Friday, August 27, 2010

Bazar lagi..

Entri ni tak panjang macam entri2 cerita lain ok! Sebab.... suka hati aku la kan!huhu.. ^^

Ok! serius! Sekejap je nak update ni..


Hari tu, 25 haribulan 2010, aku pergi Bazar Ramadhan dekat Stesen Universiti..ala, dekat dengan UM tu...huhu...-sila buat2 macam anda tahu, bagi yang tak tahu..kalau dah tahu, sila gambarkan keadaannya ok!huhu-


Ok! Kali ni aku pergi bersama2 rakan seperjuangan dekat U ni!bukan berdua-dua an dengan Miss Chocolate je..huhu..Kalau nak ikutkan, rakan seperjuangan sejak dari zaman kolej lagi kot!huhu..


Aku kan suka makan, ehem..sejak duduk dekat KL ni je lah tau aku suka dengar perkataan 'makan'!ok!huhu..-tapi saiz badan masih maintain..berat je dah kurang 2 kg kerana berpuasa..haha..-


Jadi, alkisahnya la kan, aku pergi dengan Miss Chocolate, Encik Afiq dan Encik Hakeem. Nak kata best tu..biasa je la..macam kau jalan-jalan cari makan dengan kawan2 kau je la kan!haha...


Tapi, oleh kerana aku ni yang macam ter'over excited', jadi hanya kerana pergi bazar Ramadhan je aku boleh senyum sampai 3 hari berturut2!serius..lepas tu 3 malam berturut2 pulak la kau menangis kan?!keke..tipu ok!..saya tak menangis pun!huhu..



Hari tu, pergi sama-sama, tapi balik lain2..bukan senang nak keluar sama-sama dengan kawan2 bila dah sambung degree ni! Tak macam kolej dulu..nak lepak boleh keluar malam, balik suka2 je sebab duduk rumah sewe. Sekarang, kami duduk di asrama, jadi wajib balik sebelum pukul 11.30 mlm ok! Dah la tak ada transport sendiri.huhu..tapi itu lain hal la..sebab, tujuan utama datang sini kan nak belajar! Tapi, jalan2 bersama kawan2 itu walau hanya pergi bazar la kan, sangat best dan kene hargai!hehe..


Terima kasih kawan-kawan..huhu..korang lah yang terbaik! Nak cakap sayang ke tak?hehe..alah tak yah cakap pun korang tau kot..aku sayang korang!haha..ehem especially 'Ajumma' sorang tu..haha.. "Noona is very pretty ok! bukan Ajumma!!saya kakak mereka ok!bukan makcik!!Argh.....-nak bertukar jadi the green hulk ni..huhu-"


p/s: Nasi kerabu dan air soya di rekemen oleh Encik Hakeem, itu membuktikan dia memang "manyak makan itu punya olang"!haha..ekh? panjang gak ekh entri ni?cis!

Tuesday, August 24, 2010

True Color

I am the true color of me

And I can be any color i want to

I can be blue,

I can be red,

I can be green,

I can be yellow,

I can be black,

I can be white,

I can be pink,

I can be purple,

Or any other color.

So, what?


Its not like I'm so colorful.

I am plain.

but still I can change.

People can change either, right?

So, what color do you prefer?

Do you have to ask this question to other to make u decide which color you want to be?

No!

Please don't.


Just be any color you want to.

Just choose the color you want to.

Is this color suit me?

Is this color is the right color for me?

Is this color...??

Don't you worry about the color you choose.

Because all colors are beautiful.

It will be the right color if you think it is.

Otherwise, it will look odd with you.


so, what do you think of my color today?



23/8/10
23.31 pm

Sunday, August 22, 2010

kenapa apa?

kenapa kita selalu bertanya?

kenapa tiap yang bahagia itu sementara?

kenapa rasa sedih akan tiba-tiba dirasa pabila kita tertawa?

kenapa pabila kita bersusah payah melakukan sesuatu, perkara itu menjadi sesuatu yang tak berguna pada akhirnya?

adakah kita kecewa selepas diperkatakan "hey si polan, kau tak berguna langsung!"?

kenapa harus kita persalahkan orang lain, sedangkan kita sendiri yang harus ditujalkan kepala?

adakah bahagia itu perlu dikejar?

kenapa kita perlu tunggu sedangkan kita letih menunggu?

mimpi takkan pernah jadi kenyataan bukan?

adakah kenyataan itu satu rekaan semata-mata?

kenapa tiap kali kata-kata semangat akan menjadi kata-kata tanpa semangat?

kenapa sesuatu yang sepatutnya mudah akan menjadi sesuatu yang rumit?

adakah susah untuk kita memahami perkara yang berbelit-belit?

ada sesiapa yang memahami aku?

adakah aku memahami aku?



p/s: aku tahu aku punya seseorang yang telah menyebabkan aku jadi aku. dari tulang rusuknya. hey!kau tahu aku perlu kau! kerna aku buntu dengan persoalan sekarang!

Friday, August 20, 2010

Pendapat-an aku!

Hidup ini kita mahu berteman.

Walau ada yang berkata "Aku mahu hidup sendiri!", pasti ada tergelincir hatinya mahu berteman.

Tipu kalau mereka kata tiada rasa itu.

Mereka pasti mahu berteman, walau dengan haiwan peliharaan sekalipun. Atau, apa sahaja bentuk tapi masih dalam konsep TEMAN.



Aku, kau, dia, kamu, mereka, semua mahu berteman bukan?



Sekiranya diberi pilihan, samada sendirian atau berteman. Pasti berteman yang akan dipilih.

Tapi, daripada pilihan itu, kita harus lihat pula apa yang menyebabkan kita perlu memilih. Kata lain, punca terjadinya pilihan bersendirian atau berteman itu.



Aku bagi contoh, Bercuti.

Pilihan:

1.Bersendirian: Kau akan pilih bersendirian bila kau mahu ketenangan atau mengelakkan diri daripada sesuatu atau lain2 hal yang berkenaan peribadi atau keliling kau.

2. Berteman: Kau akan pilih berteman apabila kau mahu bersuka atau mahu bergembira atau mahu mengembirakan orang keliling kau.



Walau ada masanya kita mahu bersendirian, tetapi masa kita selalunya akan dipenuhi dengan berteman. Jadi, sudah tentu berteman itu satu keperluan dan kebiasaan.



Aku sangat faham dengan konsep TEMAN ni. Jadi, adakala aku akan jadi peneman, dan adakala aku mahu berteman. Kita harus seimbangkan dua-dua perkara itu.

Jangan kau asyik mahu menjadi peneman, dan jangan kau mahu selalu berteman.

Dan yang penting dalam dua perkara ini-peneman, berteman; adalah saling memahami. Betul tak kamu?huhu ^^

Percayalah kata aku, bila dua orang menjadi satu tak kira dalam hubungan kawan atau hubungan 'melibatkan hati perasaan', tiada apa-apa yang boleh pisahkan mereka walau sebesar mana salah persefahaman.


Sebab sentiasa ada kemaafan.


Tapi, jangan kau salah gunakan kemaafan itu!ok!huhu..



Aku minta maaf. Kadang-kala aku bukan teman yang baik, tetapi aku akan cuba jadi yang terbaik untuk mereka di keliling aku. Dan kadang-kala aku letakkan harapan yang sama pada mereka di keliling aku.

Dan aku kecewa. Dan aku mula belajar, aku tak patut letakkan harapan itu pada mereka.

Aku mudah belajar dari kesilapan. Tetapi kadang-kala aku tetap ulang juga.Jahanam!


Namun, ini tak bermaksud aku akan buang rasa mahu jadi peneman terbaik.Tidak! Cuma untuk tidak rasa lagi kecewa itu, aku buang jauh2 harapan yang ada.


Sungguh aku yakin aku sangat berdikari, "kalau kene campak dekat gurun atau kutub mana pun aku boleh hidup!"-falsampah hidup aku konon! Tapi, aku tetap mahu berteman.



Dan kamu yang selalu jadi peneman setia. Bukan kamu sahaja, dia, kau, mereka, aku sangat berterima kasih kepada semua. Bersyukur aku kerana ada kalian.



Cuma satu teman 'satu hidup satu mati'aku sahaja lah yang aku tak jumpa lagi. Tetapi ada mungkin sudah berjumpa, cuma masih tak mengenali? ^^



Ok! habis satu pendapat-an aku..huhu..Terima kasih!


p/s: Jangan percaya aku! Tapi cuba fikir sendiri!ok?huhu....

Thursday, August 19, 2010

Bazar Ramadhan..

Ok! Hari ni aku lapang, jadi... here's new entri untuk blog aku!!huhu..


Nak cerita pasal bazar Ramadhan...

Dah 2 hari aku sebut nak pergi bazar Ramadhan tau! Tapi tak pergi2 pun! Sungguh tak boleh blah!huhu...


Nafsu memang nak pergi tengok bazar Ramadhan dekat Bangsar ni..Tapi..kalau diri sendiri yang tak gerak ke arah apa yang kau mahu..alamatnya..memang dalam mimpi je la kau dapat apa yang kau nak kan?huhu..



Alkisahnya, semalam lepas balik dari kampus aku berbunyi dekat Miss Chocolate..mengadu + ajak dia pergi sekali ke bazar Ramadhan tu.. Tapi tidak dilayan..huhu..sedih TT

Tapi..

Ok lah kan!"Fine..nanti aku pergi sendiri dalam pukul 5 or 6 ptg ke.." aku kata.


Lepas tu..sebelum nak tunggu masa mengikut rancangan aku tu..aku pun ber'facebook'..mesej2, bermanja2, lagi apa entah yang aku buat dengan kawan aku Encik Syahril(Yien) yang tengah bekerja..


Cerita punya cerita, dah nak pukul 5.. "ala....!!"tu je reaksi aku bila nampak jam dah pukul 5..Memang iman goyah betul! Sebab niat murni nak pergi bazar yang berkobar-kobar tu dah jadi macam 'bukan penting' lagi.. Masa tu, aku baru lepas tanya Yien pasal tempat kerja dia..siap request dia bercerita kerja2 yang dia buat lagi tu...-dasar pendengar setia aku ni!haha ^^


Ok! Lepas tu..sesi bermanja2 dengan Yien diteruskan-mampus aku kalau Aain tahu!huhu...tapi..bukan seperti yang kamu2 fikirkan ok!


Sampai pukul 6...Yien konon2 la ajak aku gi bazarkan..padahal dia nak offline..nak balik rumah da..huhu...jadi, sesi itu telah tamat.


Lepas tu...aku buat sesi bersama blog pulak! Aku update entri baru..sangat bersungguh2..memang tak boleh blah!huhu..


Dalam setengah jam lepas tu...Miss Chocolate bangun dari tidur, then ajak pergi kafeteria dekat bawah hostel kami ini untuk beli juadah berbuka puasa..Aku yang tengah bersungguh2 ni...macam layan tak layan la...konon majuk!Hampeh!huhu... ^^


Cuba kamu bayangkan...budak kecik yang tengah syok2 main2 anak patung, belek2 patung dia pastu peluk2 patung dia..gelak2 sendiri dengan patung tu...Lepas tu, tetiba patung dia dirampas orang. Agak2 apa jadi dengan budak kecik tu?


Hah! Dari contoh di atas, budak kecik itu la aku...Sengal tak sengal? Dah besar2 macam ni punya la perangai macam budak kecik kan?Adess.... ^^


Tapi..aku bukan main patung2 tau! Tak ada kerja aku nak main anak patung ok!huhu... Apa yang buat?

Aku tengah edit2 gambar, bersungguh2 nak update blog..aish....sangat tak kelakar bila kau tengah bersungguh2 buat kerja lepas tu laptop tetiba terpadam.


huhu...Tapi sangat kelakar bila hanya kerana laptop kau padam, lepas tu kau boleh tak rasa nak makan..terus hilang segala rasa la senang kata..-susah tak kata!huhu..


Jadi...itu lah cerita aku yang agak berserabut..maksud berserabut dekat sini adalah cerita aku dan aku sendiri ok!huhu...


Siap! Tamat satu cerita!...Dah tiba masa berbuka..Miss Chocolate sudah panggil untuk berbuka..huhu..suka2!! Macam budak2 je aku ni? Buka puasa pun nak kene panggil!huhu...


Ok! Selamat berbuka puasa!!!


Anak cikgu aku-Sasha..Comel tak?? Dia tengah makan tu..huhu..

- culik gambar dia jadi gambar hiasan dlm blog aku..huhu


p/s: Maaf Miss Choco..sila faham saya yang tak cukup kasih sayang dr pakcik Gee D..huhu..Saya tak stabil..Tunggu dia ada baru saya stabil kot..huhu^^

Wednesday, August 18, 2010

Saya nak bercerita!!

Ok! Seperti biasa..setelah belajar di bangunan 31 tingkat yg ada dekat tengah Kota Lumpur ni..aku akan 'free' bila tiada kelas atau lab sahaja! Jadi waktu inilah aku berazam nak update blog dengan entri baru!huhu....


Jadi cerita aku dekat sini..adalah mengenai kejadian yang dah berapa minggu berlaku..memang inilah yang bakal aku buat selama aku punya nama 'pelajar UniKL'..huhu..


Sebab apa?

Sebab masa aku harus diisi dengan belajar lah!hoho..-ceh!ayat tak boleh blah..huhu..dah tak ada maknanya lah kalau aku nak buat perangai macam dekat KPTM dulu!huhu...-tapi kadang2 ada jugak demam perangai lama tu datang!



Ok! beberapa minggu yang lepas-kalau tak silap pada 7 aribulan 8, aku dengan kawan2-yang Bella kata 'senget', telah pergi bercuti ke Air Terjun Hulu Langat kat Sg. Bemban...huhu..

Sangat best!huhu.. Bagi aku air terjun ni lagi best banding dengan Gunung Ledang tau!huhu...Tapi...yang hal nak daki air terjun H. Langat ni la yang bagi aku macam cabaran teramat!


Mungkin sebab aku dah selalu pergi Gunung Ledang, jadi dah rasa macam terbiasa tak kira lah dari segi panjat gunung tu atau suasana tempat tu sendiri.


Dari segi kemudahan..Gunung Ledang kot yang terbaik..haha..


Apa-apa pun...aku suka Air Terjun!Janji nama dia Air Terjun je...aku suka!!huhu...


Tak lama kami bersuka-ria dekat sana, sebab ada seorang perempuan ni nak beli pendrive dekat PC Fair KLCC..jadi, sangat kasihan pada mereka2 yang nak mandi lama-lama dan sampai tak mahu balik..Sorry!!huhu...


Dan...tengah hari kami gerak balik ke Kota Lumpur, ke KLCC atas sebab yang telah dinyatakan di atas..hoho... ^^


Ok! ini gambar2 kami! Sangat gembira! Terima kasih budak KPTM(Bella) dan Encik Faris!huhu.. kerana menjadi peneraju utama dalam percutian kali ni!huhu..-ayat tak boleh blah..sila biasakan dengan ayat2 sebegini kerana kamu akan muntah dengan ayat2 serupanya di lain entri!ok!haha..

Terima kasih juga kepada mereka2 yang terlibat..sayang sama kamu semua!huhu..


Jadi, enjoy dengan galeri dekat bawah ni!huhu..

Monday, August 16, 2010

Award n Tag!!huhu...

Ok! Seperti tajuk yang di atas.. korang dah tau la kan? Post kali ini adalah TAG sebab orang bagi award!huhu...

Tag ni daripada Encik Afiq yang dah lama beri tag ni tapi aku je yang tak buat-buat!huhu...Sorry Afiq..huhu.. ^^



1. ceritakan serba sedikit tentang pemberi award :)

> erm..dia ni baik, sopan santun*cam dah apa je!huhu.., Ok! serius qila!..Dia rajin layan aku, rajin gak cerita2 kat aku
> dah 3 tahun da kenal..lagi pe? hah! sangat suka menyakat Cik Chocolate si kembar aku tu..
> lagi satu! sering jadi orang yang dirujuk bila ada kemusykilan..huhu..suka suka ^^ -sebab dia tak jemu layan..haha..tak tau lah aku, kalau dia dah naik menyampah kat aku sebab asyik2 tanya dia je..huhu


2. beri tahu tentang ciri-ciri yg ada pada anda. berikan tiga tau.

> Ok! Aku ni..nampak serius je tapi, kadang-kadang senget gak..*sebab kawan dengan budak2 senget semua..hoho..
> Lagi pe? Hah! Aku dengan yakin.. akan kata.. kalau kene campak dekat gurun mana ke dekat kutub mana pun.."AKU BOLEH HIDUP!"huhu..
> Aku...sayang semua orang kat keliling aku! Serius! Tak main2..


3. tupai dalam gambar nie comel tak?

huhu..sangat comel! ^^


4. anda rasa anda special? kenapa?

> Sebab saya Nur Aqilah bte Ismail
> Sebab saya ada satu je dalam dunia ni!
> Sebab saya adalah SAYA!


5. last, hadiahkan award nie pada 7orang yang special ^~^ (pastikan mereka tahu ye)

> alorh...tak mau khusus kan dekat siapa2 la.. semua boleh ambil award dengan tag ni! ok?!huhu...



Terima kasih Encik Afiq!huhu ^^

Wednesday, August 11, 2010

Lagi 'Update!'

Huhu...Dah lama tak bercerita dekat dalam blog ni..kan kan?

Ok! Since i have nothing to do, untuk petang ni lah..huhu..aku kasi kamu kamu kamu..hah kamu yang baca la.. 'updated story' pasal aku..-ceh! macam la ada orang baca kan?huhu..



FYI, aku sekarang sudah selamat menyambung pelajaran dekat Malaysian Institute of Information Technology(MIIT), Universiti Kuala Lumpur(UniKL)
Gila tengah-tengah bandar Kota Lumpur tu..huhu..tapi bagi aku, tujuan aku datang nak belajar! Semata-mata nak belajar! Jadi, wajib teguhkan iman. huhu.. ^^



Nasib aku sangat baik, bagi aku lah..sebab bukan seorang diri datang ke bandar metropolitan ni. Ada teman. Jadi, kalau nak dibandingkan diri aku dengan kakak sepupu aku Kak Chik-yang rumahnya jadi tempat 'hotel' sementara bagi aku dengan family sebelum pergi daftar U ni dulu; kira sangat bertuahlah sebab dia dulu datang bandar ni seorang diri. Dan dialah pelopor bagi sanak saudara kami yang berpindah ke Kota Lumpur ni...huhu..



Huhu..sangat suka..dan sangat tak suka bila:
Suka:
1 - dapat rasa menetap dekat bandar 'gila besar tapi sebenarnya kecil je'
2 - dapat rasa berkawan dengan 'saudara seluruh pelusuk Malaysia'
3 - dapat pengalaman baru; aku kan suka cari pengalaman baru!
4 - dapat rasa susah!huhu...gila tak? orang kalau boleh tak nak rasa susah..aku pulak suka cari susah..sebab apa? sebab aku nak jadi 'Wonder Woman!yeah!huhu..*sebenarnya tak payah nak jadi pun sebab aku sendiri tahu aku Wonder Woman..huhu Kata lain adalah aku nak berjaya la! Bak kata org dulu bersusah2 dulu, bersenang-senang kemudian. Ok?
5 - dapat sambung belajar!itu yang paling suka gila!huhu..



Tak suka:
1 - tetiba abg saudara kata "kenapa ramai yang nak datang bandar INI?"; tak suka sebab..macam lah aku suka kan?kalau MIIT ni takat dekat Johor pun konpem aku pergi Ok?!huhu..
2 - sebab tak dapat rasa hidup dalam 'university campus' -aku punya angan2 dulu sebelum nak sambung belajar, aku nak universiti yang ala-ala mcm UM gitu..besar lagi luas kampus dia..hoho..tapi, syukur gak la sebab dapat MIIT yang satu bangunan je tapi itupun sudah penat berjalan turun naik tangga macam KPTMBP dulu..hehe , sebab MIIT ni 'city campus'..huh!tak suka..huhu...



Tapi, konklusinya..kerana aku ni positif maka yang tak suka itu..telah berkubur pun..cuma tinggal nisan dia je..huhu.. ^^

Dikesempatan ini juga...lalala~ayat poyo.. aku nak ucapkan selamat berpuasa dan maaf zahir batin tau!huu... Bye~ jumpa nanti di lain 'entry'..huhu