Thursday, April 5, 2012

Interesting Facts for Late Nite Snacks

keke... malam2 buta macam ni.. aku dapat belajar sikit2 pasal:

Pesan Lukman al-Hakim pada anak dia.. Pernah baca artikel ni, tapi tak post kan pun.. so, malam ni aku postkan sikit je la..


01) “Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah itu adalah kezaliman yang besar.” -ayat 13, surah Lukman


02) “Dan kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Bersyukurlah kepada-Ku; dan kepada Akulah tempat kembalimu.” - ayat 14, surah Lukman


03) “Dan kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.” - ayat 14, surah Lukman


04) “Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan denganKu sesuatu yang enkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka didunia dengan cara yang baik” -ayat 15, surah Lukman


05) “Dan turutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku.” -ayat 15, surah Lukman. Lukman menasihati anaknya supaya melalui jalan yang dilalui orang salih iaitu mereka yang kembali bertaut kepada Allah dengan keimanan, ketaatan dan meredah jalan yang lurus.


06) Lukman berpesan kepada anaknya supaya melakukan ‘pemerhatian’ hari kiamat dan arahan menyuruh dan meninggalkan sesuatu perkara di dalam menongkah arus dunia ini. Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Lukman bermaksud: “Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang telah kamu kerjakan.”


07) “(Kata Lukman): Hai anakku! Sesungguhnya jika ada (amal engkau) seberat biji sawi dan ada (tersembunyi) dalam batu, di langit atau di bumi, itu akan dikemukakan oleh Allah dan Allah itu Halus (mengerti hal yang halus) dan Cukup Tahu.” -ayat 16, surah Lukman


08) “Wahai anakku, dirikanlah solat.” -ayat 17, surah Lukman


09) Lukman menyuruh anaknya berbuat yang makruf dan mencegah kemungkaran. Ini menunjukkan kepada kita bahawa arahan supaya menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran daripada ‘tugasan’ yang terkandung di dalam seruan Ilahi kepada agama Islam sejak dulu lagi. “dan suruhlah mengerjakan yang baik, cegahlah perbuatan yang buruk.” -ayat 17, surah Lukman


10) Lukman menasihatkan anak kesayangannya agar bersabar seperti dalam ayat 17, surah Lukman; “Dan bersabarlah atas segala yang menimpamu.”


11) “Janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia” -ayat 18, surah Lukman


12) “Dan janganlah berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” -ayat 18, surah Lukman


13) “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan.” -ayat 19, surah Lukman. Lukman menasihati anaknya supaya bersederhana ketika berjalan, tidak terlalu perlahan hingga menampakkan kemalasan atau terlalu lambat konon-kononnya ingin dikatakan zuhud.


14) Lukman menasihati anaknya supaya merendahkan suara dan mencukupi suaranya didengari mengikut hajat atau keperluan pendengar. “Dan rendahkanlah suaramu, sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.” -ayat 19, surah Lukman.




(sumber: Tafsir Al-Quran per Kata)

No comments: