Tuesday, July 28, 2009

Minggu aku..

20 - 26 Julai 2009
Isnin - Jumaat: Kelas macam biasa, assignments pula agak luar biasa-mungkin kerana SEM 5..tiada masalah!cuma kejutan minda sahaja..haha, lain-lain hal..semua perkara merosot!tak macam minggu pertama..huhu

Sabtu - pagi: Temani Miss Chocolate pergi ke Kelas KPP..Aku VIP!dapat pass percuma masuk untuk dengar ceramah sekali lagi..Benda yg agak sama..tapi, isu semasa yg dibincangkan sangat membuatkan mata aku yg sepet ni bertukar bulat!huhu..-untuk sesi pagi sahaja lah!sesi petang tu, tak dapat pass VIP lah..huhu

Sabtu - petang: Aku balik Muar-sambut hari kelahiran adik aku si Iqbal tu..Sampai dekat rumah masuk bilik pujuk Adek-si Nadiah yang tengah merajuk..Kalau mood aku tak ok masa tu, jangan harap aku nak pujuk!nasib baik tengah mood 'melayan'..huhu..

Sabtu - malam: Makan-makan di Pizza Hut..Sempena 'Birthday Boy'..huhu

Ahad - pagi: Beristirehat di rumah..huhu - tak tahu pun aktiviti belah petang hari tu akan memerlukan tenaga yang agak luar daripada biasa..haha

Ahad - petang: Pergi dusun Tok Yah-atuk aku, Ibu's side.. Kami iaitu Ibu, Ayah, Iqbal, aku dan Tok Yah-tentunya!pergi ke dusun untuk memetik dan mengait buah duku langsat..-kecil-kecil comel je buahnya..tak macam tahun lepas.. Aku lah manusia paling riuh dekat dusun tu..macam orang jakun pun ada..-tiba-tiba tersedar dari koma..huhu bukan tak pernah masuk dusun tu..tapi dah lama tak pergi dusun tu, kiranya sejak aku masuk kolej lah!seingat aku.. terakhir aku pergi dusun tu masa di sekolah menengah dulu..

Dusun Tok Yah: agak mengecewakan bagi aku..kerana dusun tu dalam perancangan untuk berubah kepada 'kebun' kelapa sawit..gurau aku pada ibu "Laa..nanti kene beli lah buah-buah ni, kalau nak makan.. Akak baru ingat nak ajak anak cucu gi dusun ni nanti!" huhu..

Masih Ahad-petang: Balik dari dusun..rehat jap..aku terus main badminton. Peh!tak pernah aku begitu aktif sebegini dalam sehari..-kecuali pergi camping ke pe..itu biasa..huhu

Akibat keletihan..aku tak balik Batu Pahat pada hari itu..Miss Chocolate ku tinggalkan dengan agak kejam..tapi..setiap peninggalan aku itu, pasti ada perkara yang istimewa yang terjadi kepada beliau..'Improvement!'..huhu

Sampai sini sahaja..bawah ada 'peach' yang sempat ku rakam.


Adik-adik yang selesai/tengah makan


mereka yang gigih..aku pula mencuri tulang untuk mengutip 'peach' ni..huhu

mereka ber'posing'




dan..seorang makcik yang gigih..




ops!maaf..'peach' beliau tak mendapat keizinan tuan badan untuk tatapan umum!huhu

2 comments:

♥anachan♥ said...

imprvment?
wht do u mean?
lalala~~




p/s:i nk request 'peach' makcik 2 tuk display kat sni..
'peach' 2 chomel..
bley la..
please...
*meryu dgn mke yg comei
=]



Word Verification: hansaryo. =?

QiLaZ said...

haha...
harap maaf..
permintaan anda tak dapat dilaksanakan.

-dah selalu nampak muka comel kamu..so, dah tak tergugat imanku-
muahahaha
xP