Thursday, July 30, 2009

Perasan tak?

Kadang kala,
ada yang sayang akan kita..
Dekat.
Tapi,
kita pula sayang pada yang jauh..

Kadang kala juga,
ada yang suka dan mahu kita..
Dekat.
Tapi,
kita tetap suka dan mahu yang jauh..

Kadang kala,
kita tahu dan sedar..
yang jauh itu sukar digapai..
Tapi,
kita tetap berdegil..

*diam sejenak

ah!aku tetap sayang,
suka, dan mahu yang jauh..
Aku mahu dia!
Dia sahaja!

*bengong

Kau akan terlepas dia yang
dekat..
Kau juga mungkin takkan dapat
dia yang jauh.

dan satu hari nanti..
kau akan menyesal!

kehadapan,
wahai diri..
Sedarlah akan kamu..
daripada koma.


p/s:if only..someone tell me..

Wednesday, July 29, 2009

Aku Masih Belajar

aku masih belajar dalam membina ayat..
aku sedar diri.

telah aku teliti tiap ayat yang aku bina..
semua ada kesilapan.
ada yang di hadapan, ada yang di tengah, dan ada yang di belakang
dalam setiap perenggan yang ku cipta.

segala kekhilafan..
akan aku cuba perbetulkan dan hindari.

harap aku,
pada semua yang baca..
jangan dihina caci
setiap bait kata itu..

kerana..
ianya terlahir dari hati yang polos..
antara awangan emosi dan sedetik ikhlas.

sekian
penceritaan aku..
seorang yang masih belajar
dalam membentuk segala rencana.

impian aku pada bakal-bakal rencana yang mendatang..
segala keindahan dan penuh warna warni
akan terhias..

salam damai
seluruh alam.

Puzzle

Kadang-kadang..
apa yang dirancang tak menjadi.

Kadang kala..
perkara yang tak dirancang..
tiba-tiba memuncul diri.

Kadang-kadang..
perkara yang dirancang..
menjadi kelam akibat perkara yang tak dirancang.

Kadang kala juga..
dia yang tak dirancang..
memanjakan diri, lentok sana lentok sini..
akhirnya aku tenggelam dalam mimpi.

Kadang-kadang pula..
aku terfikir..
"aku sedang diingati atau dibuli?"

Tapi..
jarang-jarang aku bagi ayat 'puzzle'
sebegini..

Tolong aku selesaikan segala 'puzzle' ini ya!

Kehadapan diri,
yang disayangi..

Tuesday, July 28, 2009

Minggu aku..

20 - 26 Julai 2009
Isnin - Jumaat: Kelas macam biasa, assignments pula agak luar biasa-mungkin kerana SEM 5..tiada masalah!cuma kejutan minda sahaja..haha, lain-lain hal..semua perkara merosot!tak macam minggu pertama..huhu

Sabtu - pagi: Temani Miss Chocolate pergi ke Kelas KPP..Aku VIP!dapat pass percuma masuk untuk dengar ceramah sekali lagi..Benda yg agak sama..tapi, isu semasa yg dibincangkan sangat membuatkan mata aku yg sepet ni bertukar bulat!huhu..-untuk sesi pagi sahaja lah!sesi petang tu, tak dapat pass VIP lah..huhu

Sabtu - petang: Aku balik Muar-sambut hari kelahiran adik aku si Iqbal tu..Sampai dekat rumah masuk bilik pujuk Adek-si Nadiah yang tengah merajuk..Kalau mood aku tak ok masa tu, jangan harap aku nak pujuk!nasib baik tengah mood 'melayan'..huhu..

Sabtu - malam: Makan-makan di Pizza Hut..Sempena 'Birthday Boy'..huhu

Ahad - pagi: Beristirehat di rumah..huhu - tak tahu pun aktiviti belah petang hari tu akan memerlukan tenaga yang agak luar daripada biasa..haha

Ahad - petang: Pergi dusun Tok Yah-atuk aku, Ibu's side.. Kami iaitu Ibu, Ayah, Iqbal, aku dan Tok Yah-tentunya!pergi ke dusun untuk memetik dan mengait buah duku langsat..-kecil-kecil comel je buahnya..tak macam tahun lepas.. Aku lah manusia paling riuh dekat dusun tu..macam orang jakun pun ada..-tiba-tiba tersedar dari koma..huhu bukan tak pernah masuk dusun tu..tapi dah lama tak pergi dusun tu, kiranya sejak aku masuk kolej lah!seingat aku.. terakhir aku pergi dusun tu masa di sekolah menengah dulu..

Dusun Tok Yah: agak mengecewakan bagi aku..kerana dusun tu dalam perancangan untuk berubah kepada 'kebun' kelapa sawit..gurau aku pada ibu "Laa..nanti kene beli lah buah-buah ni, kalau nak makan.. Akak baru ingat nak ajak anak cucu gi dusun ni nanti!" huhu..

Masih Ahad-petang: Balik dari dusun..rehat jap..aku terus main badminton. Peh!tak pernah aku begitu aktif sebegini dalam sehari..-kecuali pergi camping ke pe..itu biasa..huhu

Akibat keletihan..aku tak balik Batu Pahat pada hari itu..Miss Chocolate ku tinggalkan dengan agak kejam..tapi..setiap peninggalan aku itu, pasti ada perkara yang istimewa yang terjadi kepada beliau..'Improvement!'..huhu

Sampai sini sahaja..bawah ada 'peach' yang sempat ku rakam.


Adik-adik yang selesai/tengah makan


mereka yang gigih..aku pula mencuri tulang untuk mengutip 'peach' ni..huhu

mereka ber'posing'




dan..seorang makcik yang gigih..




ops!maaf..'peach' beliau tak mendapat keizinan tuan badan untuk tatapan umum!huhu

Thursday, July 23, 2009

A Tag From SuperFaris & Afiq-kun

Rules: It's harder than it looks! Copy to your own post, erase my answers, enter yours and tag people you want. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real; nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.

1. What is your name : Aqilah

2. A four letter word : Aqua

3. A boy's name : 'Aqil

4. A girl's name : Aquilla -cikgu sekolah menengah aku eja nama aku mcm ni dulu..hahaMySpace

5. An occupation : Administrator

6. A color : Aquamarine

7. Something you'll wear : Apron

8. A food : Apple pie

9. Something found in the bathroom : Accessory

10. A place : Adelaide, Australia

11. A reason for being late : "Aku sesat lah tadi!"

12. Something you'd shout : Ahh tidaaaak!!!

13. A movie title : A walk to remember

14. Something you drink : Air mineral

15. A musical group : Ashily - Korean girl band

16. An animal : Adder -ular kapak..lalalala~

17. A street name : Avenue St, Newport, Jackson, Arizona 72112, US -nah!cari la, wujud ke tak..huhu

18. A type of car : Audi R8 - waaMySpace -dreaming own one-

19. Title of a song : Adrienne - by The Calling

hihi..tak pening pun nak buat benda niMySpacehuhu..
btw, thanks for this tag korang!

aku tak mahu tag sesiapa..but, everyone welcome to do this..i'll be glad to read yours..huhu

Tuesday, July 21, 2009

Penyakit Seminit+2

Keliru + Bosan + Letih + Marah + Jiwa kacau? + Sedih + Sakit hati + Kecewa = PMS ke apa? haha xP


Sengal + Jahat + Kejam + Tak berhati perut + Pentingkan diri = Aku

Ya! itu aku..
kerana dengan tidak pentingkan diri..
aku akan binasa.


Saya = Penakut + Pengecut + Bagai kacang lupakan kulit

Ya!aku penakut, pengecut!
tapi aku berani pertahankan pendirian aku.


DEGIL!!!!!!
Peduli apa aku..!
tapi aku lembutkan hati mencari penukul bagi memecahkan degil ini.




p/s: segala di atas hanya direka cipta oleh empunya diri, kata-kata sinis untuk diri yang kurang stabil dari segi emosi buat seminit dua ini..dengan harapan akan dapat menyedarkan diri yang koma lima belas minit tadi.

Perkataan aku..

Naturalisasi-Kepastian Ketidakpastian


Menuntut kepastian,
aku meminta.

Mengemis kepastian,
aku menderita.

Apakah salah aku?
atas semua yang berlaku.

Mengapa ketidakpastian yang selalu aku terima?
Aku mengelamun sendirian.

Aku berfikir, memikirkan dan terfikir.

Dan aku punya jawapan.

Bernasib baik aku kiranya,
kerana punya jawapan.

Jika tidak,
kiranya aku mungkin jadi gila.

Naturalisasi,
kini aku.

Aku bisa terima apa jua,
alkali?asid?biarpun asid sitrik..
aku 'wargasituasi' semua keadaan,
pasti aku dapat terima.

Thursday, July 16, 2009

Entah?

Sebenarnya..aku tak tahu nak post apa..MySpacetajuk post ni pun 'Entah?' kan..huhu

tapi...setelah aku check out buku kegemaran aku..aku terjumpa sesuatu yang agak menarik..so, aku decide untuk post dekat blog ni..

It's my personality through the month of my birth..March!
-actually, aku dah pernah baca sebelum ni..semua hampir benar!memang itu adalah aku..(dari pendapat aku sendiri lah)..tak tahu lah kalau-kalau pada pendapat orang lain..aku bukan sebegitu..huhu

Here it is!

Berpesonaliti yg menarik dan menawan-ye ke??aku tak rasa ini aku!huhu, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati, sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal-ekh??huhu, suka berangan-angan-konfem betul!haha..dari angan kita bina realiti,betul tak?, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi-ini perhatian dari orang tertentu sahaja ya!manja pun pada orang yang rapat je..betul tak Ana?haha, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dgn hiasan rumahtangga-haha..no comment, punya bakat seni dalam bidang muzik-aku selalu melalak dalam bilik..ye kot, ada talent..haha, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody-moody ke aku??.


ok!that's all for now..

p/s: aku nak ucap terima kasih banyak-banyak pada Miss Chocolate..I l.o.v.e U..huhu

aku nak sangat tengok Teater Kompilasi Volume II, Projek KoKen-Komuniti Kental..tapi..banyak sangat halangan-Ayah n Adik aku attack aku dengan 'hujan soalan' masa aku minta izin parents nak pergi sana,adik aku pun boleh tolong 'kipas' Ayah tu ekh?memang ko Iqbal!ko taknak dapat abg ipar ke?haha..main-main je lorr..malu je kalau-kalau Auntie Zai singgah blog ni then terbaca post ni!huhu..mungkin belum rezeki aku agaknya untuk menonton teater Encik Bob ni..lagipun aku pasti!satu hari nanti..akan tercapai hajat aku yang satu ni..ini kerana, hajat aku untuk melihat secara dekat Encik ZA sebelum ni sudah tercapai..so, tak mustahil hajat yang satu ni untuk menjadi kenyataan kan?MySpace -sebenarnya, tak mustahil juga untuk jadikan cita atau angan aku sebuah realiti..Sime Darby!Uni KL!Network Administator!I'm COMING!!!

ok!see ya..

Wednesday, July 15, 2009

Khas buat Miss Chocolate!

20 tahun sudah hayatmu
20 tahun sudah perjalanan mu
20 tahun sudah gelak tangis tawa mu
namun,
2 setengah tahun singkatnya
perkenalan kita.

Namun..
2 setengah tahun itu
bagi ku
cukup untuk ku kenal hati budi mu.

Kamu yang mengajar ku
erti sahabat
Kamu yang tak pernah mengeluh
merangkak, berjalan dan berlari
seiringan aku.

Izinkan aku..
seorang pendatang baru dalam hidup mu
akan sentiasa menjadi teman mu
hingga ke akhir hayat ku.

Dan dikesempatan ini..
ingin ku ucapkan
"Selamat Hari Lahir"

Pinta ku..
Gembiralah kamu selalu
Doa ku..
Hidup mu akan selalu dihiasi perkara indah
disulami gelak tawa senyum mu.

Hanya ini yang dapat ku hadiahi..
sebuah kata yang tak semahal mana
tapi berbungkus keikhlasan
tulus dari hati

sekali lagi aku ucapkan
"Selamat Hari Lahir"
kepada insan yang bernama
Nur Liyana binti Hamdan

Monday, July 13, 2009

Hari ini..

hari ini..
telah berlaku satu tragedi
di mana sumpah seranah keluar dari mulut ku
untuk beberapa saat.

hari ini..
telah berlaku suatu perkara
yang bilamana manusia terlihat,
akan mengatakan bahawasanya,
aku gila.

hari ini..
telah terjadinya,
satu kejadian
yang menyebabkan perasaanku,
bercampur baur.

hari ini..
post ini..
sangat misteri..
tapi seseorang yang ku kenali..
pasti memahami..

-sekian-

p/s: aku tengok orang tak ada mood..aku pun terus tak ada mood..tapi..aku bersemangat untuk satu perkara..iaitu..TIDUR!huhu..*awal aku tidur hari ni?!hehe
Selamat malam semua!

-update-
11.13 pm..aku masih belum tidur lagi.. lalalala~
macam mana ye?huhu..

Friday, July 10, 2009

Aku dan Kamu

Aku ialah Aku,

Aku adalah Kamu,

Kamu mungkin adalah Aku,

Mungkinkah Aku adalah Kamu?

Adakah Kamu itu Aku?

Siapa Aku dan siapa Kamu?



-ok! see ya-


p/s: Aku dah daftar untuk semester baru!Yeah!huhu.. =)
Teringin nak praktikal dekat Sime Darby..Jom kawan-kawanku!Sama-sama kita cuba nasib di sana..

Wednesday, July 8, 2009

Konflik?

aku keletihan..
tapi bersemangat


aku kosong..
tapi aku punya jiwa


aku kehilangan..
tapi aku punya diri


aku buntu..
tapi aku punya idea


aku..apa lagi?!
jangan ada alasan!
kau punya semua..


hanya kerah segala tenaga..
sediakan minda..
hadapi pertempuran ini..


antara angan dan cita..
antara Diri dan Dia..


Membina 'realiti' bukan seperti membina 'angan'
Cekallah wahai diri!
Kau pasti berjaya..