Sunday, September 2, 2012

Untungnya saya 'Student'

SELAMAT HARI RAYA!!
Maaf Zahir dan Batin~
hee..Nak bercerita..Best cuti raya kali ni. Walaupun simple je preparationnya. ceh! simple.., macam la kau yang prepare kan?hehe.. ^^ Ok. Tahun ni tiba giliran beraya dekat Rumah Tok Yah (Felda Sri Ledang). Aku bangga jadi sebahagian famili Haji Sahat Lembu ni..keke ^^ sebab tiap-tiap tahun ada giliran beraya dekat mana. Macam tahun lepas kalau tak silap aku, beraya dekat Parit Laman, Parit Sulong rumah Pokda aku. hehe ^^

Ok, sambung cerita pasal preparation raya. Aku tak banyak membantu pun. keke ^^ Takat mop-mop ala Cinderella, masak-masak macam main pondok-pondok keke ^^.. sebab takat potong-memotong, goreng-mengoreng, yang terer sikit anyam-menganyam ketupat la..hehe.. sampai tak tidur malam. Gigih punya pasal! haha.. Last sekali kerja yang aku buat, gantung langsir dekat rumah Tok Yah. Nak gantung langsir dekat rumah sendiri, balik-balik je dah siap bergantung da langsirnya. ^^

Kuih? Semua ibu main tunjuk je..keke ^^ Pun balik-balik je dah tersedia.

Apelagi...? Baju raya? Adik aku Nadiah yang pilih/belikan. haha. Aih..macam teruk bebenor aku ni..haha ^^ Tapi!! Sila ambil perhatian pada tapi ini ye.. Tapi Adik beli masa dia, ibu, ayah dan semua yang berkenaan pergi ke Carrefour WM ye.. Semua pergi kecuali aku, sebab aku ada kelas masa tu.. Ada tanggungjawab yang lebih penting sebagai seorang 'student' hehe ^^

Malam nak raya, aku excited tunggu Iqbal balik ke rumah Tok Yah. Almaklum la..adik aku seorang ni baru dapat kerja, lepas tu orang baru kerja ni kan susah nak dapat cuti. Jadi, dengan tak ada cuti ni pun, sebab semangat nak beraya dengan famili, Iqbal balik dari kerja pukul 12 tengah malam baru gerak dari JB ke Sri Ledang. Aku agak-agak pukul 3 atau 4 pagi juga dia sampai dekat rumah Tok Yah. Alang-alang dah tunggu Iqbal sampai pukul 3 pagi, aku lajak tak tidur sampai Subuh. Lepas tu pagi raya, aku jadi Sleeping Beauty..Walaupun keliling aku ramai adik sepupu yang main-main dekat bilik, aku elok je tidur.. haha.. Aku sedar-sedar je, ada adik sepupu yang tidur sama dekat sebelah aku. haha. Aih! Pengaruh yang buruk.. Adik-adik sekalian, jangan mencontohi aksi sebegini ya. haha.

Selesai dengan Intro!haha..baru intro dah panjang gini..gila panjang. ^^

Ok. Apa yang untung jadi student ni? hehe... Kalau orang Cina, selagi tak kahwin.. boleh dapat Ang Pau kan? Kalau famili aku pulak, selagi tak bekerja, anda masih layak untuk terima duit raya. hehe ^^  Itulah yang untung ye saya masih 'student'.. hehe..

Untuk raya ni, keuntungan aku adalah sebanyak 30% daripada elaun Abang Mara bagi..hehe ^^ Cayang Tok Yah, Tok Mak, Pakcik Makcik Abang Kakak Saudara semua. hehe...


Malam nak balik KL, aku bukak sampul duit raya tu dengan sayu. TT sebab...entah tahun depan dapat lagi ke tak duit raya ni.. uhuhu... Then, untuk kurangkan kesedihan tu..aku ambil gambar kenangan..untuk buat pertama kali nya.haha.. Sebab tahun-tahun sebelum ni, rasa masih muda, jadi tak ada gambar kenangan duit raya ni.. Cam nak buat apa je kan..haha Tahun ni dia mula sedar diri udah makin berusia..keke ^^ sebab itu baru rasa perlu ada kenangan..keke ^^

Jadi...inilah gambar "Smmmiiiillllleeeee" keuntungan raya aku.keke ^^

Agak-agak berapa jumlah sebenarnya? teka-teka..haha ^^


p/s: post ni aku dah karang 26/8 ritu lagi..
p/s lagi: aku cerita tak habis pasal Iqbal, dia tak dapat cuti, tapi sebab 1 hari raya tu dia kerja shift petang pukul 4, jadi lepas sembahyang raya, salam-salam, makan-makan semua pukul 12 tgh hari dia gerak balik JB semula. Aih! Gigih adik aku seorang ni..hehe ^^

No comments: