Sunday, November 1, 2009

Kisah hari ini.

Huhu.. xP

Hari ni aku hadir ke bengkel penulisan kreatif di kolej aku..
Di sana, aku belajar cara2 untuk menulis cerpen. Sebenarnya..aku tak berminat sangat dengan cerpen..aku lebih minat dengan sajak dan puisi.. Tapi, setelah aku pergi ke bengkel penulisan ni.. Aku menjadi lebih berminat untuk menulis cerpen..

Tapi! Untuk menulis sebuah cerpen..kita sendiri perlu ada minat+bakat+idea dan paling penting bahan untuk cerpen itu sendiri! Mana dapat bahan? Melalui pembacaan..dan itulah yang agak susah pada aku!

Sebab..aku ni baca ikut mood! Bila mood membaca datang..dia automatik baca 24 hours.. Susahkan?! Orang yang ikut mood ni!uish!!-geleng kepala-

Tapi, sekali aku baca..memang aku akan tiba-tiba boleh menulis..buktinya? Sejarah aku bermuka ber'blog'.

Aku berblog pada mulanya kerana pengaruh kawan..dan melalui..PEMBACAAN! Aku tertarik untuk membuat blog atau kata lain untuk menulis setelah aku membaca blog rakan. Dan setelah berjinak2 dengan blog..aku terhenti seketika.. Selang beberapa bulan, aku membeli novel 'Twilight Saga" aku tu..dan automatik..aku kembali dan boleh tulis blog mengenai novel aku beli.. Sebab apa? Sebab aku baca..huhu xP

Jadi, apa yang dikatakan pensyarah aku itu..adalah benar! Dan aku akan terus menulis!Pasti..cuma mungkin..ambil masa yang agak lama.. Kerana aku tunggu 'mood', kajian dan masa itu sendiri.

Ok! Sampai di sini.. Minggu depan sudah bermula minggu 'revision'! Semoga berjaya rakan2 ku.. All the best untuk kalian! Tak lupa pada seseorang yang agak jauh dan mungkin akan semakin jauh..pada tahun hadapan.. Sekiranya kamu membaca..Semoga berjaya ya untuk peperiksaan..aku tak lupa kamu..Cuma tiada masa untuk bertanya khabar.. Aku janji sebelum aku praktikal..aku jumpa kamu dulu ya!!

Sekian..

No comments: