Wednesday, October 14, 2009

Benci!

Aku benci.
Aku benci benci!
Aku benci pada engkau.

Engkau!
Bulan yang menerangi alam tatkala gelap malam.

Aku benci engkau.
Bintang yang berkelipan, yang men'gedik'kan pabila gelap malam.
Aku benci engkau!

Kerana apa?
Kerana gelap malam itu..aku punya!
Aku mahu ia gelap.
Tiada bulan atau bintang.
Biar ia gelap!
Segelap hati aku.

Malam nan gelap itu,
Sudah indah bagi aku.
Tak usah ada bulan atau bintang.
Konon!
Bulan dan bintang itu penyeri malam.
Tidak!
Aku tidak percaya.

Dan malam..
Selamat tinggal.

-qilaz-
enam jahanam.

-------------------- peringatan ------------------

Tiada kene mengena dengan tidak puas hati pada ciptaan/kejadian Dia yg Maha Esa
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.

No comments: