pukul 12 tgh malam aku terjaga..aku ingat dah pagi..*means dalam pukul 7 pagi ke something like that lor..huhu.. tapi..baru pukul 12 a.m*ni dah boleh dikira pagi juga kan..haha tak lama lepas aku bangun..ana buzz YM..so, kami pun chat..sampai berair mata aku menahan ngantukku..huhu..setengah jam atau satu jam lamanya kami chatting..then aku tak dapat menahan kemengantukkan aku itu..huhu..selesai mengucapkan selamat malam pada ana..aku pun mula lah melayan perasaan..*yang nak tidur tadi!! tak boleh tidur juga..parah betul!!huhu..then..aku mengadap laptop 'cyunk' ku ni..dan mula menaip..
dan hasilnya...
Kau yang Masih Punya Nama..
dikala malam nan sepi..
aku seorang penghuni alam..
yang hanya seperti ilusi..
halusinasi bagi kau
aku..
yang tak jelas dipandang..
oleh kau..
aku..
yang tak jelas didengar..
walau teriak aku memecah gema
aku..
yang mengutip caci maki kau
aku yang menelan sisa kau..
aku yang membersihkan sampah-sampah buangan kau..
aku yang akan mencampakkan ini semua kembali kepada kau...
kau..
tak nampakkah kau akan tingkah laku kau..
tak dengarkah kau akan caci maki yang keluar dari mulut kau
kau..
yang kuku besi..
pentingkan diri..
hey!
sedarlah diri!
aku, dia, mereka
meluat melihat kau..
karenah kau
gerak geri kau..
serba serbi tentang kau..
kau tuduh aku yang aku cemburu..
mahu menjadi seperti kau..
ah!aku lebih rela menjadi diri aku
yang tidak sempurna
daripada menjadi kau..
yang berlagak sempurna..
buka pendengaran kau yang telah berkudis itu pada teriak aku..
buka penglihatan kau yang telah berpanau itu pada aku
dengar dan lihatlah sikap buruk kau..
yang telah aku campakkan kembali kepada kau
walau bagaimana buruknya sikap kau pada aku..
aku tak pernah membenci kau..
sedarkan lah diri kau
wahai kau yang masih punya nama..
1.37 a.m
me sweet room
26/4/09
Ingat nak tunggu Kak Aelyn*me 'cyunk' private pakar bahasa..muahaha baca dulu untuk buat pembetulan*btw, ayat-ayat ku di atas tidak ada kena mengena dengan si polan yang masih hidup atau yang sudah mati..hanya luahan atau mainan perasaan aku sahaja..tapi..dia tak online pun..huhu-sedih
sekiranya ada yang salah..diharap kamu tolong betulkan ya!hehe
Hari ni aku akan pulang ke Muar..dan entah bila aku akan bersua semula dengan blog kesayangan aku ini..*sabar ya 'cyunk'..kamu jaga diri ya..jangan benarkan habuk datang menghinggap ya..huhu
btw, nasib baik Mr. Bob pun seminggu di Tanjung Karang..*apa kene mengene dgn aku pulak kan?haha actually, nanti bukan aku seorang je yang tak update blog..*cam confirm je..!dia boleh online lagi kat sana!!haha..tapi..bila rindu bertandang, hati berkata, firasat menjelma...pasti aku akan berkunjung di blog ini..kembali..cuma..entah bila sahaja..
sampai di sini sahaja..
Selamat bercuti rakan-rakan seperjuangan ku..Selamat kembali bekerja Mr. ZA..huhu