Showing posts with label happy perhaps. Show all posts
Showing posts with label happy perhaps. Show all posts

Saturday, April 6, 2013

Uuu...Erk..Lalala~

keke...Dah tengok G.I. Joe: Retaliation?? bagi kamu-kamu yang dah tengok Good Day to Die Hard (GDDH), dan reaksi selepas tengok cerita GDDH tu macam ni

 Korang mungkin patut tengok G.I Joe baru ni... Oh! Dan tak perlu buang duit tengok Olympus Has Fallen ye! keke.. hampeh je cerita tu.. Konon-konon ada bom nak meletup, tapi tak jadi meletup pun..

Tapi G.I. Joe pun ada bom gak, bom nuklear..pun tak jadi nak meletup..tapi awal-awal lagi dia pratonton-kan situasi bila bom nuklear meletup..ala-ala lagu kanak-kanak "LONDON bridge has fallen down" tu..terbaik la!!London meletup..keke ^^

Gee..aku melalut pasal bom je ni dah kenapa?!hehe..

Moral of the story, bagi aku cerita G.I Joe ni..best la gak! DEABAK... nak kene highlight-kan, BAGI AKU la..jangan nanti dah tengok rasa tak seronok pastu marah aku pula kan,, keke...

Lagi...kalau Ana ada Kim Jong Kook, aku pula ada Lee Byung Hun...!!Oh Oppa-ku, Lee Byung Hun...keke...

Lagu-lagu dalam cerita tu pun best, dah macam tengok Twilight dulu la pulak, aku boleh jatuh suka lagu/background music dalam cerita tu..

Ok..itu sahaja..TQ ^^


p/s: baru perasan, baru-baru ni asyik tengok action movie je..The Croods pun ada action gak kan Miss Choco? Action yang comel2 sangat! ^^

Tuesday, February 5, 2013

Lee Seung Gi Malaya..

Jumpa Lee Seung Gi hari ni... ^^



Nak ikutkan, selalu jugak dia datang kedai. Tapi sebab pangkat adik..aku takda lah nak 'face-to-face'/'eye-to-eye' sangat..

Entah hari ni tak tahu macam mana boleh ter'face-to-face', lepas tu baru perasan rupa dia macam Lee Seung Gi..keke ^^



p/s: Ibu dia kata dekat aku "Terima kasih, I LOVE YOU.."  Syok kalau dapat ibu mertua 'sporting' macam tu.. keke =P

Monday, October 29, 2012

Korban 26 Oktober 2012

Petang 25 Okt. 12:
Aku n adik ke rumah Pokda, atas arahan mem besar..hehe ^^ Kiteorang berdua ni kiranya wakil bg pihak ibu ayah la utk rewang, tolong-tolong Mokda apa-apa yang patut. Dalam pukul 5 petang ibu, ayah n Iqbal sampai dekat rumah Pokda lepas tutup kedai. Lepas tu, kitaorang rewang sampai malam;sempat siap masak rendang, ketupat, sambal kacang dgn ayam masak merah(aku yang rasmikan dulu, lepas ibu siap je masak aku pun terus ambil seketul n makan..^^). Tak ingat balik rumah pukul berapa. Yang pasti masa tu tak lama lepas Kak Ein(anak sulung Pokda), hubby dia n adik ipar kak ein(Ipin kot nama dia) sampai dekat rumah Pokda;bawa balik kereta Preve' baru tu, fresh lagi bau kedai..keke ^^


Pagi 26 Okt. 12:
Bangun, siap-siap semua, lepas ayah n Iqbal balik dari masjid, kitaorang gerak ke rumah Pokda dalam pukul 11 la kot masa tu..Sampai-sampai je, Mokda tengah makan n ajak makan sekali, agak kitaorang langkah kanan la kan..^^ Lepas makan tu..aku n adik relaks-relaks tengok tv sementara nak tunggu lepas Zohor;utk korban lembu..


Petang 26 Okt. 12:
Masa relaks tu sempat la tengok Home Alone 2, then tengok Strong Heart 2 dalam setengah jam je sebab masa tu ayah dah ajak pergi surau tengok lembu korban. Surau dengan rumah Pokda tu tak jauh pun, jalan kaki je kiteorang ni..aku pergi dengan ayah n Iqbal. Sebelum kitaorang pergi, Pokda, Kak Ein, Abang Apit(anak bongsu Pokda) dengan Ipin dah pergi dulu. Aku sampai je dekat surau, Kak Ein bagitahu lembu dah terlepas..aku macam "huh?!!!" then Kak Ein cakap "Betul..bukan main-main.." Aku 'blur' masa tu;otak kosong, bukan tak percaya. hehe.. Kak Ein bagitahu lagi yang Pokda, abang Apit, adik ipar dia dengan ada beberapa orang kampung tengah cari lembu tu..Then ayah n Iqbal pun ikut cari lembu tu tapi ke arah yang lain dari Pokda. Tengah-tengah panas tu boleh pulak hujan turun..nasib baik kejap je..kesian dekat Hero-Hero Malaya yang tengah cari lembu ni.. ^^ Dalam 10 minit lepas dapat tau lembu terlepas, adik, Mokda n Ibu sampai dekat surau. Diorang lambat sebab buat air utk orang yang rewang korban ni. Terkejut jugak la diorang bila dapat tau, hehe.. Then, hampir satu jam lepas tu, kitorang yang dekat surau ni nampak kelibat lembu. Owh kejap, lupa nak cerita..Family mertua Kak Ein pun ikut korban lembu tahun ni (Family mertua kak Ein yang ada masa tu mak n ayah mertua Kak Ein, along n isteri dia anak beranak, dengan adik ipar Kak Ein yg kedua terakhir), ok..sambung balik.., lepas nampak kelibat lembu tu..adik ipar kak Ein yang kedua sebelum yang bongsu tu pun pergi kejar lembu tu.. Orang kata lembu tu sempat main-main dengan lembu orang kampung yang duduk dekat dengan surau tu lagi..aigoo.. ^^ Masa tu la, si adik ipar kak Ein, Ipin tu dapat ambil tali pengikat lembu tu, tapi sebab orang ramai mula datang dekat lembu tu..lembu tu panik n lari lagi..kesian Hero Malaya kita si Ipin tu..haha ^^ tangan dia luka sebab terheret dengan tali lembu tu..auww!mesti pedih..then yang abang dia. kaki terkene duri..dia kata kalau tak boleh tolong kejar lembu tu sekali dengan Ipin..masa Ipin dapat pegang tali lembu tu.. so, lembu tu terlepas kali kedua..lagi paling syok, lepas terlepas kali kedua tu, lembu tu lari depan mata aku..hehe..kalau nak ikut kan macam boleh je aku tahan lembu tu..sebab dia lari takde la laju macam kuda pun..keke..tapi sebab dia lagi berat dari aku, tu yang aku takut nak tarik talinya..takut nanti bukan aku dapat berhentikan lembu tu, takut aku yang tersungkur kene tarik dengan lembu tu..huhu ^^ Dah la jalan tar..ngeri2...nasib ada Hero Malaya lain yang tak injured lagi..haha.. Iaitu ALONG!!!!keke..dia la yang paling terbaik sekali, mandi peluh sebab jogging kejar lembu tu..hehe ^^ Jauh lembu tu lari sampai redah 3 kampung..then baru la ada orang yang tolong Along tangkap lembu tu..keke..

Dalam sejarah family aku, ni la pertama kali jadi perkara macam ni..FYI, korban tahun ni, first time ibu ayah letak nama aku..sekali dengan Iqbal. Pengalaman pertama la kan bagi aku..itu kira lembu aku la kan yang terlepas..keke..aigoo.....Terima kasih bebanyak la dekat Along!!hehe..tapi tu pun lembu Along jugak.. ^^ Lagi yang jadi sejarah utk peristiwa korban tahun ni, lembu tu di sembelih di tepi jalan besar (Jalan Simpang Lima/Parit Sulong), sebab takut dia terlepas lagi.. Aih! Tak pernah di buat orang..keke ^^ Dari lepas Zohor sampai la dalam pukul 5 lebih, baru selesai korban tu..Dugaan.. ^^

Selesai rehat semua, pukul 6.45 aku n family keluar pergi beli tiket aku utk balik KL. Dlm hati aku, macam "tiket dah habis ni"..n bila sampai dekat stesen bas, it's confirmed sold out!jadi, beli tiket balik hari Isnin la jawabnya..^^

Malam 26 Okt. 12:
Lepas selesai beli tiket dengan barang-barang keperluan rumah, kitaorang balik semula dekat rumah Pokda..Masa tu Hero-hero Malaya dah tumbang da.. ^^ Kesian diaorang.. Takpa lah, Pokda kata cerita ni tahan 2 tahun jadi bahan gelak n kenangan.. ^^


-Tamat-


p/s #1: Anak Along si Idlaal dengan Nazhan COMEL sangat..!!!geram aku..yang Idlaal ikut rupa Baba dia, Nazhan ikut rupa Mama dia..^^
p/s #2: Ipin tu junior aku..sama UniKL tapi dia MFI.. so, ada kemungkinan akan jadi senior Nadiah..keke..
p/s #3: Balik dari KL boleh kebetulan sama bas dengan Abg Apit..masa jumpa tu, dia boleh main tarik-tarik beg aku pulak..  ^^

p/s lagi: eye-to-eye + "Rendang?" + tolong tarik kerusi + aku buat muka, sebab air termenitik n terkena Nazhan..kenangan jugak tu...agagaga....

Saturday, October 20, 2012

Kisah 'Melancholy yet Happy Day'

Tidur pukul 4 pagi, sebab jakun dah lama tak online. Habis pukal donlod semua lagu-lagu baru yang best-best. Lepas tu tak sedarkan diri sampai pukul 11 pagi. Dosa pun habis pukal jugak! Apa nak jadi la dengan kau!!


Patut 11 pagi dah kene ada dekat kampus. hehe. Harap maaf, baru nak siap-siap mandi, masa tu. hehe -_-"


Breakfast-satu biji epal, 2 keping roti dengan satu botol yakult. Siap semua, gerak ke kampus. Masa keluar rumah, hujan dah renyai-renyai. Tengah dalam perjalanan-dalam LRT, hujan dah lebat. Sampai kampus, aku basah kuyup, tapi tak kuyup sangat la..haha..ada payung kan. Tapi jeans aku, memang dah kuyup habis la..becak punya pasal! ^^


Ok! Punca 'Melancholy Day', bila dengar lagu ni..


Masa mula-mula dengar lagu ni, tak rasa sedih sangat pun. Ye la, tengah mood pukal lagu, janji sedap dengar dengan faham maksud lagu tu, ok layan!


Tapi bila dengar lagu ni tengah hari tadi, dengan dalam keadaan yang sejuk dalam LRT+hujan nan lebat, memang kalau aku seorang je dalam train tu..dah meleleh air mata da.. ^^ Nasib ada ramai orang dekat train tu..huhu..



Punca 'yet Happy Day', siap poster untuk present hari Isnin minggu depan. yeay! Terima kasih bestfriend2 semua.


Good luck bestfriends!


credits:  xithieuiot

Wednesday, April 18, 2012

Did You Know?

  • I always write a post but publish the post at certain time. Not all post. Depends on my mood.
  • I can sleep early then wake up late. Sleep late and wake up early. Just whenever I want. haha. Kids will laugh at me if they read this. Stipud ftacs.
  • I love my family, my friends, my cats, my dully, my bubby, my rorry, my... erk.. too many ma.. haiya! Just so much love to be given la..keke
  • I love KPop and Kdrama till I can live with it without eating, sleeping, walking, any other with ...ing but not drinking la.. I need water at least to survive. keke
  • I easily forgot over something if that something forgot me. haha. don't understand ma? then just don't.
  • I cannot focus over something if my mind, my eye, my ear and my heart not gather. usually to stay focus I need a clear view of that something. by asking, disturbing, walking, moving, calling, texting and other ..ing. keke
  • I easily forgive and forget. patient. but I got my limit.
  • I hate and love cats, I hate and love someone, I hate and love myself.
  • I am a dreamer. I still believe my prince charming will come to me and we live happily ever after.
  • I trust on love at first sight. love after we know each other. but kind of hard to believe in love after married but don't know if this will change later.
  • I love taking picture of something that I think 'lovely', 'beautiful', 'something precious' and thankfully the results of the picture comes out just as what I thought. like beautiful. as it is. but lately, I lost my passion. need to recharge it.
  • I write Engrish not English. in hope of it gets better. need to practice talking. but I don't know....1husband with 4wives comes; how, when, why, what, who. keke
  • I am standing in the ground but head up in the sky. how? someone help me please.
  • I can read and write Bahasa Malaysia, English and Hangul. I understand Bahasa Malaysia, English and limit to Hangul and Mandarin. Currently learning Hangul(by podcast self-learning) and Arab(by reading 'Terjemahan per kata')
  • I don't know why I write this stpuid fcats. but I think someday it will be useful to me and someone in future perhaps. keke.
  • lastly, I can easily falling and rise up own my own. but I need time. while falling, I just need someone to hear me, keep me accompany and just watch over me. don't neglect me. I found that someone. but.. I just don't think much of it. just let it be the way it is. not too hopeful. cause I used to. I know me the best. but I don't know that someone know me as I know myself.
  • and the laassstt is I need someone that know me better than I know myself yet loves me as I am. and it is my family. right? keke. and miss Choco I think. thank you miss Choco. I LAP U. keke. next time if I found 'someone else' I'll make this kind of post again. Ok. haha. when will it be. wonder.



p/s: need to climbing up of the well. It's dark in the well. cold. I hate it. but can't help with it. I know I can get out from this well.. ya......!!climbing2! up up here I'm coming!

Saturday, October 29, 2011

DiaLogue


Little Niece sat on her Auntie's lap.. Ala-ala manja sebab dah lama tak jumpa Auntie dia yang seorang ni..keke..


Little Niece: Auntie auntie...kenapa auntie buta?

Auntie: Auntie tak buta...auntie rabun..

Little Niece: Auntie..kenapa auntie pakai ni? -sambil pegang cermin mata Auntie..

Auntie: Sebab auntie rabun....


(Little Niece nak buka cermin mata Auntie, dan Auntie pun pejam mata ala-ala budget perasan muka comel macam ni.... ^^ )


Little Niece: Kenapa Auntie buat macam tu? -sambil 'copy'(buat) balik muka ala-ala comel tu.



Auntie: (smile je..) -dalam hati "Macam mana la aku nak 'explain' pada budak ni.."


tak lama kemudian Auntie jawab..


Auntie: Sebab bila pakai ni, mata kita besar, then bila kita tak pakai ni, mata kita kecil... Jadi nanti mata kita tak rasa sakit masa dia nak tukar dari besar ke kecil...


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . (bunyi cengkerik)





-fakta: sebenarnya Auntie tu nak 'explain' benda yang dia belajar dalam Biologi dekat sekolah menegah dulu..tapi kalau nak sebut retina, otot mata, etc. macam mana lah budak tu nak faham kan? jadi..itulah yang dijawabnya.... keke.. ^^ tapi budak tu boleh faham ke apa yang Auntie dia explain??-



gambar: KD a.k.a Kak Dina yang berpeluh-peluh main motor*konon lumba motor dgn abang dia, posing depan tangga rumah aku masa raya puasa hari tu.




p/s: Macam mana la aku nak 'explain' dekat anak aku nanti kalau dia tanya benda yang sama...

.....happy auntie..... ^^


=========================== update ============================
5/11/11 @2.05 a.m

Aku belajar dari buku Ustaz Hasrizal.. sepatutnya Auntie tu jelaskan apa yang dia tahu! Ustaz pesan.."Jangan layan anak-anak seperti 'separuh manusia' yang hanya ada fizikal untuk dilayan"

Jadi, jawapan yang harus Auntie beri pada Little Niece tu ialah..
"Mata kita ada titik fokus dengan retina yang membolehkan kita melihat. Titik fokus tu mesti sampai dekat retina baru kita boleh lihat dengan jelas. Titik fokus mata Auntie tak sampai dekat retina, sebab tu Auntie rabun. Jadi, bila Auntie pakai ni(cermin mata), titik fokus tu sampai dekat retina mata Auntie. Bila Auntie tak pakai ni, titik fokus tu dah ke depan dari retina..kan ada dua keadaan berbeza kan? Jadi bila Auntie buat macam ni ^^ , mata Auntie tak berubah dengan mengejut sebab dah pejam mata untuk beberapa saat..."
Hah! Patut Auntie jawab macam ni!huhu..


Sorry Little Niece..


p/s: Best baca buku tu!!

Friday, September 9, 2011

Selamat Hari Raya!




hehe.. Hope it's not late to wish..



Selamat Hari Raya!!



Happy Eid Ul Fitr!!



and......



Maaf Zahir Batin!!

Thursday, August 11, 2011

I talk Crap #7

checking....... Oh! Dah 4 hari aku tak update I talk Crap ni!!

Ok! Aku kasi conclude je..


Kejadian sepanjang EMPAT HARI:

+ Isnin: Jadual harian berjalan dengan lancar! Tiada gangguan mental. Serius bahagia hidup sebagai 'Pelajar'!! Cuma kesesakan fulus je akibat Abang MARA tak bagi wang sara hidup.. haha ^^


++ Selasa: Hah! Hari ni aku dapat benda yang buat aku 'addict', Plant VS Zombie... Terima kasih kepada yang berkenaan sebab kenalkan aku dengan bendaalah ni..haha.. BEST!!huhu..

Then kelas? DSA belajar pasal Java Collection Framework.. kat situ ada LinkedList la.. ArrayList la..Generics..Collections.. erm..Best gak!! Then ada gangguan mental pada hari tu sebab ada cadangan untuk tukar kelas.. Benda ni buat aku fikir lebih banyak daripada fikir nak lepas level dekat Plant VS Zombie tu..haha ^^



+++ Rabu: Dekat lab Wireless Network.. Best!! Madam ajar cara nak config Access Point!huhu..(#tapi aku tak config pun..aku tukang menyebutkan lepas ni buat apa then buat apa..haha) Then dekat Network Programming pulak! Ada buat programming sekaligus jadi assignment yang kene hantar Selasa depan.. INGAT TU!!!



++++ Khamis: CCNP1 BEST!DSA BEST! Network Programming pun BEST! Lagi BEST dapat berbuka bersama-sama kawan-kawan yang tersayang..ahak.. Dah lama tak berbuka puasa beramai-ramai!! Serius untuk bulan puasa ni.. inilah hari pertama dapat berbuka puasa ramai2.. Kalau tak aku candle light dinner je dengan Miss Choco..haha ^^ Oh! Lupa.. Abang MARA saya! BEST!!



And that's all for now!!




p/s: Tak jadi nak tukar kelas sebab 'clash' dgn kelas yang lain..plus, aku tak nak tukar group kelas yang lain tu sebab ada kawan-kawan tersayang!termasuklah Miss Choco.. Lagipun.. InsyaAllah aku boleh SURVIVE!! Macam PCP.. cuma keneWAJIB usaha lebih gigih! Bukan gigih nak lepas Plant VS Zombie je Makcik Qila oi!!hehe ^^

p/s lagi: Jumaat petang esok berbuka dengan Orang-orang yang tersayang! Yeay!!

Wednesday, February 23, 2011

Beautiful World

It such a beautiful world.


That i am grateful to be alive.


It just me and the world.


I got to keep on dreaming towards a better life.




It is a beautiful fight.




qilaz.
bangsar-miit.
one lovely morning.

Thursday, February 17, 2011

Eewww!

Orang kata jangan membenci.


Sebab kalau benci.

Nanti kita sendiri yang akan jatuh suka.




Dan macam mana?-eotteokke??



Kan dah jatuh suka.-bukan cinta ye-



Orang Kedah.



Dulu Perak.



aih!


Tapi dulu tak benci lah!


Tak suka je...hehe..



Sekarang dah tak ya!



Saya suka DIA!!!huhu..


Tapi~


Kekasihku telah diterbangkan ke Australia.



sudah~
*bermaksud telah selamat tiba


sedih T T



p/s: dia cool!!!keke..tapi tak sepet macam ^ ^ ni..tapi dia macam '><' ni...ahaks..
p/s i lap u: Belajar rajin-rajin dekat sana! Jangan nak main2 kat sana!ahaks ^^ -serius ni-

Monday, November 22, 2010

Holiday~

Yeah!!!!!!!!!!!!!!



It's HOLIDAY!!





sebab apa??




SELESAI SEMESTER 1'S FINAL EXAMINATION!




and........



3 more years to go.... T T



but..........



its OK!!



huhu..



I LOVE MY LIFE AS A STUDENT!hehe






and...





CONGRATULATIONS TO MY LOVELY COUSIN FOR HER ENGAGEMENT!hehe...21/11/2010 will never be forgotten..huhu..

Tuesday, April 13, 2010

I like new things!!

huhu...-nak mula cerita dengan huhu sebab happy-

Ok! Apa yang aku maksudkan dengan tajuk di atas?! Sila teka.......cepat2! Siapa dapat aku bagi hadiah..heheh ^^




Ok la...tak payah! baik aku jawab sendiri... sebab apa...sebab suka aku lah... haha xP





Aku suka benda baru. Semua orang suka benda baru. Siapa yang tak suka kan..kalau dapat beg baru, jam baru, baju baru, pakwe baru..hehe.....tak2! perkara tersebut tidak berkaitan dengan cerita yang aku nak cerita ni.



Aku sekarang berada di tempat baru. Tempat yang sepatutnya Ana dan aku dapat untuk latihan industri kami. Tapi, oleh kerana sebab2 yang aku kurang arif kenapa..kami tidak dapat ke tempat ini.-Hanya Dia nan Maha Mengetahui sahaja yang tahu kenapa-


Dan yang aku tahu...kesabaran aku dan keputusan aku punya hikmah sendiri dari Dia.

Pengalaman...banyak sangat pengalaman baru yang aku dapat dekat tempat praktikal aku.

Istimewa....aku rasa aku special sebab dapat dua tempat praktikal yang lain..(tapi bawah company yg sama la) -istimewa sebab bukan ramai yg dapat buat macam aku dekat company ni..heheh...company lain tu aku tahu rasa memang ada pun!




Terima kasih aku ucapkan pada cik Ana yang membawa aku dengan mudah untuk masuk ke company ni! uhuks TT
kalau kamu ada pasti lagi best!!



Ok! yang baru dekat sini. Happening!!! Serius sempoi! Bila tak ada kerja...boleh buat sesuka hati meng'online' FB dan lain2! Suasana 'opis' pun sangat best!hehe...tak macam dekat department aku yang sebelum ni..Tapi bukan dekat sana tak best ok! Dekat office lama aku tu pun best! Sangat suka pakcik2 n makcik dekat sana.. Aku tahu mereka sayang aku! Serius! Aku dapat rasa! Tak tipu ok!huhu... Aku pun sangat sayang mereka! Tapi kerana mahu belajar pasal komputer ni aku wajib pergi ke tempat baru ni!


Dekat tempat baru aku dah tak jadi 'anak emas' lagi. Dah tak boleh bermanja-manja uhuks TT. Sebab ramai budak praktikal lain. Dulu aku sensorang.. huhu Dekat sini...ada 3 orang lagi yang masih dalam latihan. 2 orang laki-laki(Adib dan Aniq) dan satu orang perempuan(Kak Harne). Tapi sebab Kak Harne cuti 15 hari..mungkin aku tak berpeluang jumpa dia(ceh! ayat nak poyo!hehe ^^) Jadi...kalau nak ikutkan kata aku, aku yang kata...orang lain tak kata ok..!huhu Aku boleh dikira anak emas lagi la kan kalau ikut jantina..ahaks xP



Apa-apa pun....pengalaman semester kali ni sangat best! Di tempat baru, suasana baru, rakan baru, kereta pun baru..haha ^^ Semua baru!!! Suka!!!



p/s: Terima kasih ye semua yang berkaitan. Sayang kamu semua.

Tuesday, October 27, 2009

Hari jiwa mula tenang

Seperti yang telah aku janjikan.. Aku nak cerita..
"Hari/malam*waktu yang agak tepat sebenarnya yang jiwa aku kembali tenang"


Pada hari Rabu, malam Khamis..21 oktober.. Aku dan 5 orang 'hot babes' keluar pergi menonton wayang.. Cerita apa? Tak payah tanya! Sebab cerita itu POYO!!huhu.. Tapi..not bad lol!huhu..


Dan di luar kesedaran aku..mood aku yang 'gila' tu...hilang.. Sebab? Sebab best lorr!!huhu..Outing with friends!!hehe.. Moreover, we had a great night! With a Daytona race!! Kami ber'empat'*sebab Miss Choco tak join sekali..dia mahu jadi jurugambar sahaja!hehe.. berlumba kereta secara halal yer!hehe.. Dan yang sangat menyebabkan aku kembali senyum, gelak, ketawa, mengilai semua..*hilang segala muka ketat aku tuh! adalah kerana aku dapat tempat KEDUA!!yeah!!!*sila tepuk tangan sekarang!! xP


Dan keesokkan harinya..aku pergi kolej dengan muka yang asyik tersenyum secara automatik!!haha xP

Terima kasih banyak2 ya kawan! Aku sayang kamu semua!! Dan maaf kalau aku bukan kawan yang terbaik bagi korang!! Tapi bagi aku korang memang yang terbaik!


Saranghe.. =)

Ehem!Sebenarnya..sebelum hari itu..ada satu hari istimewa bagi aku.. Sebab berdua2an dengan awek..hehe.. ini ada gambar!


Eii...dia tido..lalalala~ *Hari istimewa: Nonton Papadom


Orang kata kami bertiga adik beradik..ngee *Hari Jiwa Tenang

Monday, October 26, 2009

Sorry..is not good enough!

Ok! Aku stabil!
huhu..actually..my mood are now back to normal..

No COMA, No DRAMA, No lalalala~
=)

How i done it?
Aku belasah sama mood tu..guling2..tarik rambut..punch the face then patahkan gigi dia!huhu..



Sebenarnya..its not like what do you think ok!.. I just need some time.. To cure..to treat my jiwa yg agak gila ni..huhu..


Punca masalahnya..seperti entri sebelum ni*di mana aku sembunyikan sekejap dari pandangan umum..huhu..
Aku angkat bendera putih pada diri sendiri..dah tak bersemangat lagi..semua lorr!! Dan mungkin juga PMS yg gila punya teruk..haha.. For sure i dont know..Tapi aku agak itulah antara sebab2nya.


Well..pada yang rapat dengan diri ni..Dia tahu aku ni senang nak pulih waras kembali..huhu..Terima kasih ye Yunk!!huhu..Komapta sebab terlalu bersabar dengan diri ni!!huhu..


Dan kepada mereka yang berada di keliling aku..ketika kejadian yang amat memalukan ini berlaku..harap MAAF.


I know..sorry is not good enough right?! But..its all i can say.. Coz i'm not gonna ask you to understand me if you dont want to..




Next entry..
Aku cerita2 ok!dah lama tak cerita..aku tahu korang rindu 'aku' kan?!huhu..*maaf!sedikit perasaan..
Entah2 memang takdak orang pun yang baca ko punya cerita Qila!!haha..


Ok! That's all..Till next time..

Thursday, May 7, 2009

Holiday..

Waa...i am back!!MySpace
its feel good to tapping on this keyboard*its Ana's keyboard actually..best woo..harta benda orang lain kan..
huhu..berhabuk tak blog ni..takkan?!hehe..

btw, semalam ada niat nak update blog ni..tapi tak kesampaian kerana dah lewat sangat*dok asyik blog walking kat blog orang lain..hehe..

semalam, 6 mei 2009..pertama kalinya dalam hidup aku, aku memandu kereta berseorangan pada waktu malam*sebelum ni memang ada ayah/ibu/ana kat sit sebelah tu kalau berjalan-jalan kat mana-mana..huhu..mula-mula kecut woo..tak tahu kenapa..tapi lama-lama aku jadi berani dey!tapi tak lah seberani pabila memandu di siang hari..heheh..*Ana kata nak post pasal aku berdasarkan kejadian 'driving home to Segamat' pada hari ini-kejadian tu bukan kemalangan atau suatu yang menyalahi undang-undang jalan raya ye..hehe..tapi tak tahu lah..jadi ke tak dia tu..huhu

dan semalam juga..adalah pertama kali aku memandu kereta itu..setelah kereta itu menjadi hak milik aku..huhu..sebelum ni..kereta itu masih atas nama orang lain..tu yang best pandu kereta tu..selepas bertukar nama ni..macam dah tak best je lagi nak pandu kereta tu lorr..haha..tapi walaupun sebelum ni belum tukar nama..kereta tu memang dah menjadi milik aku tau!huhu..weird feeling..hehe

ades!semalam banyak hal nak dikongsikan kat dalam blog ni..hari ni dah tak ingat dah!hehe..
oh ya!!..now i remember..

esok...!!!aku akan bercuti ke Pulau Pinang..huhu..baru habis peperiksaan, terus pergi bercuti ya!!MySpacehehe..
3 hari aku di sana..mengikuti rombongan..bersama..Ana dan keluarganya*sesat pulak anak pakcik Mail ni ekh kat dalam family Encik Hamdan ni..huhu

selepas bercuti..aku dan ana akan balik ke Batu Pahat..stay there for awhile..then weekend, we will come back home..seorang pulang ke Segar-amat..seorang pulang ke Muar-a..huhu..

dan pasal kerja sementara untuk mengisi masa lapang ni..satu hal yang perlu diusahakan..huhu..rasanya hal ini harus dibincangkan selepas adikku Iqbal pulang setelah tamat semester 2 di politekniknya..MySpace

agak bosan ya..apa je yang aku post ni..huhu..

ok!thats all for now..

p/s: nanti aku update post ni semula..mau letak gambar 'cyunk' aku..huhu..tapi dia belum dimandikan lagi..nanti lah ekh..huhu..