Monday, October 29, 2012

Korban 26 Oktober 2012

Petang 25 Okt. 12:
Aku n adik ke rumah Pokda, atas arahan mem besar..hehe ^^ Kiteorang berdua ni kiranya wakil bg pihak ibu ayah la utk rewang, tolong-tolong Mokda apa-apa yang patut. Dalam pukul 5 petang ibu, ayah n Iqbal sampai dekat rumah Pokda lepas tutup kedai. Lepas tu, kitaorang rewang sampai malam;sempat siap masak rendang, ketupat, sambal kacang dgn ayam masak merah(aku yang rasmikan dulu, lepas ibu siap je masak aku pun terus ambil seketul n makan..^^). Tak ingat balik rumah pukul berapa. Yang pasti masa tu tak lama lepas Kak Ein(anak sulung Pokda), hubby dia n adik ipar kak ein(Ipin kot nama dia) sampai dekat rumah Pokda;bawa balik kereta Preve' baru tu, fresh lagi bau kedai..keke ^^


Pagi 26 Okt. 12:
Bangun, siap-siap semua, lepas ayah n Iqbal balik dari masjid, kitaorang gerak ke rumah Pokda dalam pukul 11 la kot masa tu..Sampai-sampai je, Mokda tengah makan n ajak makan sekali, agak kitaorang langkah kanan la kan..^^ Lepas makan tu..aku n adik relaks-relaks tengok tv sementara nak tunggu lepas Zohor;utk korban lembu..


Petang 26 Okt. 12:
Masa relaks tu sempat la tengok Home Alone 2, then tengok Strong Heart 2 dalam setengah jam je sebab masa tu ayah dah ajak pergi surau tengok lembu korban. Surau dengan rumah Pokda tu tak jauh pun, jalan kaki je kiteorang ni..aku pergi dengan ayah n Iqbal. Sebelum kitaorang pergi, Pokda, Kak Ein, Abang Apit(anak bongsu Pokda) dengan Ipin dah pergi dulu. Aku sampai je dekat surau, Kak Ein bagitahu lembu dah terlepas..aku macam "huh?!!!" then Kak Ein cakap "Betul..bukan main-main.." Aku 'blur' masa tu;otak kosong, bukan tak percaya. hehe.. Kak Ein bagitahu lagi yang Pokda, abang Apit, adik ipar dia dengan ada beberapa orang kampung tengah cari lembu tu..Then ayah n Iqbal pun ikut cari lembu tu tapi ke arah yang lain dari Pokda. Tengah-tengah panas tu boleh pulak hujan turun..nasib baik kejap je..kesian dekat Hero-Hero Malaya yang tengah cari lembu ni.. ^^ Dalam 10 minit lepas dapat tau lembu terlepas, adik, Mokda n Ibu sampai dekat surau. Diorang lambat sebab buat air utk orang yang rewang korban ni. Terkejut jugak la diorang bila dapat tau, hehe.. Then, hampir satu jam lepas tu, kitorang yang dekat surau ni nampak kelibat lembu. Owh kejap, lupa nak cerita..Family mertua Kak Ein pun ikut korban lembu tahun ni (Family mertua kak Ein yang ada masa tu mak n ayah mertua Kak Ein, along n isteri dia anak beranak, dengan adik ipar Kak Ein yg kedua terakhir), ok..sambung balik.., lepas nampak kelibat lembu tu..adik ipar kak Ein yang kedua sebelum yang bongsu tu pun pergi kejar lembu tu.. Orang kata lembu tu sempat main-main dengan lembu orang kampung yang duduk dekat dengan surau tu lagi..aigoo.. ^^ Masa tu la, si adik ipar kak Ein, Ipin tu dapat ambil tali pengikat lembu tu, tapi sebab orang ramai mula datang dekat lembu tu..lembu tu panik n lari lagi..kesian Hero Malaya kita si Ipin tu..haha ^^ tangan dia luka sebab terheret dengan tali lembu tu..auww!mesti pedih..then yang abang dia. kaki terkene duri..dia kata kalau tak boleh tolong kejar lembu tu sekali dengan Ipin..masa Ipin dapat pegang tali lembu tu.. so, lembu tu terlepas kali kedua..lagi paling syok, lepas terlepas kali kedua tu, lembu tu lari depan mata aku..hehe..kalau nak ikut kan macam boleh je aku tahan lembu tu..sebab dia lari takde la laju macam kuda pun..keke..tapi sebab dia lagi berat dari aku, tu yang aku takut nak tarik talinya..takut nanti bukan aku dapat berhentikan lembu tu, takut aku yang tersungkur kene tarik dengan lembu tu..huhu ^^ Dah la jalan tar..ngeri2...nasib ada Hero Malaya lain yang tak injured lagi..haha.. Iaitu ALONG!!!!keke..dia la yang paling terbaik sekali, mandi peluh sebab jogging kejar lembu tu..hehe ^^ Jauh lembu tu lari sampai redah 3 kampung..then baru la ada orang yang tolong Along tangkap lembu tu..keke..

Dalam sejarah family aku, ni la pertama kali jadi perkara macam ni..FYI, korban tahun ni, first time ibu ayah letak nama aku..sekali dengan Iqbal. Pengalaman pertama la kan bagi aku..itu kira lembu aku la kan yang terlepas..keke..aigoo.....Terima kasih bebanyak la dekat Along!!hehe..tapi tu pun lembu Along jugak.. ^^ Lagi yang jadi sejarah utk peristiwa korban tahun ni, lembu tu di sembelih di tepi jalan besar (Jalan Simpang Lima/Parit Sulong), sebab takut dia terlepas lagi.. Aih! Tak pernah di buat orang..keke ^^ Dari lepas Zohor sampai la dalam pukul 5 lebih, baru selesai korban tu..Dugaan.. ^^

Selesai rehat semua, pukul 6.45 aku n family keluar pergi beli tiket aku utk balik KL. Dlm hati aku, macam "tiket dah habis ni"..n bila sampai dekat stesen bas, it's confirmed sold out!jadi, beli tiket balik hari Isnin la jawabnya..^^

Malam 26 Okt. 12:
Lepas selesai beli tiket dengan barang-barang keperluan rumah, kitaorang balik semula dekat rumah Pokda..Masa tu Hero-hero Malaya dah tumbang da.. ^^ Kesian diaorang.. Takpa lah, Pokda kata cerita ni tahan 2 tahun jadi bahan gelak n kenangan.. ^^


-Tamat-


p/s #1: Anak Along si Idlaal dengan Nazhan COMEL sangat..!!!geram aku..yang Idlaal ikut rupa Baba dia, Nazhan ikut rupa Mama dia..^^
p/s #2: Ipin tu junior aku..sama UniKL tapi dia MFI.. so, ada kemungkinan akan jadi senior Nadiah..keke..
p/s #3: Balik dari KL boleh kebetulan sama bas dengan Abg Apit..masa jumpa tu, dia boleh main tarik-tarik beg aku pulak..  ^^

p/s lagi: eye-to-eye + "Rendang?" + tolong tarik kerusi + aku buat muka, sebab air termenitik n terkena Nazhan..kenangan jugak tu...agagaga....

No comments: