Friday, August 7, 2009

Kejadian Semalaman

semalaman aku menangis.
naik bengkak mata ni.

aku bukan perempuan yang suka-suka keluarkan air mata.
jangan salah faham!
tangis aku, cuma tangis insaf.
tangis aku, cuma tangis gembira.
tangis aku, cuma tangis perit.
tangis aku, cuma tangis sedikit kecewa.
tangis aku, cuma tangis aku.

satu malam aku renung diri.
satu malam otak aku ligat berpusing.
dan satu malam juga..
aku berdiskusi dengan teman aku.

terima kasih teman aku.
kerana sudi dengar kata-kata perempuan ini.
terima kasih juga, untuk idea yang bernas.
yang tak pernah aku fikirkan.
minta Allah balas ikhlas kata kamu itu.

-------------- situasi ----------------

bagaimana fikiran/rasa kau bila menasihati orang?
antagonist: ah!nasihat orang..diri sendiri tu tak cermin-cerminkan dulu ke!
protagonist: aku sudah fikir masak-masak sebelum beri nasihat.

bagaimana rasa ditinggalkan orang tersayang?
antagonist: soalan apa ni?! sudah tentu perit.
protagonist: perit. tapi aku boleh pulihkan diri.

bagaimana rasa kau pabila kata-kata diabaikan?
antagonist: peduli apa aku?!
protagonist: tak mengapa..cuba fahami dia.

bagaimana rasanya pabila dinasihati orang?
antagonist: dia ingat dia bagus?!
protagonist: dia sudah matang akal. setidak-tidaknya aku harus dengar.

bagaimana rasanya pabila lihat orang disayangi tersiksa dan terlalu obses dengan benda yang dikejar?
antagonist: biar padan dengan muka dia!
protagonist: kasihan..aku harus bantu dia!sedarkan dia!

bagaimana rasa pabila berhadapan dengan dugaan?
antagonist: aku lari! aku akan buat hal aku, kasi hilang semua masalah.
protagonist: bersyukur..kerana Allah masih sayang aku, masih ingat akan aku. Dia mahu aku kembali ke pangkal jalan.

bagaiman rasanya pabila segala penat lelah kau berhasil?
antagonist: *terdiam..
protagonist: syukur aku..kau sedar akhirnya. bina hidup baru!


p/s: Aku manusia biasa, manusia sekeliling kau, manusia yang sayang kau! Minta kau fikir orang tua kita, sebelum kau bertindak! Allah juga sayang kau!Percayalah..

No comments: