Showing posts with label me life at home. Show all posts
Showing posts with label me life at home. Show all posts

Saturday, April 6, 2013

Erm...Eeiii...Kekeke ^^

Dah hampir sebulan berlalu selepas post EMO aku tu..keke..Present FYP pun dah selesai, tinggal report yang entah ke mana tapi yang pasti memang kene hantar. keke

Bulan lepas, memang bulan membeli-belah..yelah, sana sini ada besday diskaun. Apalagi, alang-alang dah ada diskaun, borong habis. Lepas tu terbelah jugak la budget bulanan aku.
Sekarang dah masuk bulan 4, awal bulan lagi tu....duit tarak suda ma...uwaa....
Kalau aku report penyata kewangan bulanan pada Ibu ni.. aku rasa aku dah kena macam ni da..
huuuu...sakit...

~Ikat perut la kau qila!!keke....

Jadi aku kene cari duit untuk cover belanja yang dah terbelah tu..kan kan??keke..nak kerja macam masa diploma dulu ke ye??kerja kira duit...macam ni.. keke..seronok pulak tengok monkey tu kira duit.......haha ^^


Apa-apa pun!!Moral of the story..Learn from mistake ya darling!!!!!aih! jangan la sampai over budget macam I ni...ok..bye bye!!keke ^^

Wednesday, November 14, 2012

아이처럼 (Ai Cheoreom)

Hari ni dalam pukul 2 petang, pakcik aku (Cik Li) datang dekat kedai. Masa tu aku dah siap-siap makan semua sebab nak balik KL(tiket bas pukul 2.30ptg), aku naik dari bus stop dekat depan MRSM BP je..sebab bas lalu situ.

Ok, jadi..masa Cik Li datang tu, aku tengah senang hati..ye la gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati..kan kan? hehe... jadi "unconsciously" aku bercerita dekat Cik Li pasal adik aku Iqbal.. hehe..Perkara yang berlaku masa aku tak sedarkan diri ni-yang tetiba aku bercerita dekat Cik Li, telah aku perasan/sedar masa aku dah naik bas.

Kau bayang kan...kau baru tiba dekat satu tempat, lepas tu tiba-tiba ada makcik bercerita dekat kau pasal orang lain, yang mana orang lain tu tak ada dekat tempat kejadian. Blur tak? haha..

Sorry Cik Li...keke..

Tapi Cik Li aku memang terbaik! Bila aku ingat balik reaksi dia masa aku bercerita tu..ekspresi muka dia tak la macam tak boleh terima apa yang aku cakap. Ekspresi muka lebih kepada macam seorang dewasa yang mendengar seorang budak kecil bercerita. ^^

Sayang lebih pada pakcik aku ni..sebab aku rasa dia layan aku macam anak dia. hehe.. Anak dekat sini macam budak umur 4 tahun..keke ^^ FYI, anak Cik Li ada 2 orang, dua dua kecil lagi.. Masa dekat dalam bas tu, aku rasa macam-macam. Malu, seronok, bahagia..keke ^^ Sedih pun ada kot...berat nak balik KL..uhuhu...


Ok...itu saja untuk post kali ni.. Bye..hehe..



p/s: Kadang-kadang tercakap benda yang kita sendiri tak perasan..di luar sedar..tapi selalunya itulah kata-kata yang betul-betul ikhlas.

Sunday, September 2, 2012

Untungnya saya 'Student'

SELAMAT HARI RAYA!!
Maaf Zahir dan Batin~
hee..Nak bercerita..Best cuti raya kali ni. Walaupun simple je preparationnya. ceh! simple.., macam la kau yang prepare kan?hehe.. ^^ Ok. Tahun ni tiba giliran beraya dekat Rumah Tok Yah (Felda Sri Ledang). Aku bangga jadi sebahagian famili Haji Sahat Lembu ni..keke ^^ sebab tiap-tiap tahun ada giliran beraya dekat mana. Macam tahun lepas kalau tak silap aku, beraya dekat Parit Laman, Parit Sulong rumah Pokda aku. hehe ^^

Ok, sambung cerita pasal preparation raya. Aku tak banyak membantu pun. keke ^^ Takat mop-mop ala Cinderella, masak-masak macam main pondok-pondok keke ^^.. sebab takat potong-memotong, goreng-mengoreng, yang terer sikit anyam-menganyam ketupat la..hehe.. sampai tak tidur malam. Gigih punya pasal! haha.. Last sekali kerja yang aku buat, gantung langsir dekat rumah Tok Yah. Nak gantung langsir dekat rumah sendiri, balik-balik je dah siap bergantung da langsirnya. ^^

Kuih? Semua ibu main tunjuk je..keke ^^ Pun balik-balik je dah tersedia.

Apelagi...? Baju raya? Adik aku Nadiah yang pilih/belikan. haha. Aih..macam teruk bebenor aku ni..haha ^^ Tapi!! Sila ambil perhatian pada tapi ini ye.. Tapi Adik beli masa dia, ibu, ayah dan semua yang berkenaan pergi ke Carrefour WM ye.. Semua pergi kecuali aku, sebab aku ada kelas masa tu.. Ada tanggungjawab yang lebih penting sebagai seorang 'student' hehe ^^

Malam nak raya, aku excited tunggu Iqbal balik ke rumah Tok Yah. Almaklum la..adik aku seorang ni baru dapat kerja, lepas tu orang baru kerja ni kan susah nak dapat cuti. Jadi, dengan tak ada cuti ni pun, sebab semangat nak beraya dengan famili, Iqbal balik dari kerja pukul 12 tengah malam baru gerak dari JB ke Sri Ledang. Aku agak-agak pukul 3 atau 4 pagi juga dia sampai dekat rumah Tok Yah. Alang-alang dah tunggu Iqbal sampai pukul 3 pagi, aku lajak tak tidur sampai Subuh. Lepas tu pagi raya, aku jadi Sleeping Beauty..Walaupun keliling aku ramai adik sepupu yang main-main dekat bilik, aku elok je tidur.. haha.. Aku sedar-sedar je, ada adik sepupu yang tidur sama dekat sebelah aku. haha. Aih! Pengaruh yang buruk.. Adik-adik sekalian, jangan mencontohi aksi sebegini ya. haha.

Selesai dengan Intro!haha..baru intro dah panjang gini..gila panjang. ^^

Ok. Apa yang untung jadi student ni? hehe... Kalau orang Cina, selagi tak kahwin.. boleh dapat Ang Pau kan? Kalau famili aku pulak, selagi tak bekerja, anda masih layak untuk terima duit raya. hehe ^^  Itulah yang untung ye saya masih 'student'.. hehe..

Untuk raya ni, keuntungan aku adalah sebanyak 30% daripada elaun Abang Mara bagi..hehe ^^ Cayang Tok Yah, Tok Mak, Pakcik Makcik Abang Kakak Saudara semua. hehe...


Malam nak balik KL, aku bukak sampul duit raya tu dengan sayu. TT sebab...entah tahun depan dapat lagi ke tak duit raya ni.. uhuhu... Then, untuk kurangkan kesedihan tu..aku ambil gambar kenangan..untuk buat pertama kali nya.haha.. Sebab tahun-tahun sebelum ni, rasa masih muda, jadi tak ada gambar kenangan duit raya ni.. Cam nak buat apa je kan..haha Tahun ni dia mula sedar diri udah makin berusia..keke ^^ sebab itu baru rasa perlu ada kenangan..keke ^^

Jadi...inilah gambar "Smmmiiiillllleeeee" keuntungan raya aku.keke ^^

Agak-agak berapa jumlah sebenarnya? teka-teka..haha ^^


p/s: post ni aku dah karang 26/8 ritu lagi..
p/s lagi: aku cerita tak habis pasal Iqbal, dia tak dapat cuti, tapi sebab 1 hari raya tu dia kerja shift petang pukul 4, jadi lepas sembahyang raya, salam-salam, makan-makan semua pukul 12 tgh hari dia gerak balik JB semula. Aih! Gigih adik aku seorang ni..hehe ^^

Thursday, August 2, 2012

and..it's August??

Dear Mr. August,

Hi! Nice to meet you again. It's funny right, how time passing so quickly. Or maybe it's not funny at all.


============================


Dah lama tak login kat blog ni. hehe. Sebab BUSY. Alasan je tu. Sebenarnya MALAS nak online. Sebab kalau dah online nanti, dah tak ingat dunia. hehe.

Cuti.

Cuti semester yang berbaki seminggu tu, rutin aku dekat rumah macam biasa. MAKAN.TIDO.LAYAN DRAMA.LAYAN EMOSI MASA TENGOK DRAMA.TOLONG2 APA YANG PATUT. dan.. itu saja la..keke.

 Apa yang best masa cuti?
  • Tengok Ice Age 4 dengan Abraham Lincoln. Movie yang memang best bagi aku.
  • Habis 2 drama Korea dalam beberapa hari je. 20+16 jam punya cerita dapat habis dalam 3, 4 hari. Memang marathon habis. Kalau masuk Olympic boleh pecah rekod tak?haha. 
  • Tolong Ibu Ayah dekat kedai makan. hehe. Jadi anak yang baik la konon. keke. 
  •  Tolong kecahkan rumah lepas tu rasa kena bertanggung jawab untuk membersihkannya semula. haha.
  • Dan yang paling terbaik untuk cuti berbaki seminggu ni adalah sakit mata. keke. Selalu Miss Choco yang kene benda alah ni. Tapi kali ni, aku pulak yang kena. Miss Choco kalau kena macam tak bengkak pun, tapi aku ni, boleh jadi bengkak dah macam apa da. Dah 2, 3 hari lepas bengkak baru dia malu2 keluar benda alah yang selalu Miss Choco kene tu. Sakit hati aku. Nak keluar tu malu malu lak. grrrr. Tapi atas sebab itu aku free2 dapat MC. keke. suka suka. Terima kasih ya mata. haha.

Ok. Itu je la story mory aku untuk cuti seminggu. See ya.


p/s: Masa sakit mata tengah bengkak call Miss Choco sampai emosi tak dapat balik saing dia. uuhuu. malunya, sorry. ^^
p/s i lap u: Terima kasih sebab tolong letak ubat dekat mata ni..hehe.. Lap U. keke

Thursday, April 5, 2012

Lagi 'Interesting Facts for Late Nite Snacks'

Baru belajar.. dalam bilik air tak baik nak emosi2.. nak menangis..sebab ada 'Jin Tandas'.. erk..

time nak emosi2 tu waktu terbaik bagi dia nak hasut kita.. Waa.. patutlah best je aku mandi lama2 dalam bilik air tu..haha ^^



Lepas ni kurang 5 minit akan aku deduct dari waktu mandi aku!! haha ^^

takde la.. kurang 5 minit akan aku peruntukkan untuk mandi..dah tak boleh nak lama2 duduk dalam bilik air..tapi dikecualikan apabila datang sembelit ye!! hhaha ^^



Ok! selamat pagi semua..



Tido.. zZZzz...



-untunglah aku kalau dapat tido-



(sumber)

p/s: Kali ni insomnia ke insomnia yang dibuat2..sebab dah tido lepas Maghrib tadi..Qila2!!

Tuesday, February 21, 2012

Quick Updates

It's 1.35 am (the time I start typing)...

It's been 4 month since my last post..


How 2011 ends?


Well! Last year was a blast! TOTALLY BLAST!haha... Can take my exam result's as a blast too! A FAIL BLAST!haha...
>>You know Girl! You should really study smart ya this year.This semester.<<


But, I did enjoy 'family outing' with my parent to A Famosa Water World and Air Terjun Gunung Ledang.


Do you know? Air Terjun Gunung Ledang also being called by older people as Air Panas Gunung Ledang? You see... Air Panas? There's no such Air Panas there? And why on earth they called it Air Panas..haha... Well actually, I just know that info from my mother-"Air Terjun Gunung Ledang also known as Air Panas Gunung Ledang" last year!! Funny hah! Yeah you can laugh at me as much as you want... But if you don't know it as well...HAHA...We're on the same boat ya!



Ok! How's my new year? 2012..

It's start with a wide smile..since I have rent a new house and not live in the hostel!Yeay! It's a lovely house where I can cook(well ala2 'bujang style' je), do whatever I want and just feel free! But... I do miss 'hostel life'..



This year too..I saved money on my breakfast or dinner and sometime lunch too..but i got to spend more money for buying ticket to 'balik kampung'.. and why? Cause my parent moves to Batu Pahat.. Doing a small business there as our house in a 'Taman' and not 'Kampung'...But!! I LOVE KAMPUNG MORE!!!uhuu TT


The scenenery, air, sound and everything is a bit different! Even the house! I love my house that build by my father rather than the contractor. Even people say or may look like a pondok whatsoever... but it's beautiful to me! Gosh! How I miss 'the house', miss my messy bedroom, miss my bed.. I MISS 'MUO'! -smile yet crying now-



Ok! Enough with this 'emo'.. Time now 2.48 am.. I better sleep now!!hehe... See ya!

Friday, July 1, 2011

say KIMCHI!!!!

hehe..Introducing!!!!


My first ever kimchi..made by Miss Qiqi wholeheartedly..- daa ayat nak macam buat drama ^^


dah lama dah aku buat kimchi ni..tapi tak post kat sini je..sebab malas nak upload picture..

erk..upload kau malas ekh..?? kalau bab men'download' kau rajin!!



Kimchi ni..bagi yang tak suka tengok cerita Korea, adalah satu makanan orang Korea. Kimchi ni terhasil dengan cara fermentation (macam jeruk tu..)


Puas aku tunggu 2 hari tau!keke..untuk makan kimchi ni..


Lepas tu..bau dia! Harum semerbak satu rumah.keke...melampau tu...berbau satu dapur je la!huhu..


Rasa dia...sedap!!!ceh!puji diri sendiri pulak!-menyampah aku-


Actually rasa dia masam2 and pedas2 sikit macam tu la..then crunchy..keke..tapi janganlah kau imagine crunchy macam kau makan keropok ikan tu..huhu ^^ crunchy tu macam kau makan lobak asin..hah!tapi rasa masin tu tak semasin lobak asin..dia masin macam masin secukup rasa sahaja!ok.. dapat bayangkannya?hehe..


hu..tiba2 rasa nak buat kimchi lagi..tapi..saya tak rajin sekarang!huhu ^^


kalau taste lidah orang Melayu macam aku ni, masa mula2 tu macam pelik je.. tapi.. aku ni kan memang dah prepare sepenuh hati nak hidup dengan mamat Korea..well -ayat nak berlagak, memang takda hal la dengan rasa kimchi ni!!haha ^^


Bila aku tanya adik aku..agak2 boleh tak jadi menantu orang Korea..Adik aku jawab.."BOLEH!"


yeay!!..hehe ^^


<<< perasaan!...belajar pun belum khatam, dah nak berangan jadi menantu makcik Korea pulak.keke... >>>



Kenapa aku nak buat kimchi ni pada mulanya?? cuba teka...cepat cepat!!hehe




Sebab sebenarnya..saya dah jumpa pilihan hati!





Keke..bukan la...Sebenarnya..dah lama dah aku nak buat kimchi ni..memang semenjak zaman Diploma lagi la, masa aku baru2 kenal Korea dulu..aku dah teringin nak buat kimchi..Siap tengok google..youtube...semua lah pasal kimchi ni..hehe..


Dan..pada tanggal 31 Disember 2010 la baru aku selamat merealisasi kan mimpi aku tu..


-tengok!!lama tak aku simpan post/cerita ni buat pekasam..haha ^^


Selain daripada itu, -ni ayat dah macam dalam karangan da..haha ^^ sebab dah nak habis cuti semester(masa sem 1 dulu).. -plan nak buat masa pertengahan cuti..akhirnya.sampai cuti dah nak habis baru cari barang2 nak buat kimchi tu semua.


Lagi sebab aku terpengaruh tengok U-Kiss main masak2 dalam realiti show Chef Kiss..ahak..mereka bukan main2 la..Kau memang kan Qila!Diaorang betul2 masak lah!



Lagi satu sebab..hehe.. Sebab terangsang dengan kejayaan membuat Kerabu Mangga...yeah!-sila tepuk tangan- huhu... Masa buat kerabu tu..Cik Chocolate telipon..Kesian dia..Sebab saya terlalu fokus membuat kerabu..saya cakap "Suka hati Ana la..".uhuk...Saya tak marah dia..Tapi..saya rasa mesti dia dah terasa hati..Minta maaf..Tak boleh hilang perangai yang satu ni..-Bila fokus membuat sesuatu..pasti ada yang 'ter' diabaikan. 'Ter' ok..erti tak sengaja..


Soorr rry...-cakap macam Jonghyun Shinee cakap dlm Hello Baby ekh Ana..


huhu...


Ok!that's all..jumpa di lain entry..da..



p/s: ayat suka hati itu telah menyebabkan miss Choco bayar yuran lebih rm50..untuk sem baru ni saya akan guide dia bebaik!huhu ^^

Saturday, March 27, 2010

A Millionaire's First Love OST-Gray Noise



Ehem....Setelah lama aku tidak mencoretkan apa-apa yang berkaitan dengan K-Pop atau apa-apa sahaja lah pasal lagu.. -ayat nak macam POYO.

Jadi, di pagi nan indah ni..di rumah nan cozy ini..dan waktu2 ternet laju..

Aku pun mula lah nak buka cerita.


----------tarik nafas jap, sebelum nak cerita-------



Seperti selalu..Kalau aku balik Muar je..pada malam first (jumaat malam sabtu la tu) mesti aku berjaga. Boleh gerenti! Sebab apa? Sebab aku men'donlod' lagu-lagu baru K-Pop.huhu.. Itu dah menjadi rutin mingguan aku lah..Senang kata! Susah tak kata ekh...huhu ^^

Tengah aku men'donlod' tu, aku tengok-tengok kat forum lirik lagu kat web NI dan terbaca lah aku tajuk forum tu A Millionaire's First Love Ost-Gray Noise lyric

Fikir aku..."Wah! Cerita ni...!" Cerita ni pernah aku tonton dulu..Sila refresh kembali di SINI
Jadi..aku cuba cari kat tempat aku selalu 'donlod' untuk preview lagunya. Dan...Ya! LAGU NI!!! SAYA SUKA!!!huhu ^^


Suka cerita ni..sebab sweet..ala-ala A Walk To Remember...*jalan ceritanya lebih kurang sama je Tapi..yang nak aku ketengahkan dalam post ni adalah lagu ini!!!





the lyrics:

Gray Noise - 왕연진

I close my eyes I close my mind
Look myself Through dirty glass
This life I know is full of sighs
Looking back the signs
I close my eyes I close my mind
Strange ones walk by Walk on the
Gray noise Strange ones fly by
Fly over sadness Hear me
Don’t leave me Just tell me

Think it sweet?!huhu^^ I do!

Till now! Tamat cerita aku..hehe..

Monday, January 4, 2010

Wanna be..

First of all...

Happy New Year!!!
2010

It's mean..I'm aging!! 21 y.o wanna be this year..huhu

As my title is "Wanna be", so..
here is "Wanna be List of Year 2010"


I, ---- me name here--
Wanna be:
1. A dedicated girl..towards
  • Her life
  • Her family
  • Her works (as student & employee)



2.As good as:

  • Her Mom & Dad
  • Her 'who She believes in'
  • Her 'He that She use to look upon to'
  • Her beloved & idol

Ok! that's all for now... Next wiil be my post at new environment, new lifstyle, and everything's NEW lorr!!!huhu xP

WISH ME LUCK!

Tuesday, July 28, 2009

Minggu aku..

20 - 26 Julai 2009
Isnin - Jumaat: Kelas macam biasa, assignments pula agak luar biasa-mungkin kerana SEM 5..tiada masalah!cuma kejutan minda sahaja..haha, lain-lain hal..semua perkara merosot!tak macam minggu pertama..huhu

Sabtu - pagi: Temani Miss Chocolate pergi ke Kelas KPP..Aku VIP!dapat pass percuma masuk untuk dengar ceramah sekali lagi..Benda yg agak sama..tapi, isu semasa yg dibincangkan sangat membuatkan mata aku yg sepet ni bertukar bulat!huhu..-untuk sesi pagi sahaja lah!sesi petang tu, tak dapat pass VIP lah..huhu

Sabtu - petang: Aku balik Muar-sambut hari kelahiran adik aku si Iqbal tu..Sampai dekat rumah masuk bilik pujuk Adek-si Nadiah yang tengah merajuk..Kalau mood aku tak ok masa tu, jangan harap aku nak pujuk!nasib baik tengah mood 'melayan'..huhu..

Sabtu - malam: Makan-makan di Pizza Hut..Sempena 'Birthday Boy'..huhu

Ahad - pagi: Beristirehat di rumah..huhu - tak tahu pun aktiviti belah petang hari tu akan memerlukan tenaga yang agak luar daripada biasa..haha

Ahad - petang: Pergi dusun Tok Yah-atuk aku, Ibu's side.. Kami iaitu Ibu, Ayah, Iqbal, aku dan Tok Yah-tentunya!pergi ke dusun untuk memetik dan mengait buah duku langsat..-kecil-kecil comel je buahnya..tak macam tahun lepas.. Aku lah manusia paling riuh dekat dusun tu..macam orang jakun pun ada..-tiba-tiba tersedar dari koma..huhu bukan tak pernah masuk dusun tu..tapi dah lama tak pergi dusun tu, kiranya sejak aku masuk kolej lah!seingat aku.. terakhir aku pergi dusun tu masa di sekolah menengah dulu..

Dusun Tok Yah: agak mengecewakan bagi aku..kerana dusun tu dalam perancangan untuk berubah kepada 'kebun' kelapa sawit..gurau aku pada ibu "Laa..nanti kene beli lah buah-buah ni, kalau nak makan.. Akak baru ingat nak ajak anak cucu gi dusun ni nanti!" huhu..

Masih Ahad-petang: Balik dari dusun..rehat jap..aku terus main badminton. Peh!tak pernah aku begitu aktif sebegini dalam sehari..-kecuali pergi camping ke pe..itu biasa..huhu

Akibat keletihan..aku tak balik Batu Pahat pada hari itu..Miss Chocolate ku tinggalkan dengan agak kejam..tapi..setiap peninggalan aku itu, pasti ada perkara yang istimewa yang terjadi kepada beliau..'Improvement!'..huhu

Sampai sini sahaja..bawah ada 'peach' yang sempat ku rakam.


Adik-adik yang selesai/tengah makan


mereka yang gigih..aku pula mencuri tulang untuk mengutip 'peach' ni..huhu

mereka ber'posing'




dan..seorang makcik yang gigih..




ops!maaf..'peach' beliau tak mendapat keizinan tuan badan untuk tatapan umum!huhu

Saturday, May 30, 2009

Worlds Within and some of 'mengarut' things

I'm tapping me keyboard on my lovely notebook at 2.15 a.m.-May 24, 2009.Pardon me for any mistakes in words and the mixing language i used ok?!huhu..

FYI, i'm on me holiday right?so..aku memang tak ada kerjalah kan?!*except kerja-kerja domestik yang aku kekadang buat-buat lupa untuk melaksanakannya..muahahaha..unfortunately, with my Auntie Zurin helps, aku tiba-tiba punya satu kerja..MySpace

nak tau kerja apakah itu..*drumrolls please..Watching the Korean dorama-dorama is drama ney!i'm mixing this post with Japanese language pulak da..but its ok!Ken-cha-na!*sekarang bahasa Korea pulak ye!huhu..pardon me, pia-ne*another Korean language means sorry..lebih kurang macam tu lorr maksudnya..huhu

Auntie aku bagi pinjam a bundle of*bundle ke?tak lah banyak mana pun sebenarnya..huhu..Korean Drama DVDs..next post i'll tell ya cerita-cerita yang aku watched sepanjang sebulan out of tiga bulan percutian aku ni ya..huhu

so, back to the title above..

WORLDS WITHIN..just another sweet romantic and lil' comedy till it makes me heart stop beating..huhu..
maybe its quite early for me to say this since i just been watching it only 5 episodes..but i can't help my self to make this post..huhu..*macam nak scream out je bertapa bestnya cerita ni.. in my POV tau!!tak tau lah kalau korang punya POV different then mines..please be attention!i'm a girl that easy to be satisfied ok!so..pada aku, cerita ni memang best!*tak dinafikan dengan adanya Hyun-bin pakweku ops!my favourite Korean actor with heroinnya Song Hye-Kyo kakakku"ok!stop the dreaming girl!huhu." telah menjadikan cerita ni bertambah menarik..huhu..

aku rasa Worlds Within ni macam dah keluar 8tv, tapi..aku tak pasti sangat lorr..huhu..for sure, aku watched this drama through DVD ya..huhu..

here i will not gives some review..but i want to share what i want to..huhu

mula-mula je cerita ni buat aku bercelaru..dah la ramai orang, then aku nak catch-up subtitles lagi..gila punya laju subtitlesnya..huhu..then sampai tak tahu siapa yang sedang cakap waktu tu..but, it gives something differents from other drama*biasanya mula-mula mesti seorang dua orang dulu watak yang keluar tak kira la yang bercakap or not..huhu..

apa yang menarik about this drama is..filming in another filming..or..shooting in another shooting..kepada mereka yang belum pernah menonton drama ini, do u get a clue?

cerita ni is about 2 directors..Hyun-bin(hero dlm drama My Lovely Samsoon) and Song Hye-Kyo(heroin dlm Full House)..and of course people around mereka ya!orang yang suggest aku buy this DVD kata..tengok actor and actress dia je dah tau cerita hangat gitu..huhu..but to be honest, mula-mula aku beli cerita ni because of Hyun-Bin lorr..haha..am i to honest?!huhu..well!expect the unexpected..aku boleh jatuh suka dengan cerita ni..huhu

mereka berdua ni..pengarah drama..so..i think u guys can picture it right?!shooting in another shooting..huhu..this is something that pengarah di Malaysia ni tak pernah buatkan*if i'm wrong please correct me..huhu..dalam cerita ni..they shows us how a drama been made..daripada 'menembak', editing and cutting the picture/drama, bubuh subtitles semua, sampailah drama tadi dipertontonkan kepada masyarakat..memang penat tau!something yang perlu kita hargai..*aku pun penat tengok cerita ni..tak tau mcm mana nak explain 'penat' yang aku rasa ni kat korang..haha..

basicly, apa yang aku dapat or learn a lil' bit in this story is..for now lorr!!since baru 5 episodes kan..ades!i think i better keep it by myself lol..-tadi rasa nak share, tapi..*don't get me wrong ya..i just don't know the right words to say lorr..i'm no good in words..huhu..korang tengok sendiri lorr cerita ni ya!huhu..

ok!till then..see ya


update..May 25, 2009..