Tuesday, October 13, 2009

Hidup ini macam s***

Orang kata
hidup macam roller coaster.
Orang kata
hidup macam sampan di tengah lautan.
Orang kata
hidup macam, macam2 lagi!

Aku pulak kata..
hidup macam gergaji dengan benda yang digergajikan.

Kenapa?
Apa sebab aku kata sebegitu?

Tolak-ansur..

Kita boleh tolak ansur.
Kita boleh berkompromi.
Tapi..sampai satu masa..
Sekiranya, kita asyik bertolak ansur.
Sekiranya kita asyik berkompromi..
Macam benda yang digergaji itu..
Lama2..apa akibatnya?

Kita berpisah dengan separuh diri kita itu.
Kita terbelah!
Terbahagi dua!

Dapatkah kita bertahan dengan panas hujan..dengan diri kita yang terbelah dua itu?!

Pasti tidak..!
Melainkan kita benar2 tabah..
Kukuh material yang membina kita itu.

Tegas aku katakan..
Bukan tolak ansur itu salah.
Tapi biar berpada-pada, sayang..
Wahai diri!

Jangan biar gergaji itu membelah diri kau.
Biarlah orang kata yang kau pentingkan diri.
Biarlah orang caci hina kau.
Biarlah..

Hanya pinta dari Dia.
Semoga mereka dirahmati-Nya.
Dan diri kau tetap satu.
Tanpa terbahagi dua.

Ingat wahai diri.

-qilaz-
5.40pm/13.10
tepat tempat jam pengera aku berbunyi.


___________________________________________________________
Aku menulis hanya berkisarkan kisah sang peri dengan dunia indah-tapi-busuk nya sahaja.
Kerana itulah skop kehidupannya.
Mungkin satu hari nanti minda aku boleh menulis tentang dunia hidup manusia2 yang sang peri itu jaga.
Satu hari nanti..Wallahualam.

No comments: