Friday, August 28, 2009

Hari-hari aku yang berlalu

Lama ke aku tak berbelog? Baru berapa hari sahaja kan..huhu

Sampai kawan aku kata.."Frust ke?" hehe

The answer..."NO!!"
Aku nak mengelak daripada kemusnahan diri, kenaikan bil-bil domestik, dan meluangkan masa bersama-sama Adik terchinta..
"Adik ya?Padahal baru semalam aku minta kebenaran untuk panggil dia 'Unni'-panggilan bagi 'kakak' dalam bahasa Korea..huhu"

Jadi sini, aku cerita hal-hal hampir dua hari aku tak berbelog, termasuk hari ini.



Aku dua malam, bermalam di 'bilik' Ana. Sebelum nak tidur..ada je hal yang keluar dari mulut aku sampai buat Ana melayan. Justeru, menyebabkan dia lambat tidur. Maaf yer yunk!huhu..
Jadi, bila aku di 'bilik' Ana..agak beratlah untuk post aku muncul di karpet putih ini..huhu..


Petang Rabu tu..
Tak banyak peristiwa yang masuk otak ni..Melainkan diri aku yang tak fokus, walhal peperiksaan pertengahan semester dah makin hampir.


Hari Khamis pula..
Petang ke Bazaar, jalan-jalan dengan Ana serta di temani dua orang pengawal peribadi-beli makanan untuk sahur. Dan malam berbuka puasa dengan 'Jiran-jiran taman sebelah' dan dua orang Serikandi.
Best tak hidup aku?!huhu...


Hari ini..
Aku balik Muar! Suka-suka! huhu.. *Lama tak jalan-jalan dekat Tanjung..Aku rindu..Kazen-kazen ku!Korang balik tak?? Bila balik nanti kita keluar sama-sama yer!*Kasi jerit biar diorang dengar..huhu



p/s: Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan semua.

Hati aku kata..

Aku nak tanya sikit boleh tak?*Kamu sekalian jawab dalam hati pun tak apa..yer!

- Salah ke kita kalau membuat suatu perkara yang mengelakkan kita daripada terjebak dengan aktiviti me'lali'kan?

- Perlukah kita buat orang terasa atas perkara yang 'Dia Tak Bersalah' hingga dia merasakan diri bersalah?

- Mengapa kita kadang-kala ingin membenci, tapi kita tak boleh kerana ada perasaan hormat?

- Berdosakah kita kalau buat orang menangis waktu di bulan Ramadhan ini?




Ok! Sini aku cuma mahu kata..Aku minta maaf. Kalau itu salah aku.. Dan aku maafkan dia kerana buat aku tersinggung..

"Saya hormat anda, dan tolonglah hormat saya. Kerana saya juga punya perasaan."

"Jangan jatuhkan saya seperti ini. Tapi, tolong bangunkan saya. Saya akan lebih fokus untuk berjaya. Terima kasih."




-Aku terlalu asyik dengan dunia aku. Bantu aku ya Pencipta Alam untuk aku keluar dari dunia aku. Aku mahu alami dunia luar. Bukan hanya lihat sahaja-

Wednesday, August 26, 2009

Hypocrite in hypocrisy

Sometimes..people can be hypocrite.
Just to cover up their mistakes.
Just to fool others.
Just to protect others feeling.
Just to look cool.
Just to hide the truth of them selves.
Just to make them feel better.
Just........ - and lots of other reason.


But! We cannot judge them by that.
Still it unforgiven, but they got reasons!
Whether they realize it or not, whether they mean it or not.
Unless, the person is truly, born as a hypocrite.




- You live you learn, You love you learn, You cry you learn, You lose you learn, You bleed you learn, You scream you learn, You grieve you learn, You choke you learn, You laugh you learn, You choose you learn, You pray you learn, You ask you learn, You live you learn-
Alanis Morissette - You Learn

Monday, August 24, 2009

Ke Bumi aku turun

Kembali aku ke Bumi,
lama sudah aku berada di awangan.

Aku lupa jalan aku,
tapak yang pernah aku ukirkan.

Pernah aku cabar diriku,
akan lama aku di awangan.
Namun, aku tak mampu untuk bertahan.

Aku kecewa.
Bukan untuk sesiapa.
Tapi, aku.

Tanah, aku kembali.
Kembali menghidu,
jejak yang pernah aku tinggalkan.

Sayang.
Seribu kali sayang.
Bumi yang perlu aku sayangi,
yang harus aku jalani.
Bukan langit dan awangan.
Namun, sayang itu masih berbaki.




-----------------Realiti-------------------

Aku sendiri turun Bumi.
Aku takut untuk terus di awangan.
Langit itu susah diramal.
Langit itu tak semestinya indah.
Langit itu mengerunkan.
Langit itu punya bayang,
muncul kala aku tenang.



-Kini, jauh aku pergi. Korea, hati aku lari-





Credits to qistina82. Sahaja aku letak ini video, tapi aku punya sebab sendiri.

Sunday, August 23, 2009

ORPHAN


-------- Do not WATCH IT ---------

Unless! If you are ready for this torture:


- Heart damage
- Bloody night
- Psychology story
- Eerie noise and scenes
- Fully pressure
- Adult understandable theory






haha..What the heck i'm trying to say here?!huhu..

Actually, i've watched this movie. Last Thursday's night, with all my friends. This story is damn suck!haha..No lorr..its GREAT!
Eventhough its good, i can hardly to say it because of its scenes. Just damn eerie! -see how much damn out of my mouth..huhu..to odd for me to say those words..huhu

So, this is 'My Story' about the movie..just simple to make you see the rough storyline of Orphan..

Its about a girl that have a problem of her hormone. Its unbalance till it made her 'young' compare to her real age. Bet you don't see yet whats is eerie+scary about it!

So, here.. She got mental or psychology problem for the unbalance/watsoever hormone problem. She is 'young' and people treats her like a young girl..and she doesn't like it as she can't have *adult thingy* like a normal women. This lead to all the heartless scenes..

See...

i suffered the heart damaged, full pressure, eerie noises and scenes along while watching the movie. But I love it! Its just great! Like Angel and Demon movie..i predict it well..-not all scenes ok!Because sometimes it gets too freaky to predict it..Damn scary!huhu..-once again the words out..huhu



I am not recommend this story to people who suffering the heart attack and people that still underage!haha..

People who studies the psychology..should watch this!huhu..

But, still you can watch this if you prepare you self..hehe

Happy watching!



p/s: I've listed the new upcoming movie that i want to watch! Its Aliens in the Attic, Final Destination 3/4-don't remember, Alice in Wonderland and New Moon-twilight sequal movie. Who want to join me?!huhu

Thursday, August 20, 2009

Kita.

Kita..
Tidur di bawah satu langit yang sama.
Cuma berlainan tempat sahaja.

Kita..
Punya rasa yang sama.
Tapi idea yang berbeza.

Kita..
Hamba kepada-Nya.
Hanya amalannya yang berbeza.

Kita..
Aku dan kamu.
Masih belum menjadi kami.

Aku..
Revolusi kamu.
Tunggu aku ya kamu!

Percayalah,
Kita..
Tiada beza.

Tuesday, August 18, 2009

Ahad malam, Isnin, dan Selasa.

Ahad malam, Isnin, dan Selasa.. Tak ada apa-apa yang menarik pun sebenarnya..Tapi ini cerita aku.

1. Aku kehilangan 'Muchuk' aku..*tak sampai 24 jam pun! Korang tau rasanya macam mana?!
  • Macam kehilangan hati, jantung dan seangkatan dengannya.
  • Macam kehilangan deria rasa kamu.
  • Macam hilang buah hati, pengarang jantung, intan payung, dan semua lorr!
Serius! Aku tak tipu..di saat 'Muchuk' aku mula berada di tangan orang lain..aku rasa macam nak kejar, ambil balik je tau! Tapi..oleh kerana dikelilingi manusia ketika itu dan mengenangkan aku punya tanggungjawab yang lain*ehem..belajar lorr tanggungjawab itu.. Jadi, terpaksa aku merelakan..*uwaaa-rasa kehilangan itu dirasai..haha

Sebenarnya..dah lama aku asyik berkepit dengan 'Muchuk' aku ni..tak pernah berenggang, jadi aku rasa kehilangan yang amat. *Padahal tak sampai 24jam pun!huh!dahsyat perempuan ni!huhu 'Muchuk' aku pergi kerana tuannya mahu miliki satu perisian. Dia pergi semata-mata tuannya juga! Jadi, salahkan tuannya yang ngada-ngada itu ya!muahahaha

2. Ok!Perkara yang terjadi juga adalah..aku jadi Tutor-buka kelas tusyen!*ceh!baru punya seorang anak murid dah nak berlagak pula!huhu.. xP Sesiapa mahu 'di ceramah lebih daripada di tutor' oleh aku..dipersilakan datang ke kelas saya di Pondok Jalan Riang yer..huhu..

3. Selain daripada itu, aku juga kurang fokus di dalam kelas..tapi bukan di Lab NP yer! Ini kerana saya Pengaturcara Berjaya!hahaha..*itu nama sahaja..bukan realiti sebenar yer. Harap maklum.. xP Nampaknya aku perlu kerahkan minda ni lagi keras untuk fokus! Kalau tak, terjunam ke Bumi aku dari pokok kejayaan. Bangun diri! Bangun dari mimpi!*maaf ye..pedulikan sahaja kata-kata tadi..huhu

Itu sahajalah coretan aku tentang sekeliling aku selama 'seperti tajuk di atas'!huhu..

p/s: Jumaat atau Sabtu ni aku balik Muar! Siapa mau ikut?huhu..

Sunday, August 16, 2009

Aku nak kongsi ini!

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan:
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan:
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata:
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan Mata:
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran:
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
Bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Saturday, August 15, 2009

A moment please!!

Aku ni bukanlah peminat 'kipas-susah-mati' pada seseorang yang akan aku nyatakan seketika nanti..
Tapi, aku minatlah juga!huhu..Sebab beli CD band dia..huhu..

Alkisahnya, hari ini aku 'overawake' jadi peneman burung-burung antu untuk seketika. So, masa aku di isi dengan 'google'ing..dan setelah merayap kat setiap pelusok laman sarang2 yg ada..
Aku tergoogle nama dia ni..dan terkeluarlah segala sarang2 yang ada..
Then aku singgah kat sarang Answer.Com..dan aku baca biografi dia ni..Aku baca sekali lalu je..setelah lepas solat Subuh..aku naik atas untuk check sekali lagi apa yang aku baca tu*untuk memastikan sesuatu!..dan aku padankan dengan tarikh hari ni..

aku pun cakap.."Lorr...Hari ni!!!"dan cepat2 aku bukak blog untuk taip entri ini..*macam lah penting sangat!


Aku sebenarnya..nak wish!!

"Happy Birthday Joseph Adam Jonas!!"

that's all..huhu..


p/s 1: First time aku buat entri untuk wish birthday orang yang tak da kaitan dengan aku!huhu-sahaja aku tulis*mana tahu dia tergoogle blog aku ni kan?muahaha, sebenarnya..bulan ni je ada 3 orang yang aku kenali dan yang aku ingat kot! akan turut sambut sama hari kelahiran mereka..cuma berkesempatan atau tak sahaja untuk aku semat dalam blog ni!
2:To Miss Chocolate..jangan geram2 ye..i bukan nak cari gadoh dengan u..tapi, i nak u kejar i..haha..cepat2!!!Cepat kejar!kasi tambah kuasa kuda 4 lejang!cepat!haha..


-Syamim Abd. Manaf..aku lupa!Selamat Hari Lahir!8 Ogos hari tu..Maaf. Moga terindah sahaja dalam hidup kau-

Nama aku..bukan nama aku?

Entri ini aku mau cerita pasal nama..

Nama-nama yang selalu/pernah aku guna/telah di gunakan untuk diri aku..


Niqie: N for Nur, I for Ismail, Qie for Aqilah..guna nama ni masa duk kat hostel dulu..sebab ramai sangat yg bernama Aqilah..dulu saya 'KAK NIQIE'..ahaaks..cam comel kan?MySpacehaha..perasaan terlampau!

Qilaz:
1st Reason-masa akal mentah dulu; Qila + Azril = Qilaz..masa ni aku suka tahap gila pada Azril Dino..drummer Frequency Canon *aku pernah komen MS kat dia and dia reply balik..suka gila aku!huhu..but now, i'm a bit shy to do like that again..sebab usia meningkat, tahap pemalu itu juga meningkat..haha ye ke?!atau alasan sahaja?huhu

2nd Reason-masa matang akal*di mana sebab pertama telah dibatalkan; Aku suka huruf Z..lepas nama aku tambah huruf Z kat belakang tu..menjadikannya QilaZ..pada aku..cam best je.muahaha..lagipun setelah aku google, tak ramai orang guna nama ni..so, UNIK!!aku suka!huhu..

Qilaz Akira: Akira means light in Japanese..nama aku pula..Nur Aqilah..Nur means cahaya..so, don't you get the connections? btw, orang Jepun pronouns huruf K..ala-ala bunyi huruf L!so, Akira..bunyinya..Akila..right?thats the logical idea..

Qiqi: Ni nama manja yang aku tak suka tapi aku sukakan juga..sebab macam comel je..haha
Ana beri nama ni pada aku..so, aku layan je..ehem, aku tak suka sebab qiqi/kiki ni nama kucing Adib*cousin Ana!!!Aku tak suka kucing!MySpacehaha..tapi kucing adalah bintang yg comel ya! Cuma aku je yang tak boleh ngam dgn kucing ni!ok?!huhu


Nur: Nama ni Ayah aku yang selalu panggil..tapi dia pronouns as NOR..!ehem, aku suka Nur-NurAmina yang kat dalam cerita Nur Kasih tu..suka sangat!huhu..

N'Bam: Ni pun Ayah aku yang selalu panggil..masa kecil2 dulu lorr..tu yang sampai besar/sekarang aku maintain tembam..hahaMySpace

Kiki Lala: Hah!Siapa panggil aku dengan nama ni..memang sengaja minta penampar dari aku..haha..kawan-kawan sekolah rendah dulu selalu panggil aku dengan nama ni..tak suka!huhu..ada satu kes aku kejar dia keliling kelas..haha..KENANGAN!Masa zaman kanak-kanak dulu..

Kayla: Ni nama ala-ala omputih yang aku letak dekat MS tu..takda apa-apa maksud pun..sesedap rasa aku aje..haha

Keyla: Kalau tak silap aku..dua orang je yg rajin tulis nama aku camni-dulu-dulu lorr huhu. Si Qaseh Bella, and Super Faris..tu je kot..haha

Qila/Kila: This is typical name that me, me family and friends use..currently! Dan..aku suka!huhu..btw, i prefer my name written..starts with Q ya!

Akak/Kakak: Biasalah..anak sulung lah katakan..Nama ni adalah tanggungjawab aku! Oleh sebab kebiasaan..kadang-kadang aku anggap semua kawan2 aku, adalah adik2 aku*kawan-kawan yang sebaya dan seangkatan dengannya!..dan adik2 tu lah tempat aku bermanja..muahaha*Ana lorr yang selalu jadi mangsa!haha Apa sebab aku kata kawan2 aku macam adik2 aku? Sebab aku lahir dulu daripada korang semua!Korang kene hormat sama aku!Kalau tak..Potong kepala!haha..MySpace

and that's all!


Ada sesiapa mau bagi nama baru kat aku?..tapi nama yang baik-baik lorr..sesiapa yang bagi nama yang tak baik itu, sengaja mendoakan dirinya sebegitu..ok!

But, among all this names...I LOVE MY REAL FULL NAME!!

-NUR AQILAH BINTI ISMAIL-

It's the best! And given from me parents!

Aku tetap Nur Aqilah ya!huhu..



Korang tak mau share cerita pasal NAMA ni ke? Sesiapa yang ada cerita disebalik NAMA..Share lorr sama aku!Remember..SHARING IS CARING!huhu..


p/s: Aku suka buat nama..Banyak juga lorr koleksi nama-nama yang ada..nanti kalau korang buntu nama masa nak cari nama untuk anak-anak korang..Cari aku yer! Aku suka untuk tolong korang..muahahaha..iklan doktor nama ke hapa ni?huhu..

-Currently, teruja dengan nama 'Anggun'..Anak Dira Abu Zahar dengan Ash(Bau)..aku suka nama tu..UNIQUE + CLASSIC isn't it?-

Friday, August 14, 2009

Aku 'Afternoon Person'




You Are an Afternoon Person



You can find energy any time of the day ... or night!

You prefer to be out and about when most other people are.

Very early mornings or very late nights aren't really your thing.

You're practically solar powered, and the afternoon is when do best.


"Aku jumpa kuiz ni kat blog Cik HanaKimi..Cik HanaKimi ni memang MISTERI betul!*nanti..akan ku korek segala identiti dier..muahaha..tapi, rasa-rasa nya dia ni berpangkat 'tinggi'! Kene hormat..
Kalau 'aku' 'kau' sahaja dengan Cik HanaKimi...boleh?Biar tampak mesra..walaupun baru kenal..heheh..

Kalau kamu semua mau tahu diri adalah orang 'Morning Person' atau 'Night Person' atau seperti aku ni..'Afternoon Person', klik Sini untuk ketahuinya. Selamat mencuba!"

p/s: Saya bukan orang 'Biadap'..Saya akan sentiasa hormat orang yang menghormati saya.

Antara 'Mudah' dan 'Sulit'

Mudah untuk menemukan sesuatu dalam buku telefon;
Sulit untuk menemukan isi hati seseorang.

Mudah untuk cari kesalahan orang lain;
Sulit untuk mengakui kesalahan diri sendiri.

Mudah untuk menyakiti orang yang kita sayangi;
Sulit untuk menyembuhkan luka hatinya.

Mudah untuk melupakan seseorang;
Sulit untuk mengucapkan perpisahan.

Mudah untuk mempamerkan kemenangan;
Sulit untuk berjiwa besar menerima kekalahan.

Mudah untuk bermimpi tiap malam;
Sulit bertarung untuk sebuah impian.

Mudah berdoa tiap hari;
Sulit untuk mendapatkan rahmat Tuhan.

Mudah untuk menyatakan cinta;
Sulit untuk merealisasikannya tiap hari.

Mudah saat mengkritik siapa sahaja;
Sulit untuk memperbaiki diri sendiri.

Mudah berfikir untuk pembaikan;
Sulit untuk mewujudkannya.

Mudah untuk menerima sesuatu;
Sulit untuk memberi sesuatu.

Mudah membaca post ini;
Sulit menerima kebenarannya.


p/s: Terima kasih kepada kawan aku yang gelak guling-guling, tidur terbongkang sama, denda tidur atas dataran sesama, serta ambil 'jurusan komputer yang macam dah nak sama' ni sesama.. Atas kiriman e-mail kamu yang tak putus-putus pada aku. "Sayang sama ko lah!!huhu.."

Thursday, August 13, 2009

Now!! I like..

huhu..

so, how's my new blog background?

isn't it feels like home..don't you think?MySpace

Thanks to Miss Chocolate for her brilliant suggestions.

It makes me wanna do like this..MySpace



p/s: Terus tak jadi nak tutup blog ni!huhu.. Warna light purple tu mencemarkan pandangan ke tak ekh?

Wednesday, August 12, 2009

I Hate This...

aku nak tutup blog ni boleh tak??
aku sakit hati!!!!!
sakit yang amat!

sebab...blog yang aku follow...semua hilang!
dah add semula..tapi bila aku pergi page lain..dia hilang semula!so, camana?

TUTUP INI BLOG!!!muahahaha.. -evil mode + crazy mode-

Apa-apa sahajalah!aku rehat+tenangkan hati dulu..nanti kalau dashboard aku dah ok!aku update apa yang patut ya!huhu..

See ya!

5 hari aku mati akal

Aku mati akal..
5 hari.
kalau nak ikutkan 4 1/2 hari sahaja..-tapi kita genapkan ye..lebih afdal*siapa ajar ni?!

dan kebetulan sedang aku mengetuk-ngetuk papan kekunci komputer riba aku yang disayangi ni..berlaku kejadian di luar rumah sewe aku ini, hal yang amat menakutkan untuk didengari..
*peh!rasa macam tak selamat pula duduk dekat kawasan taman Jalan Riang ni! GERUN aku dengar..macam pergaduhan..Entah la?!tapi serius!aku rasa tak selamat...orang yang setia jadi peneman pula tak ada..-tu la!!!siap suruh asyik balik pagi, tinggal kan dia sorang2..PADAN MUKA!!uhuks.. =( -jam 1.40 pm

*selepas 5 minit
kita kembali kepada penceritaan ye.. -selepas tenangkan diri..

mati akal aku kerana bercuti..duduk di rumah tanpa buat apa-apa..setakat kerja-kerja domestik yang anak sedara aku lebih rajin lakukannya banding aku..huhu

ini gara-gara wabak A H1N1 lorr..isk!memang jahat wabak ni!

Ok!kalau ikutkan kepala ayah aku..dia mau aku balik esok pagi*hari Rabu!-macam minggu-minggu biasa*utk semester ni tapi..oleh sebab 'assignment' yang telah diingatkan oleh Cik Adah..aku terpaksa balik ke BP ini..huhu..

Sampai di rumah sewe ni..Adah serang aku dengan soalan lagi..Nah!terus ligat akal aku..apa sebab?
QUIZ.....Tiiiidaaakk!!*baru ingat..ada kuiz..esok!sepanjang 5 hari tu..sepatutnya!kalau baca Network Cabling..boleh muntah tau tak!!!punyalah!

Ini semua gara-gara excited nak bercuti 5 hari..sampai terlupa hal-hal yang sepatutnya..*aku punya excited..sampai selipar bowling 'hari-hari aku pakai' tu, yang aku sarung bawak balik Muar..padahal sebelum sarung selipar tu..aku dah susun cantik sandal hitam aku untuk aku sarung bawak pulang tau! -Ana gelak guling-guling baca benda ni..rasanya lorr..

Apa-apa pun..nasi sudah jadi bubur..
Sekarang ni..aku mau bekukan bubur itu..kasi keras sikit..huhu..
-Wish me luck!NC quizes tomorrow-

Di kesempatan ini-setelah membebel cerita aku yang entah apa, aku nak ucap..

Good luck too..to all 'orang-orang kental' yang terlibat dalam Teater Kompilasi 2..semoga segala urusan kamu sekalian berjaya! -aku tak dapat timbulkan diri..ada hal yang lebih penting di sini. 16 Ogos aku di Kota Lumpur..tapi, masih tak dapat hadirkan diri..jiwa je kot yang boleh pergi..huhu-nanti!satu hari nanti!akan aku sampai juga..untuk tonton teater kamu sekalian!Pasti!Buat sementara ni, aku sokong dari jauh dulu ya!

Ok!sampai sini bebelan aku..terima kasih! =)

Saturday, August 8, 2009

Entri untuk Encik Bob

Tahniah aku ucapkan pada Encik Bob yang menang durian runtuh. Aku tahu kau berhak atas kemenangan itu.
Ini semua berkat usaha gigih kau yang bangkit dari kekecewaan. Aku harap satu hari nanti aku dapat jumpa dengan kau-dah jumpa sebenarnya..maksud aku face-to-face mungkin, yang beri inspirasi pada aku.

Harap maklum, bukan itu sahaja. Kau juga buat aku fikir, buat aku lihat sekeliling, buat aku matang akal. Jutaan terima kasih untuk itu.

Kalau tak percaya lihat sahaja entri aku dari mula aku menulis blog. Daripada keanak-anakkan, aku mula matang. Tapi, diri aku yang merupakan personaliti aku..masih sama tak berubah.
Cuma fikiran sahaja..Lebih matang.-sebenarnya..cara aku sampaikan cerita aku pun dah agak berbeza(untuk beberapa cereka lorr..huhu)

Ok! Semoga kau dapat yang terbaik dalam hidup..bahagia bersama orang tersayang..dan dapat hasilkan karya dan kerja yang indah-indah!

Doa aku yang lihat kau dari jauh.

Sekian.


p/s: Rm 10, 000 tu dah boleh bagi Auntie Zai satu menantu baru! Mau tunggu aku keluar daripada U ke? Masuk U pun belum lagi ni!haha..


-macam pasti je dia baca blog aku ni!huhu..tapi, tak mengapa lorr..sahaja aku tulis-

Friday, August 7, 2009

Kejadian Semalaman

semalaman aku menangis.
naik bengkak mata ni.

aku bukan perempuan yang suka-suka keluarkan air mata.
jangan salah faham!
tangis aku, cuma tangis insaf.
tangis aku, cuma tangis gembira.
tangis aku, cuma tangis perit.
tangis aku, cuma tangis sedikit kecewa.
tangis aku, cuma tangis aku.

satu malam aku renung diri.
satu malam otak aku ligat berpusing.
dan satu malam juga..
aku berdiskusi dengan teman aku.

terima kasih teman aku.
kerana sudi dengar kata-kata perempuan ini.
terima kasih juga, untuk idea yang bernas.
yang tak pernah aku fikirkan.
minta Allah balas ikhlas kata kamu itu.

-------------- situasi ----------------

bagaimana fikiran/rasa kau bila menasihati orang?
antagonist: ah!nasihat orang..diri sendiri tu tak cermin-cerminkan dulu ke!
protagonist: aku sudah fikir masak-masak sebelum beri nasihat.

bagaimana rasa ditinggalkan orang tersayang?
antagonist: soalan apa ni?! sudah tentu perit.
protagonist: perit. tapi aku boleh pulihkan diri.

bagaimana rasa kau pabila kata-kata diabaikan?
antagonist: peduli apa aku?!
protagonist: tak mengapa..cuba fahami dia.

bagaimana rasanya pabila dinasihati orang?
antagonist: dia ingat dia bagus?!
protagonist: dia sudah matang akal. setidak-tidaknya aku harus dengar.

bagaimana rasanya pabila lihat orang disayangi tersiksa dan terlalu obses dengan benda yang dikejar?
antagonist: biar padan dengan muka dia!
protagonist: kasihan..aku harus bantu dia!sedarkan dia!

bagaimana rasa pabila berhadapan dengan dugaan?
antagonist: aku lari! aku akan buat hal aku, kasi hilang semua masalah.
protagonist: bersyukur..kerana Allah masih sayang aku, masih ingat akan aku. Dia mahu aku kembali ke pangkal jalan.

bagaiman rasanya pabila segala penat lelah kau berhasil?
antagonist: *terdiam..
protagonist: syukur aku..kau sedar akhirnya. bina hidup baru!


p/s: Aku manusia biasa, manusia sekeliling kau, manusia yang sayang kau! Minta kau fikir orang tua kita, sebelum kau bertindak! Allah juga sayang kau!Percayalah..

Wednesday, August 5, 2009

There is a TAGGED!

Sekolah dan pengalamannya:-



Sekolah mana lagi best? Rendah ke menengah?
Dua-dua..Sebab dua-dua sekolah aku tu, punya pengalaman berbeza. huhu

Apakah makanan di kantin sekolah yg korang tak boleh lupa?
huhu..Semua tak best! Hari-hari aku cuma makan roti Gardenia-yg dulu 50sen tu je.

Subjek yg korang suka dan benci. Kenapa ekh?
Aku suka subjek Sejarah-tu pun sampai tingkatan 4 je..naik tingkatan 5!dah tak suka..huhu
Aku tak suka subjek Fizik..Boring kot!-faktor guru dan diri sendiri juga! ..huhu..

Denda paling teruk korang pernah kena, sebab apa?
Aku budak baik!tak pernah kena denda..ikikikiMySpace
- tak ada lorr..Aku ni orang yang tak suka nak ingat benda-benda yang sedih, so..aku lupa lorr.


Pilih 1 hari yg paling bosan dalam sekolah. Kenapa?
Semestinya hari Isnin!kerana hari di mana bermulanya sekolah pada tiap2 minggu..huhu

Cikgu kegemaran korang? Kenapa?
Cikgu Emilia..Sebab dia warden asrama yang jaga aku dan kawan2 sejak dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5. -macam Mama pada kami lorr..Mama yang sangat gila-gila..tapi GARANG!huhu

Barang yg korang tak pernah tinggal masa pergi sekolah selain buku,pencil case, etc.
Beg sekolah lorr!muahahaha..

Perasaan korang masa nak tunjukkan report card pada parents?
hehe...selamba je kot. sebab biasanya aku dah bagitahu awal2 keputusan aku tu. huhu

Pernah rasa jealous bila member dapat markah tinggi? Apa yg korang buat?
Kadang-kala ada lah juga. Aku buat dek je kot!muahaha.. tak lorr. Biasanya aku akan cuba untuk buat lebih baik untuk ujian bulan depannya.

Jawatan paling besar korang penah pegang?
Pengerusi Persatuan Bahasa Inggeris - Sekolah Rendah
Bendahari - Sekolah Menengah

Rindu tak nak balik sekolah semula?
Kadang-kala rindu lah gak! Rindu..sampai wish for time machine, untuk kembali pada masa dulu.


Tagged:
Mereka yang mahu.

Tuesday, August 4, 2009

Hari Keraian

Aku fikir kau mengerti
Faham bahasa!
Pandai membaca
Tapi meleset semua!

Aku bukan anak kecil
yang boleh kau tipu.
Aku takkan terperdaya dengan
permainan kau.

*Sial!jiwa tenang aku jadi kacau.

Keraian..
Aku terlepas untuk timbulkan diri
pada hari temasya itu berlangsung.

Aku terlepas peluang,
untuk turut menyaksikan
temasya yang julung kali
dilaksanakan itu.

Tapi..
khabar yang aku terima,
amat jelik sekali.

Bukankah temasya atau keraian harusnya indah?

Aku antara percaya atu tidak.

Tapi..
minda dan jiwa aku bersatu.
Benar!Khabar ini benar!

Buktinya..
Aku dapat lihat hodohnya
hati manusia di keraian itu
Pada suatu hari, yang cerah lagi indah.

Manusia..
Cetekkah akalmu?
Kau bijaksana..
tapi mengapa kau tidak panjangkan akalmu?

Aku mengerti..
ada kalanya, kita 'ter'cetek akal.
tapi,
adakah 'ter' itu boleh diterima logik akal?

*geleng kepala tanda kecewa

Aku harap kau dapat baca bahasa hati,
mengerti kata perasaan,
fahami lirik mata,
dan celik teknologi perilaku diri.

Sekian, maaf dari aku.



p/s: Aku menulis untuk buang segala 'semak' di kepala. Tak lama aku kecapi jiwa tenang, kacau bilau datang menyerang lagi..Tak mengapa diri, semua ini dugaan.

Sunday, August 2, 2009

GADOH!

Aku baru selesai menonton GADOH..-6.54 am

Pendapat aku tentang cerita ini..

GADOH memang mencerminkan mentaliti masyarakat sekarang.
GADOH memaparkan isu perkauman yang berlaku dan tak pernah selesai sejak dari dulu lagi, sejak aku belum bernafas dalam dunia ini.
GADOH juga memberi nasihat kepada penontonnya, samada golongan muda atau tua. Kedua-dua golongan ini..punya mentaliti yang berlainan..makanya, nasihat kepada mereka juga berlainan.
GADOH BUKAN bersifat Rasialisme. Tapi..Anti-Rasialisme.

Tak dinafikan..aku salah seorang daripada mereka-watak pelajar Melayu dalam Gadoh itu sendiri.
Aku pernah membenci mereka-kaum cina..yang cuba melawan ketuanan Melayu. Konon. Walaupun aku sedar..aku sendiri salah seorang daripada mereka..
Darah aku ini..mengalirnya darah kaum Cina..walau tak banyak dalam setitik dua.. Cina itu moyang aku!

GADOH buat aku fikir. GADOH buat aku menangis-aku tak moody waktu itu ya!. GADOH sedarkan aku.

Kita semua SAMA! Tak ada beza!

Jangan kerana seekor kerbau berpalit lumpur..satu kandang terpalit sama!
Ada dikalangan mereka yang jahat mengalahkan hantu jin, jembalang semua. Tapi! Ada juga dikalangan kita..yang sama..berperangai macam hantu segala jin jembalang. Benar atau tidak?
Apa yang telah aku pelajari..semua yang berlaku, pasti ada penyebabnya. Dari segi persekitaran hidup kita, pengalaman yang pernah kita alami..dan banyak lagi. Tapi, kalau kita atasi satu persatu, tak mustahil..satu hari nanti Kita jadi Anak Bangsa Malaysia!

Aku! Daripada sekolah menengah..asyik bersama orang Melayu. Tempoh aku bergaul dengan orang bukan Melayu tak lama. Tolak tambah cuma dalam setahun sahaja..daripada tingkatan 4 hingga tingkatan 5.-sebab aku masuk Rancangan Khas. Konon.
Tak lama kan? Aku ingin mengenali mereka.. Aku pernah tanam niat mahu mereka jadi sebahagian daripada kita, lebih tepat agama kita!
Tapi aku tak tahu caranya. Mungkin kerana..aku tak kenal mereka. Tak kenal adat resam, cara hidup mereka.

Dan akhirnya..niat aku terkubur begitu sahaja, setelah aku masuk kolej yang semua Melayu. Setahun aku belajar di sini, kaum bukan Melayu mula muncul diri. Entah mana perasaan tak suka itu datang..
Aku protes dalam diri.. Mungkin kerana, aku berada dalam Zon-Selesa-Tanpa-Bukan-Melayu-padahal bukan sama batch pun.. Dan lama kelamaan.. Aku boleh terima! Mereka tak buat masalah.. Jadi, perlukah aku kecoh-kecoh pasal hal ini.
Malah aku lihat, kaum aku sendiri yang buat masalah! Kolej aku tak besar mana..balik-balik muka yang sama.. Sungguh pun aku bukan pelajar yang Top, Pop..Meletop! Aku tahu sedikit sebanyak hal-hal yang berlaku.

Aku tak mahu kaitkan isu ini dengan politik, tapi..hakikatnya, politik turut menyumbangkan 'busuknya' dalam isu perkauman ini!

Aku dapat tahu.. GADOH ini diharamkan tayangannya di Kg. Buah Pala, Penang.
Entah benar atau tak..aku tak tahu. Source aku di sini.

Tapi, aku syorkan korang tengok cerita ini. Kemudian, fikirlah! Betul atau tidak..filem ini adalah realiti yang berlaku dalam negara tercinta kita ini.

Sini..ada aku letak trailer dan sedutan dari filem ini. Kalau nak tengok cerita penuh..korang cari dekat YouTube tu ye! Aku bagi link utk cerita part 1 sahaja..SINI..credit to freedomfilmfest and kjanohra


Happy Watching!
Trailer:



Sedutan dari filem:




p/s:Aku sepatutnya lebih fokus dalam study field aku!Aku salah bidang ke?huhu.. Impak dari Encik Bob agak tinggi inersianya. Jauh aku terlajak..huhu..

Aku belum cukup berani laungkan 'Aku Anak Bangsa Malaysia', kerana aku sendiri belum benar-benar kenal akan Bangsa Malaysia. Tapi aku akan CUBA!!! BERUSAHA!

Saturday, August 1, 2009

Mega Sale!

air mata aku..
sungguh murah.
siapa mahu?
aku kasi satu gelen.

hati aku..
sungguh lembut.
siapa mahu?
aku bagi free..
free untuk korang toreh.

otak aku..
sangat segar.
bebas dari pencemaran toksin.
siapa mahu?
aku bagi percuma sebulan.
lepas tempoh itu..korang kene bayarlah.

jiwa aku..
perasaan aku..
sungguh suci lagi murni.
siapa mahu?
aku kasi lelong dengan harga murah.

*diam

aku tak tahan..
semua tak teratur.

mungkin aku agak moody.

semalam aku menangis.
petang hari ini aku menangis.
malam pun..masih mahu menangis.
Aku tak faham!!

Aku tak kecewa.
lagikan putus cinta..
Gila!

Sah PMS!haha..

*serius

Apa yang aku tahu..
aku rindu..
entah rindu pada siapa?!
Dia..
Dia sibuk sayang.

Aku..
Mungkin..kerana aku hilang diri aku.

Sudah!
Tenangkan diri..
alih pandangan kau kepada hal lain.
Yang lebih penting..
'Dunia Kau'!
Harus diutamakan.

Dia masih jauh..
Masih gelap dari pandangan.
'Dunia kau' yang terang harus digilapkan..
kasi kilat!bersinar..
Biar silauan itu sampai ke dia.
Juga ke 'Dia'..
Kerana 'Dia' yang boleh tunjuk kau..
jalan 'Dia' dan dia.