It's been awhile since da last post in dis blog..
and..here i am..
dis post..specially dedicated
in da reminiscence of my late Grandpa...
*unfortunately..i don't have his picture rite now..
so..i just tell you *in my perspective* about my late Grandpa..
actually here in dis blog ak der post about Tok Chik ak yg sakit kn..*in here
he is a strong man!agak warak org nyer..loves to smile(* i still remember his last smile to me)..he also a good father to 12 kids..*include ayah 13 lorr-which is his nephew yg dier jge dr kecik* Alhamdulillah ank2 arwah Tok Chik ak ni sume b'jaye..sume dah b'family kecuali pak ngah ak lorr..*can't be save klu bab b'family..but..in life..ok lorr..not bad..huhu* He also loves to write poetry..Caring n kinda romantic gek lorr..coz sajak2 dier yg ak bce..almost all 'bout love..Cucu dier pown rmai yg dah b'family..while Cicit dah ader dlm..belasan org kot..*think dlm 10 or 11 org cicit kot..* Agak garang n tegas gek arwah Tok Chik ak ni..maybe coz he was a teacher dlu kan..
Arwah Tok Chik ak ni gek sowg yg setia pd arwah Nenek ak..paz arwah Nenek m'nggal..dier x kawin lg pown 'till his last breath..
Sumtin' to be shared..d'saat2 akhir hidup dier..Dier x susah kn pakcik2 n makcik2 ak pown..ak t'kilan gak coz x dpt tgok dier 4 da last time..ibu, ayah, adik n iqbal sume dpt tgok arwah Tok Chik*6 hari sblum arwah pergi..* ak!!last skali dpt jmpe arwah Tok Chik..mse Acu's wedding..which is 2 month's ago!! *kinda sad with it..maybe salah ak gek!!pakcik ak-Chik Li da pesan..senang2 dier suh ak dtg jenguk Tok Chik-coz umah sewe ak kt bndr ni kn dkt gek ngn Senggarang..area BP gek..!!tp ak x g jenguk pown!!dah tu..padan muke!!xdpt tgok arwah Tok Chik!!* uhuks =(
Tok Chik d'kebumikan pd pkul 9 pg..hari Jumaat lpaz..
btw not only ak je yg x dpt tgok arwah Tok Chik..2 owg pakcik ak pown sme..Pak Andak ak n family yg kat Sabah..*tgh dlm flight ag mse tu..* n Pak Utih ak..otw from Selangor..
sume jauh..!!while ak!!kt klaz here in BP...*feel like im da worst granddaughter..* isn't it..??
Thank You to Allah..sungguh pown x dpt tgok face to face arwah Tok Chik d'saat-saat akhir hidup nyer..ak dpt tgok pic Tok Chik yg Acu ambil..Ya Allah..!!Bertapa sedih nyer ak mse tgok pic tu..tp..ak tahan je..
N..dis is it..my reminisce of My GrandPa
Al-Fatihah to Abdul Majid bin Abdul Manan..Al-Fatihah..
salam..
dah lme xpost pape kt blog ni..
so..arini ak mau post sumtin' bout sumpah...
sesape yg suke b'sumpah ni...here's some info tuk kowg..
(klu mau sumpah tu..kasi btul-btul sumpah yer!huhu)
Syarat Sumpah:
1. Pelakunya hendaklah sudah akil baligh
2. Bukan sumpah yang lagha (sia-sia)
- Contohnya kata-kata: “Ya, benar demi Allah!”, “Tidak, demi Allah!” dan sebagainya yang sudah menjadi kebiasaan manusia melafazkannya yang tidak disertai dengan niat sumpah. Ini telah menjadi kebiasaan dalam pertuturan. (perhatian!!contoh di atas adalah sumpah yg sia-sia...sumpah yg xboleh d'percayai!)
3. Sumpahnya disertakan dengan salah satu perkara berikut:
Seperti kata-kata: Aku bersumpah dengan zat Allah Taala ataupun Aku bersumpah dengan Allah Taala.
- ii. Salah satu nama Allah Taala yang khusus bagi-Nya
Seperti kata-kata: Aku bersumpah dengan Tuhan Sekalian Alam, ataupun Tuhan Yang Memiliki Hari Akhirat ataupun Tuhan Yang Maha Pemurah.- iii. Salah satu daripada sifat Allah
Seperti kata-kata: Aku bersumpah dengan kemuliaan Allah, atau dengan ilmu-Nya atau dengan kehendak-Nya ataupun dengan kekuasaan-Nya.
Dalil yg sahih yg m'yokong p'kara ini adalah:
- Al-Bukhari (1646) meriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a.:
Rasulullah s.a.w. mendekati Umar bin al-Khattab r.a. yang sedang berjalan di dalam satu rombongan sambil dia bersumpah dengan nama bapanya. Sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud;
“Ingatlah sesungguhnya Allah Azzawajalla melarang kamu daripada bersumpah dengan nama bapa-bapa (nenek moyang) kamu. Barang siapa yang mahu bersumpah maka bersumpah lah dengan nama Allah ataupun kalau tidak hendaklah dia diam”
- Al-Bukhari (6253) meriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya:
Nabi s.a.w. pernah bersumpah dengan sabdanya yang bermaksud ” Tidak, demi Allah yang membolak- balikkan hati manusia”
- Telah sabit banyak hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan periwayat selainnya bahawa Baginda s.a.w. bersabda dalam sumpahnya:
“Demi Tuhan yang menguasai jiwa ku”, “Demi Tuhan yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaannya”. Riwayat Al-Bukhari (6254 & 6255)
Kalaulah seseorang itu bersumpah dengan perkara selain yang disebutkan di atas, maka sumpahnya tidak diambil kira atas dua sebab iaitu:
1. : Kerana hadis Rasulullah s.a.w. sebelum ini: “Barang siapa yang mahu bersumpah maka bersumpah lah dengan nama Allah ataupun kalau tidak hendaklah dia diam”
2. : Tiada kesempurnaan keagungan pada perkara selain yang telah disebutkan. Seorang mukmin dilarang secara mutlak mengagungkan zat selain Allah.
Sumpah Sorih (jelas) dan Kinayah (sindiran)
Sumpah terbahagi kepada 2 bahagian iaitu secara jelas dan sindiran.
1. Secara Jelas (sorih)
Sumpah secara jelas ialah setiap sumpah yang menggunakan salah satu nama Allah Taala yang khusus bagi-Nya seperti kata-kata: “Aku bersumpah dengan nama Allah” ataupun “aku bersumpah dengan nama Tuhan Sekalian Alam”.
Hukum Sumpah Secara Jelas:
Sumpah secara jelas akan diambil kira secara automatik apabila ia dilafazkan dan tidak diterima kata-kata (dalih) pelaku nya: “Saya tidak bermaksud untuk bersumpah”, kerana lafaz-lafaz ini tidak digunakan kecuali hanya untuk sumpah sahaja.
Kalau dia menyatakan: Saya bermaksud lafaz “Allah” di sini ialah bukannya zat Allah s.w.t.. Dalih ini tidak boleh diterima kerana kehendak supaya sumpah tersebut diambil kira pasti wujud.
Kalau lafaz ini terlepas daripada lidahnya tanpa berniat untuk bersumpah maka ia dianggap lagha (sia-sia, iaitu tidak diperkirakan) sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum mi.
2. Secara Sindiran
Sumpah secara sindiran ialah bersumpah dengan sesuatu yang hanya akan dirujukkan kepada Allah s.w.t. jika disebutkan secara mutlak, seperti kata-kata: “Aku bersumpah dengan Yang Memberikan Rezeki” ataupun “Aku bersumpah dengan Yang Menciptakan” ataupun “dengan Yang Menjaga (Tuhan)”.
Ataupun bersumpah dengan menggunakan perkataan yang kebiasaannya digunakan untuk menggambarkan zat Allah Taala dan dalam masa yang sama ia juga digunakan untuk yang selain daripada-Nya seperti kata-kata: “Aku bersumpah dengan yang wujud” ataupun “yang mengetahui” ataupun “yang hidup”.
Ataupun dia bersumpah dengan salah satu sifat Allah Azzawajalla seperti dengan kekuasaan Allah Taala ataupun dengan ilmu-Nya ataupun dengan kalam-Nya (kata-kata-Nya).
Hukum sumpah secara sindiran pula tidak diambil kira melainkan kiranya wujud niat dan kehendak untuk menjadikannya sebagai sumpah. Oleh itu diterima dakwaan orang yang mengucapkannya: "Saya tidak bermaksud untuk bersumpah."
Kalau dia berkata: "Aku bersumpah dengan nama yang mencipta ataupun yang memberi rezeki ataupun yang menjaga (tuhan)" maka diambil kira sumpahnya kecuali jika dia bermaksud dengan lafaz-lafaz mi zat yang selain daripada Allah s.w.t.. Maka ia hendaklah dirujukkan kepada makna yang dimaksudkan olehnya, dan kata-katanya waktu itu tidak dianggap sebagai sumpah kerana kadang-kadang kata-kata sebegini digunakan untuk yang selain Allah secara muqayyad.
Maksud Firman Allah: ”Dan kamu hanya mengadakan penyembahan yang dusta.”(Al-Ankabut: 17)
Maksudnya: Mereka berdusta dan menciptakan patung-patung itu dengan tangan mereka lalu mereka menamakan ia sebagai tuhan mereka.
Kalau seseorang berkata: Aku bersumpah dengan nama yang wujud ataupun yang mengetahui ataupun yang hidup maka tidak dikira kata-kata sebegini sebagai sumpah melainkan dengan syarat dia berniat bahawa lafaz-Iafaz tadi ditujukan kepada zat Allah Azzawajalla. Ini kerana kata-kata sebegini kadang-kadang ditujukan untuk zat Allah dan juga untuk selain-Nya, tidak dianggap sumpah kecuali dengan niat.
Kalau dia berkata: Aku bersumpah dengan kekuasaan Allah ataupun ilmu-Nya ataupun kalam-Nya maka sumpahnya diambil kira dengan syarat dia tidak bermaksudkan ilmu itu sebagai sesuatu yang diketahui ataupun bermaksudkan kuasa itu sebagai sesuatu yang dikuasai dan tidak bermaksudkan kalam itu sebagai huruf dan suara.
Kalau dia bermaksudkan yang demikian maka kata-kata itu tidak dikira sebagai sumpah. Ini kerana sesuatu yang diketahui dan dikuasai oleh Allah, begitu juga huruf dan suara tidak sedikitpun termasuk dalam zat Allah Azzawajalla ataupun sebagai salah satu daripada sifat-Nya.
Melaksana dan Melanggar Sumpah: Makna dan Hukumnya
- Maksud Melaksana dan Melanggar Sumpah
Apabila seseorang itu bersumpah dengan nama Allah ataupun salah satu sifat-Nya, maka sumpahnya diambil kira kerana ia memenuhi syarat yang telah disebutkan sebelum ini. Oleh itu dia berada dalam dua keadaan, sama ada dia melaksana dan memenuhi sumpahnya atau dia melanggarnya.
Maksud melaksanakan sumpah ialah seseorang itu melaksanakan apa yang perlu dipenuhi dan pada sumpahnya, sekiranya sumpahnya berupa janji. Sekiranya sumpah Itu berupa perkhabaran tentang sesuatu perkara. maka dia mestilah benar di dalarn dakwaannya.
Manakala melanggar sumpah bererti tidak memenuhi dan melaksanakan apa yang telah dijanjikan di dalam sumpahnya, sekiranya sumpahnya berupa janji dan kewajipan yang perlu dipenuhi. Ataupun dia berdusta sekiranya sumpahnya berupa suatu berita dan maklurnat.
Pelanggaran pada prinsipnya bererti dosa. Ia disebut pelanggaran kerana ia menyebabkan wujudnya dosa.
- Hukum Melaksana dan Melanggar Sumpah
Hukum melaksanakan sumpah ialah ia akan menghapuskan kewajipan melaksanakan janji yang terpikul atas bahu orang yang bersumpah.
Manakala melanggar sumpah, ia terbahagi kepada dua keadaan. Setiap keadaan mempunyai hukum tersendiri:
Keadaan pertama: Perlanggaran sumpah yang bermaksud pelakunya tidak melakukan apa yang disebut di dalam sumpahnya. Seperti seseorang bersumpah dengan nama Allah Taala bahawa dia akan bersedekah kepada orang fakir miskin pada hari yang ditentukannya. Lalu dia tidak bersedekah pada hari yang ditetapkan itu. Hukum perlanggaran ini ialah dia wajib mengkafarahkan penlanggaran sumpahnya. Cara mengkafarahkan sumpah akan dijelaskan selepas ini, insya’Allah.
Keadaan kedua: Perlanggaran sumpah berupa pendustaan terhadap perkhabaran yang hanya akan dapat dipercayai dengan sumpah. Contohnya seseorang itu berkata: “Demi Allah! Sesungguhnya barang ini adalah milik saya”, sedangkan dia mengetahui bahawa ia bukan miliknya. Sumpah seperti ini diniatkan sumpah ghamus (menenggelamkan) seperti yang telah dijelaskan.
Hukum perlanggaran ini ialah pelakunya layak mendapat azab yang amat pedih daripada Allah Azzawajalla dan dia wajib mengkafarahkan sumpahnya kerana sumpah dia sudah sah (cukup syarat-syaratnya).
Beza dua keadaan ini ialah: Pelakunya keadaan kedua adalah lebih memperlekehkan nama Allah Azzawajjalla kerana dia bersumpah dengan nama Allah sedangkan pada waktu yang sama dia mengetahui bahawa dia bersunmah dengan nama Allah secara dusta.
Manakala pelaku keadaan pertama, kemungkinan sewaktu melafazkan sumpahnya dia berazam untuk memenuhi kewajipan dan melaksanakan kandungan sumpahnya tetapi wujud halangan yang menghalang dia memenuhi sumpahnya. Ataupun dia mendapati selepas itu wujudnya sesuatu yang lebih baik daripada dia memenuhi kehendak sumpahnya, lalu dia beramal dengan wasiat Nabi s.a.w. yang bersabda;
(Maksudnya) “Barangsiapa yang bersumpah lalu dia mendapat sesuatu yang lain lebih baik daripadanya maka hendaklah dia melakukan yang lebih baik maka hendaklah mengkafarahkan sumpahnya “. dikeluarkan oleh Muslim (1650).
Kafarah Sumpah
Sesiapa yang melanggar sumpah ghamus (dusta) ataupun bukan ghamus maka dia wajib mengkafarahkannya. Dia boleh memilih salah satu daripada tiga perkara berikut:
1. Membebaskan seorang hamba yang beriman, lelaki atau perempuan. Hal ini dilakukan jika ada hamba.
2. Memberi makan sepuluh orang fakir miskin. Setiap orang miskin diberikan secupak makanan asasi yang menjadi kebiasaan negeri tersebut. Secupak ialah kadar yang diketahui umum yang lebih kurang seberat 600 gm. Setiap orang miskin itu wajib diherikan hakmilik terhadap apa yang telah disebutkan dan tidak memadai dengan menjemput mereka datang makan tengahani ataupnn makan malam ataupun yang seumpamanya.
3. Memberi Kiswah (pakaian) untuk sepuluh orang fakir miskin dengan pakaian yang biasanya dipakai. Secara kebiasaannya Kiswah terdiri daripada baju, seluar, stokin dan penutup kepala dalam apa bentuk sekalipun. Semuanya ini dinamakan kiswah.
Sekiranya dia tidak mampu untuk memenuhi mana-mana satu daripada tiga perkara ini disebabkan dia seorang yang susah maka dia wajib berpuasa tiga hari. Tidak disyaratkan berturut-turut bahkan dibenarkan dia memisahkannya (menyelang harinya)
- Dalil Wajibnya Kafarah Sumpah
Dalil bagi kafarah ini ialah firman Allah Azzawajalla:
(Maksudnya) Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda Yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum ugamanya) supaya kamu bersyukur. (Al-Maidah:ayat 89)
Beberapa Hukum Sumpah
1. Kalau seseorang berkata: “Aku bersumpah dengan nama Allah bahawa aku akan melakukan perkara berikut”. Maka ia adalah sumpah, tidak kira sama ada lafaz itu diniatkan sebagai sumpah ataupun tidak diniatkan apa-apa, kerana lafaz tersebut pada kebiasaannya hanya dligunakan untuk sumpah. Tetapi jika dia tidak niatkan kata-katanya itu sebagai sumpah, dengan dia meniatkan nya sebagai satu perkhabaran tentang perkara yang telah berlaku, ataupun perkhabaran yang akan datang maka ia bukanlah sumpah. Ini kerana lafaz itu boleh dimaksudkan dengan makna yang diniatkannya itu.
2. Kalau seseorang berkata kepada orang lain: “Aku bersumpah kepada kamu dengan nama Allah” ataupun ”Aku meminta kepada kamu dengan nama Allah, kamu hendaklah melakukan perkara berikut.’” Maka ia adalah sumpah sekiranya dia bermaksudkan perkana itu adalah sumpah untuk dirinya, kerana perkara demikian adalah masyhur kewujudannya dalam hukum syarak. Disunatkan bagi orang yang ditujukan perkara yang disumpahkan itu melaksanakan perkara tersebut, selagimana tidak ada perkara haram ataupun makruh dalam perlaksanaannya. Dalil kenyataan di atas ialah hadis yang diriwayatkan oleh
al-Bukhari (1182) daripada al-Barra’ r.a. katanya:
(Maksudnya) “Kami diperintahkan oleh Nabi s.a.w. dengan tujuh perkara. Termasuk yang disebutkan ialah: “Melaksanakan atau menyempurnakan sumpah”.
Sekiranya dia bermaksud daripada sumpahnya: “Aku bersumpah terhadap engkau dengan nama Allah, ataupun Aku memohon daripada engkau dengan nama Allah”, sebagai sumpah kepada orang yang ditujukan percakapannya, ataupun dia tidak niatkan sumpah tetapi dia hanya bermaksud memohon syafaat (pertolongan dan kemudahan) daripadanya, maka ia tidak dianggap sebagai sumpah. Ini kerana dia sendiri tidak bermaksudkan itu sebagai sumpah dan orang yang ditujukan percakapannya juga tidak bersumpah. Oleh itu para ulama mengatakan: Meminta sesuatu dengan nama Allah Azzawajalla adalah makruh.
Dalilnya sabda Nabi s.a.w.: (Maksudnya) “Tidak diminta dengan nama Allah kecuali untuk meminta syurga”. Riwayat Abu Daud (1671)
3. Barangsiapa yang bersumpah untuk meninggalkan sesuatu kewajipan seperti meninggalkan sembahyang ataupun puasa, ataupun bersumpah untuk melakukan perkara yang haram seperti mencuri ataupun membunuh, maka dia dianggap telah melakukan maksiat (dosa) kepada Allah Azzawajalla dalam dua keadaan tersebut. Dia dimestikan melanggar sumpahnya kerana membiarkan diri dalam keadaan sebegini adalah suatu maksiat dan dosa. Dia juga wajib membayar kafarah sumpah.
4. Apabila dia bersumpah untuk tidak melakukan sesuatu seperti jual beli dan seumpamanya lalu dia mewakilkan orang lain melakukannya, maka dia tidak dianggap melanggari sumpah disebabkan perbuatan wakilnya itu. Ini kerana perkiraan adalah berdasarkan apa yang dilafazkan. Dia telah bersumpah terhadap perbuatan dirinya sendiri, maka dia tidak melanggarinya apabila ia dilakukan oleh orang lain. Perbuatan itu diperkirakan ke atas orang yang melakukan nya. Tetapi sekiranya sewaktu melafazkannya dia bermaksud dia meliputi perbuatannya sendiri dan juga perbuatan wakilnya, maka dia dianggap telah melanggar sumpahnya. Dia wajib membayar kafarah sumpah.
5. Apabila dia bersumpah untuk tidak akan berkahwin dengan seorang perempuan lalu dia mewakilkan orang lain untuk menerima akadnya sebagai ganti dirinya maka dia dianggap telah melanggar sumpahnya kerana perkahwinan tidak dimaksudkan dengan akad semata-mata, bahkan in meliputi akad dan natijahnya iaitu persetubuhan. Walaupun pelaku sumpah itu tidak melakukan akad namun dia yang akan melakukan natijahnya.
6. Barangsiapa yang bersumpah untuk meninggalkan dua perkara lalu dia melakukan salah satu daripadanya, maka dia tidak dianggap melanggan sumpahnya. Seperti seorang yang berkata: “Demi Allah! Aku tidak akan memakai kedua-dua pakaian ini” ataupun “aku tidak akan bercakap dengan kedua-dua lelaki ini” laIu dia memakai salah satu pakaian tersebut ataupun bercakap dengan salah seorang lelaki tersebut maka dia tidak dianggap melanggar sumpahnya. Kerana sumpahnya adalah himpunan terhadap dua perkara.
Tetapi jika dia berkata: ”Demi Allah! Aku tidak akan memakai pakaian ini, begitu juga pakaian itu” ataupun ”tidak akan bencakap dengan lelaki ini, begitu juga dengan lelaki itu, dia dianggap melanggar sumpah apabila memakai salah satu pakaian itu ataupun bercakap dengan salah seorang lelaki tersebut kerana pengulangan perkataan nafi menjadikan kedua-dunnya adalah yang dimaksudkan daripada sumpahnya secara berasingan.
7. Sesiapa yang bersumpah untuk melakukan dua perkara seperti dia berkata: ”Demi Allah! Aku akan makan kedua-dua roti ini ataupun aku akan bercakap dengan kedua-dua lelaki ini, sumpahnya belum terlaksana kiranya dia hanya melakukan salah satu daripada dua penkara tadi. Bahkan, untuk memastikan sumpahnya dipenuhi dan terlepas daripada perlanggaran dia mesti makan kedua-dua roti itu dan bercakap dengan kedua-dua lelaki tersebut.
btw..dis info i got from Darussyifa' Online..
ak search info ni coz ak mau tau hukum hakam dlm hal-hal sumpah ni...
ak x suke dgr p'kataan2 sumpah yg sia-sia tu..huhu..
serius x suke!!huhu...
mintak maap pada sesape yg suke sebut p'kataan ini yer..
arap kowg dpt hentikan dr m'yebut kata-kata sumpah yg sia-sia ini..
(klu mau sumpah gek..ikut guideline dr darussyifa ni!)
k..dat's all for now..
c ya..