dah ada peluang EP ni, aku dengan Miss Choco pun try apply. Memang dengar2 dari senior dengan kawan2 kitaorang senang nak dapat pergi EP ni..Cuma tengok kuota yang ada je la..

Kami berdua mula2 apply EP ke Korea. Tapi selepas interview, keputusan lecturer buat aku dapat ke Korea, dan Miss Choco ke Cambodia. Ada lagi sorang bestfriend yang apply, pun dapat Korea.. Masa interview aku minta pergi ke Hanyang University, Korea..dan dapat keputusan "pass" dari lecturer.

Aku punya la excitedkan, apa yang dihajatkan tu dapat. Utk EP ni student kene sign agreement sbb U taknak rugi kalau2 tetiba student cakap taknak pergi EP lepas tiket dgn insurans semua dah beli..So, utk settle kan benda alah ni semua ada la dalam 2 3 kali aku ulang alik BP-KL-BP..Lepas dah sign agreement dengan pihak U, betul2 hari esoknya, orang Sime Darby call aku, tanya "Are U still available?" So, dengan rasa sedihnya aku terpaksa tolak sebab mengenangkan dah sign agreement dengan U.


Korang yang pernah baca story aku, mungkin tahu yang aku memang pasang niat nak masuk Sime Darby kan..Ya Allah, hari tu...sedih gila aku..tapi bila mengenangkan peluang utk ke Korea ni pun susah jugak nak dapat..so, aku pasrah..

Selang berapa hari lepas tu..aku diberitahu lecturer yang Hanyang tak terima student utk sem ni..So, bengang jugak la aku masa dapat tahu..Dah la baru tolak Sime Darby..alik-alik Korea pun ikut terbang sama..Nasib baik la..lecturer bagi dua pilihan sama ada nak buat INTRA di M'sia atau di Cambodia.

Masa tu juga aku jawab Cambodia..sebab Miss Choco pun ke Cambodia..Cuma kesian dekat bestie yang ikut kitaorang ni. Dia dapat ke Korea sebab dia pilih Semyung University..Dan tentunya Semyung terima student sebab Semyung ni private U..huhu..cuma limit dia mahu 2 orang student sahaja.

Itulah alkisahnya aku sampai ke Cambodia..huhu..

Aku percaya apa yang jadi itu ada hikmahnya..Jadi, yang dah terjadi itu biarlah ia..just look forward!

Overall, setakat baru seminggu ni di Cambodia..Semuanya baik..Alhamdulillah. Kawan-kawan baik, tuan rumah pun baik, senior2 dengan Dr. yang manage kitaorang pun TERBAIK!! ^^

Kami 9orang dengan bendera Cambodia

Meeting on mini cruiser boat..keke ^^


p.s: Kimyu anak tuan rumah aku memang pandai budaknye, tadika dah pandai speaking..