Kembali aku ke Bumi,
lama sudah aku berada di awangan.
Aku lupa jalan aku,
tapak yang pernah aku ukirkan.
Pernah aku cabar diriku,
akan lama aku di awangan.
Namun, aku tak mampu untuk bertahan.
Aku kecewa.
Bukan untuk sesiapa.
Tapi, aku.
Tanah, aku kembali.
Kembali menghidu,
jejak yang pernah aku tinggalkan.
Sayang.
Seribu kali sayang.
Bumi yang perlu aku sayangi,
yang harus aku jalani.
Bukan langit dan awangan.
Namun, sayang itu masih berbaki.
-----------------Realiti-------------------
Aku sendiri turun Bumi.
Aku takut untuk terus di awangan.
Langit itu susah diramal.
Langit itu tak semestinya indah.
Langit itu mengerunkan.
Langit itu punya bayang,
muncul kala aku tenang.
-Kini, jauh aku pergi. Korea, hati aku lari-
lama sudah aku berada di awangan.
Aku lupa jalan aku,
tapak yang pernah aku ukirkan.
Pernah aku cabar diriku,
akan lama aku di awangan.
Namun, aku tak mampu untuk bertahan.
Aku kecewa.
Bukan untuk sesiapa.
Tapi, aku.
Tanah, aku kembali.
Kembali menghidu,
jejak yang pernah aku tinggalkan.
Sayang.
Seribu kali sayang.
Bumi yang perlu aku sayangi,
yang harus aku jalani.
Bukan langit dan awangan.
Namun, sayang itu masih berbaki.
-----------------Realiti-------------------
Aku sendiri turun Bumi.
Aku takut untuk terus di awangan.
Langit itu susah diramal.
Langit itu tak semestinya indah.
Langit itu mengerunkan.
Langit itu punya bayang,
muncul kala aku tenang.
-Kini, jauh aku pergi. Korea, hati aku lari-
Credits to qistina82. Sahaja aku letak ini video, tapi aku punya sebab sendiri.
No comments:
Post a Comment