Tuesday, June 29, 2010

Semula Hikayat Si Rama-rama

intro: huhu...nak di mulakan cerita, alkisahnya aku belek-belek atau kata nama lain aku buka peti draft dekat hp aku. Satu-satu draft aku baca. Dan aku jumpa satu benda yang buat aku rasa macam "ni aku ke yang taip?" huhu.. dan..pagi ni aku belek pulak blog aku. Baca setiap draft yang ada. Dan aku jumpa..Hikayat Si Rama-rama yang pernah aku post dulu. Seingat aku, post tu adalah luahan hati aku pada yang 'entah siapa, aku pun tak ingat!'...huhu.. Almaklumlah..ini kerana aku antara orang yang tak suka nak ingat benda-benda yang menyakitkan hati. Buat semak je dalam memori aku!huhu.. jadi, setelah sudah lama aku tak berpuitis 'konon!' dalam karpet blog aku ni, aku hidangkan semua ayat-ayat aku ni! ok?!haha.. sila ambil beg plastik dahulu sebelum membacanya ok?!haha...tak adalah..it's not that bad!ok...enjoy!



Hikayat Si Rama-rama


Cuba kau lihat.
Cantiknya rama-rama itu.
Tapi..
Ada kau fikir tentang kisah riwayatnya?!

Terbangnya, tampak girang.
Tapi apa yang tersembunyi sebalik terbangan ia.
Ia terbang cari madu-madu bunga.
Yang entah tiada pasti hadirnya.

Cantik..
Luarannya..
Tapi kau tahu?
Hayatnya..
Singkat!

Sayang..seribu sayang.

Dan jangan kau fikir.
Aku mempersoalkan atas kejadian Dia.
Tidak!
Ini hanya metafora si Peri yang suka-suka berkhayal.


Jadi, apa yang sebenarnya yang cuba disampaikan?


Wahai setiap diri.
Jangan kau pandang luaran diri hamba Dia yang lain.
Walau cantik luaran, riang gembira.
Suka duka, pahit manis,
hikayat riwayatnya..
Tak siapa tahu.

Jangan kau pandang rendah pada diri hamba Dia yang lain.
Kerna mungkin diri yang dipandang rendah itu yang akan membantu kau!


Dan kepada sang bidadari.
Si peneman setia.
Khas aku katakan..
Ya!Ada bait kata aku tercipta tuk kau.
Tapi jangan sekali kau lupa..
Yang sayang aku tuk kau tak pernah lekang dek hujan panas,ribut badai.
Kerna kita adalah satu!
Bagai air..mudah ikut bentuk yang menakung kita.
Bagai air juga yang dicincang takkan putus.
Walau kita berbeza, kau bidadari dan aku hanya si Peri.
Kita adalah penyeri hidup kita.

Dunia indah-tapi-busuk itu milik kita.
Jika kau sudi ikut rentak tari aku,
aku turut berganda sudi ikut rentak tari kau.


Dan sang bidadari..
Apa yang aku lihat dari rama-rama itu..
Aku turut lihat hikayat hidup kau.

Jangan kau bersedih sayang..
Kerna kau tahu..
Walau rama-rama itu singkat hayatnya..
Tapi, ia tak mudah pupus.
Kerna ia cukup tabah.

No comments: