Friday, August 27, 2010

Bazar lagi..

Entri ni tak panjang macam entri2 cerita lain ok! Sebab.... suka hati aku la kan!huhu.. ^^

Ok! serius! Sekejap je nak update ni..


Hari tu, 25 haribulan 2010, aku pergi Bazar Ramadhan dekat Stesen Universiti..ala, dekat dengan UM tu...huhu...-sila buat2 macam anda tahu, bagi yang tak tahu..kalau dah tahu, sila gambarkan keadaannya ok!huhu-


Ok! Kali ni aku pergi bersama2 rakan seperjuangan dekat U ni!bukan berdua-dua an dengan Miss Chocolate je..huhu..Kalau nak ikutkan, rakan seperjuangan sejak dari zaman kolej lagi kot!huhu..


Aku kan suka makan, ehem..sejak duduk dekat KL ni je lah tau aku suka dengar perkataan 'makan'!ok!huhu..-tapi saiz badan masih maintain..berat je dah kurang 2 kg kerana berpuasa..haha..-


Jadi, alkisahnya la kan, aku pergi dengan Miss Chocolate, Encik Afiq dan Encik Hakeem. Nak kata best tu..biasa je la..macam kau jalan-jalan cari makan dengan kawan2 kau je la kan!haha...


Tapi, oleh kerana aku ni yang macam ter'over excited', jadi hanya kerana pergi bazar Ramadhan je aku boleh senyum sampai 3 hari berturut2!serius..lepas tu 3 malam berturut2 pulak la kau menangis kan?!keke..tipu ok!..saya tak menangis pun!huhu..



Hari tu, pergi sama-sama, tapi balik lain2..bukan senang nak keluar sama-sama dengan kawan2 bila dah sambung degree ni! Tak macam kolej dulu..nak lepak boleh keluar malam, balik suka2 je sebab duduk rumah sewe. Sekarang, kami duduk di asrama, jadi wajib balik sebelum pukul 11.30 mlm ok! Dah la tak ada transport sendiri.huhu..tapi itu lain hal la..sebab, tujuan utama datang sini kan nak belajar! Tapi, jalan2 bersama kawan2 itu walau hanya pergi bazar la kan, sangat best dan kene hargai!hehe..


Terima kasih kawan-kawan..huhu..korang lah yang terbaik! Nak cakap sayang ke tak?hehe..alah tak yah cakap pun korang tau kot..aku sayang korang!haha..ehem especially 'Ajumma' sorang tu..haha.. "Noona is very pretty ok! bukan Ajumma!!saya kakak mereka ok!bukan makcik!!Argh.....-nak bertukar jadi the green hulk ni..huhu-"


p/s: Nasi kerabu dan air soya di rekemen oleh Encik Hakeem, itu membuktikan dia memang "manyak makan itu punya olang"!haha..ekh? panjang gak ekh entri ni?cis!

No comments: