Showing posts with label ceritera aku. Show all posts
Showing posts with label ceritera aku. Show all posts

Tuesday, March 21, 2017

89, March 12

Ok, as title, yup! I am 28 years old this year!




Some update, I am still working as a Teacher😆 at the same place. Genap dua tahun dah pengalaman mengajar. Jadi sekarang ni tengah mencari peluang lain. 

Ada rasa macam nak sambung Master, tapi tak sure. Sebab ekonomi sekarang yang masih tak stabil. haha.

Kalau jadi sambung Master, aku mungkin ambil Master of Education kot.. Tak pun ambil balik Network..yang dah lama tinggal..erk, macam tak je.. haha.. Entah la, haven't plan it seriously yet.

For sure I am looking for chances to a better workplace and working experience. Sesiapa yang ada job untuk aku, boleh la contact aku ya.. haha

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Life as a mother of 20++ sugar glider. 

Kepada sesiapa yang nak membela sugar glider, boleh contact aku juga ya! Boleh bagi special price kat korang. huu..

Since I live alone now, anak-anak aku la jadi peneman. Hari tu nak buang sampah dekat bawah takut sensorang, panggil si Sugar (anak pertama aku), ajak dia teman, baik dia dengar kata. haha. Duduk elok je dalam pouch. huhu..

Oh! btw, aku tinggal kat area Bandar Seri Putra. Ada la sewa rumah dekat satu apartment area situ.

Tunggu masa je ni, settle adik aku dah dapat kerja nanti, aku balik Johor la kot. Tujuan aku pun pi merantau dekat negeri orang sebab nak menjaga adik. Tapi rasanya, macam dia je yang jaga aku. haha..😁

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Life as a dreamer.

huuu.. I dream BIG! haha.. Nak ke South Korea. Nak cari kerja dekat NZ.. Takpun kerja dekat SK (tp working life kt sana tak best). Nak jumpa B.Y.G. macam-macam lagi la..haha

Oh! Partner aku insyaAllah tak lama lagi dah nak naik pelamin, tinggal la aku sensorang..uwaa 😭


Jadi itu je lah update dari aku. 


tata..👋


credit:animatedimages.org

Thursday, June 6, 2013

Satu 'Suatu Hari'

Korang pernah gosok gigi dengan pencuci muka?


Aku pernah... Sebab tak sengaja....absent mindedly...


Entah kenapa dengan aku pagi tu...otak kosong...dalam dilema nak gosok gigi atau nak cuci muka kot! Tu yang jadi macam tu...^^


Nasib pencuci muka tu 'base' dia buah peach!Tapi serius tak rasa macam buah peach pun..!!


 Ok..Moral of the story, fikir dan rancang dulu aktiviti anda sebelum hendak masuk ke bilik air!!keke ^^


XOXO.. bye bye..

Saturday, April 6, 2013

Uuu...Erk..Lalala~

keke...Dah tengok G.I. Joe: Retaliation?? bagi kamu-kamu yang dah tengok Good Day to Die Hard (GDDH), dan reaksi selepas tengok cerita GDDH tu macam ni

 Korang mungkin patut tengok G.I Joe baru ni... Oh! Dan tak perlu buang duit tengok Olympus Has Fallen ye! keke.. hampeh je cerita tu.. Konon-konon ada bom nak meletup, tapi tak jadi meletup pun..

Tapi G.I. Joe pun ada bom gak, bom nuklear..pun tak jadi nak meletup..tapi awal-awal lagi dia pratonton-kan situasi bila bom nuklear meletup..ala-ala lagu kanak-kanak "LONDON bridge has fallen down" tu..terbaik la!!London meletup..keke ^^

Gee..aku melalut pasal bom je ni dah kenapa?!hehe..

Moral of the story, bagi aku cerita G.I Joe ni..best la gak! DEABAK... nak kene highlight-kan, BAGI AKU la..jangan nanti dah tengok rasa tak seronok pastu marah aku pula kan,, keke...

Lagi...kalau Ana ada Kim Jong Kook, aku pula ada Lee Byung Hun...!!Oh Oppa-ku, Lee Byung Hun...keke...

Lagu-lagu dalam cerita tu pun best, dah macam tengok Twilight dulu la pulak, aku boleh jatuh suka lagu/background music dalam cerita tu..

Ok..itu sahaja..TQ ^^


p/s: baru perasan, baru-baru ni asyik tengok action movie je..The Croods pun ada action gak kan Miss Choco? Action yang comel2 sangat! ^^

Erm...Eeiii...Kekeke ^^

Dah hampir sebulan berlalu selepas post EMO aku tu..keke..Present FYP pun dah selesai, tinggal report yang entah ke mana tapi yang pasti memang kene hantar. keke

Bulan lepas, memang bulan membeli-belah..yelah, sana sini ada besday diskaun. Apalagi, alang-alang dah ada diskaun, borong habis. Lepas tu terbelah jugak la budget bulanan aku.
Sekarang dah masuk bulan 4, awal bulan lagi tu....duit tarak suda ma...uwaa....
Kalau aku report penyata kewangan bulanan pada Ibu ni.. aku rasa aku dah kena macam ni da..
huuuu...sakit...

~Ikat perut la kau qila!!keke....

Jadi aku kene cari duit untuk cover belanja yang dah terbelah tu..kan kan??keke..nak kerja macam masa diploma dulu ke ye??kerja kira duit...macam ni.. keke..seronok pulak tengok monkey tu kira duit.......haha ^^


Apa-apa pun!!Moral of the story..Learn from mistake ya darling!!!!!aih! jangan la sampai over budget macam I ni...ok..bye bye!!keke ^^

Tuesday, February 26, 2013

Outing + Lagu Bukan Untuk Aku

Semalam, 25 Feb...hari kedua yang terbaik untuk tahun ni..setakat ni la!!hehe..

Oh! Hari pertama yang terbaik sebelum ni adalah pada minggu lepas! Kenangan dalam train ke kampus..keke ^^


Ok, back to the main story here, semalam aku dan Miss Choco outing dengan Mr. skandal Miss Choco..keke ^^ -sorry lah korang tak boleh 'dating' sangat sebab ada aku ye..^^-


Apa-apa pun, terima kasih ye Mr. skandal Miss Choco!! hehe..... Khidmat anda amat diperlukan untuk kali kedua!!keke..



Habis satu cerita. Untuk kisah Lagu Bukan Untuk Aku.. adalah ini!!


Tajuk lagu ni She, With Long Straight Hair (Miss Right) - Teen Top..memang bukan untuk aku!keke ^^

Antara MV terbaik dari band ni! Untuk tahun ni dan setakat ni la..hehe ^^

Suka lagu ni!

Ok! That's it for now. Bye.. ^^



p/s: Unforgettable.. beri lalu, minum air, legendary sorry dgn talk to the hand..keke Tapi tak tengok 'eolguri' dia pun..

Wednesday, February 13, 2013

Ommo..my 'dongseang's ^^

Aku rasa sesiapa yang kenal aku tahu aku ni minat K-Pop, Grandpa Gyu, drama2 serta semua yang berkenaan South Korea . Tapi aku tak pernah mimpi yang pelik2 pasal benda alah ni. Sampai satu malam tu, entah macam mana aku boleh mimpi dia ni.. keke ^^


Daehyun.. FYI band dia B.A.P pernah datang Malaysia tahun lepas. Aku pernah post MV dia dekat sini. Ok, back to the story..yang pelik pasal mimpi aku tu adalah si Daehyun ni boleh cakap Melayu..

Ok, sila gelak guling-guling..

Tapi yang lagi aku pelik...dia bukan 'bias' aku pun dalam B.A.P tu.. My bias is Youngjae!!! pada masa tu lah.. keke ^^

Dan lama-kelamaan, entah macam mana.. aku jatuh suka pada Daehyun ni pulak..!! Dan ini adalah lagu baru mereka (B.A.P) ^^



MV ni special. Telan belanja kira-kira 1 billion KRW, shoot dekat 2 negara Filipina dan Korea, lepas tu 10 jenis set yang berbeza. Ada 3 lagu dalam MV ni.. so, enjoy it!



p/s: B.A.P tu semua 'dongseang' aku..lagi, jalan cerita MV ni macam dah familiar..Tapi memang 'DEABAK'!!

Tuesday, February 5, 2013

Lee Seung Gi Malaya..

Jumpa Lee Seung Gi hari ni... ^^



Nak ikutkan, selalu jugak dia datang kedai. Tapi sebab pangkat adik..aku takda lah nak 'face-to-face'/'eye-to-eye' sangat..

Entah hari ni tak tahu macam mana boleh ter'face-to-face', lepas tu baru perasan rupa dia macam Lee Seung Gi..keke ^^



p/s: Ibu dia kata dekat aku "Terima kasih, I LOVE YOU.."  Syok kalau dapat ibu mertua 'sporting' macam tu.. keke =P

Sunday, November 25, 2012

난 먹고 또 먹고 또 다시 먹고..아이구..

난 먹고 또 먹고 또 다시 먹고..아이구.. (nan meoggo tto meoggo tto dasi meoggo..aigoo..)

Terjemahan:

Saya makan dan makan dan makan lagi...aigoo..


Situasi sebenar:

Musim periksa ni, memang waktu yang sesuai untuk menambahkan berat badan...!! Padahal, minggu minggu sebelum periksa tu punyalah jaga makan. Rasa ada jugak la kurang berat badan ni sikit... SIKIT JE..baru sikit turun ni dah naik balik sebab..


PERIKSA PUNYA PASAL!!!!!!!!!!


haha...bila baca dan membaca dan menghafal..dia akan berasa LAPAR.. dan seterusnya ingin MAKAN!!



ades...


Pape pun..ada 2 kertas lagi!


Wish me LUCK!!


p/s: Dongwoo-ssi..Happy birthday!! Ibu punya birthday pula tengah countdown 3hari lagi..hehe ^^

Wednesday, November 14, 2012

아이처럼 (Ai Cheoreom)

Hari ni dalam pukul 2 petang, pakcik aku (Cik Li) datang dekat kedai. Masa tu aku dah siap-siap makan semua sebab nak balik KL(tiket bas pukul 2.30ptg), aku naik dari bus stop dekat depan MRSM BP je..sebab bas lalu situ.

Ok, jadi..masa Cik Li datang tu, aku tengah senang hati..ye la gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati..kan kan? hehe... jadi "unconsciously" aku bercerita dekat Cik Li pasal adik aku Iqbal.. hehe..Perkara yang berlaku masa aku tak sedarkan diri ni-yang tetiba aku bercerita dekat Cik Li, telah aku perasan/sedar masa aku dah naik bas.

Kau bayang kan...kau baru tiba dekat satu tempat, lepas tu tiba-tiba ada makcik bercerita dekat kau pasal orang lain, yang mana orang lain tu tak ada dekat tempat kejadian. Blur tak? haha..

Sorry Cik Li...keke..

Tapi Cik Li aku memang terbaik! Bila aku ingat balik reaksi dia masa aku bercerita tu..ekspresi muka dia tak la macam tak boleh terima apa yang aku cakap. Ekspresi muka lebih kepada macam seorang dewasa yang mendengar seorang budak kecil bercerita. ^^

Sayang lebih pada pakcik aku ni..sebab aku rasa dia layan aku macam anak dia. hehe.. Anak dekat sini macam budak umur 4 tahun..keke ^^ FYI, anak Cik Li ada 2 orang, dua dua kecil lagi.. Masa dekat dalam bas tu, aku rasa macam-macam. Malu, seronok, bahagia..keke ^^ Sedih pun ada kot...berat nak balik KL..uhuhu...


Ok...itu saja untuk post kali ni.. Bye..hehe..



p/s: Kadang-kadang tercakap benda yang kita sendiri tak perasan..di luar sedar..tapi selalunya itulah kata-kata yang betul-betul ikhlas.

Monday, October 29, 2012

Korban 26 Oktober 2012

Petang 25 Okt. 12:
Aku n adik ke rumah Pokda, atas arahan mem besar..hehe ^^ Kiteorang berdua ni kiranya wakil bg pihak ibu ayah la utk rewang, tolong-tolong Mokda apa-apa yang patut. Dalam pukul 5 petang ibu, ayah n Iqbal sampai dekat rumah Pokda lepas tutup kedai. Lepas tu, kitaorang rewang sampai malam;sempat siap masak rendang, ketupat, sambal kacang dgn ayam masak merah(aku yang rasmikan dulu, lepas ibu siap je masak aku pun terus ambil seketul n makan..^^). Tak ingat balik rumah pukul berapa. Yang pasti masa tu tak lama lepas Kak Ein(anak sulung Pokda), hubby dia n adik ipar kak ein(Ipin kot nama dia) sampai dekat rumah Pokda;bawa balik kereta Preve' baru tu, fresh lagi bau kedai..keke ^^


Pagi 26 Okt. 12:
Bangun, siap-siap semua, lepas ayah n Iqbal balik dari masjid, kitaorang gerak ke rumah Pokda dalam pukul 11 la kot masa tu..Sampai-sampai je, Mokda tengah makan n ajak makan sekali, agak kitaorang langkah kanan la kan..^^ Lepas makan tu..aku n adik relaks-relaks tengok tv sementara nak tunggu lepas Zohor;utk korban lembu..


Petang 26 Okt. 12:
Masa relaks tu sempat la tengok Home Alone 2, then tengok Strong Heart 2 dalam setengah jam je sebab masa tu ayah dah ajak pergi surau tengok lembu korban. Surau dengan rumah Pokda tu tak jauh pun, jalan kaki je kiteorang ni..aku pergi dengan ayah n Iqbal. Sebelum kitaorang pergi, Pokda, Kak Ein, Abang Apit(anak bongsu Pokda) dengan Ipin dah pergi dulu. Aku sampai je dekat surau, Kak Ein bagitahu lembu dah terlepas..aku macam "huh?!!!" then Kak Ein cakap "Betul..bukan main-main.." Aku 'blur' masa tu;otak kosong, bukan tak percaya. hehe.. Kak Ein bagitahu lagi yang Pokda, abang Apit, adik ipar dia dengan ada beberapa orang kampung tengah cari lembu tu..Then ayah n Iqbal pun ikut cari lembu tu tapi ke arah yang lain dari Pokda. Tengah-tengah panas tu boleh pulak hujan turun..nasib baik kejap je..kesian dekat Hero-Hero Malaya yang tengah cari lembu ni.. ^^ Dalam 10 minit lepas dapat tau lembu terlepas, adik, Mokda n Ibu sampai dekat surau. Diorang lambat sebab buat air utk orang yang rewang korban ni. Terkejut jugak la diorang bila dapat tau, hehe.. Then, hampir satu jam lepas tu, kitorang yang dekat surau ni nampak kelibat lembu. Owh kejap, lupa nak cerita..Family mertua Kak Ein pun ikut korban lembu tahun ni (Family mertua kak Ein yang ada masa tu mak n ayah mertua Kak Ein, along n isteri dia anak beranak, dengan adik ipar Kak Ein yg kedua terakhir), ok..sambung balik.., lepas nampak kelibat lembu tu..adik ipar kak Ein yang kedua sebelum yang bongsu tu pun pergi kejar lembu tu.. Orang kata lembu tu sempat main-main dengan lembu orang kampung yang duduk dekat dengan surau tu lagi..aigoo.. ^^ Masa tu la, si adik ipar kak Ein, Ipin tu dapat ambil tali pengikat lembu tu, tapi sebab orang ramai mula datang dekat lembu tu..lembu tu panik n lari lagi..kesian Hero Malaya kita si Ipin tu..haha ^^ tangan dia luka sebab terheret dengan tali lembu tu..auww!mesti pedih..then yang abang dia. kaki terkene duri..dia kata kalau tak boleh tolong kejar lembu tu sekali dengan Ipin..masa Ipin dapat pegang tali lembu tu.. so, lembu tu terlepas kali kedua..lagi paling syok, lepas terlepas kali kedua tu, lembu tu lari depan mata aku..hehe..kalau nak ikut kan macam boleh je aku tahan lembu tu..sebab dia lari takde la laju macam kuda pun..keke..tapi sebab dia lagi berat dari aku, tu yang aku takut nak tarik talinya..takut nanti bukan aku dapat berhentikan lembu tu, takut aku yang tersungkur kene tarik dengan lembu tu..huhu ^^ Dah la jalan tar..ngeri2...nasib ada Hero Malaya lain yang tak injured lagi..haha.. Iaitu ALONG!!!!keke..dia la yang paling terbaik sekali, mandi peluh sebab jogging kejar lembu tu..hehe ^^ Jauh lembu tu lari sampai redah 3 kampung..then baru la ada orang yang tolong Along tangkap lembu tu..keke..

Dalam sejarah family aku, ni la pertama kali jadi perkara macam ni..FYI, korban tahun ni, first time ibu ayah letak nama aku..sekali dengan Iqbal. Pengalaman pertama la kan bagi aku..itu kira lembu aku la kan yang terlepas..keke..aigoo.....Terima kasih bebanyak la dekat Along!!hehe..tapi tu pun lembu Along jugak.. ^^ Lagi yang jadi sejarah utk peristiwa korban tahun ni, lembu tu di sembelih di tepi jalan besar (Jalan Simpang Lima/Parit Sulong), sebab takut dia terlepas lagi.. Aih! Tak pernah di buat orang..keke ^^ Dari lepas Zohor sampai la dalam pukul 5 lebih, baru selesai korban tu..Dugaan.. ^^

Selesai rehat semua, pukul 6.45 aku n family keluar pergi beli tiket aku utk balik KL. Dlm hati aku, macam "tiket dah habis ni"..n bila sampai dekat stesen bas, it's confirmed sold out!jadi, beli tiket balik hari Isnin la jawabnya..^^

Malam 26 Okt. 12:
Lepas selesai beli tiket dengan barang-barang keperluan rumah, kitaorang balik semula dekat rumah Pokda..Masa tu Hero-hero Malaya dah tumbang da.. ^^ Kesian diaorang.. Takpa lah, Pokda kata cerita ni tahan 2 tahun jadi bahan gelak n kenangan.. ^^


-Tamat-


p/s #1: Anak Along si Idlaal dengan Nazhan COMEL sangat..!!!geram aku..yang Idlaal ikut rupa Baba dia, Nazhan ikut rupa Mama dia..^^
p/s #2: Ipin tu junior aku..sama UniKL tapi dia MFI.. so, ada kemungkinan akan jadi senior Nadiah..keke..
p/s #3: Balik dari KL boleh kebetulan sama bas dengan Abg Apit..masa jumpa tu, dia boleh main tarik-tarik beg aku pulak..  ^^

p/s lagi: eye-to-eye + "Rendang?" + tolong tarik kerusi + aku buat muka, sebab air termenitik n terkena Nazhan..kenangan jugak tu...agagaga....

Saturday, October 20, 2012

Kisah 'Melancholy yet Happy Day'

Tidur pukul 4 pagi, sebab jakun dah lama tak online. Habis pukal donlod semua lagu-lagu baru yang best-best. Lepas tu tak sedarkan diri sampai pukul 11 pagi. Dosa pun habis pukal jugak! Apa nak jadi la dengan kau!!


Patut 11 pagi dah kene ada dekat kampus. hehe. Harap maaf, baru nak siap-siap mandi, masa tu. hehe -_-"


Breakfast-satu biji epal, 2 keping roti dengan satu botol yakult. Siap semua, gerak ke kampus. Masa keluar rumah, hujan dah renyai-renyai. Tengah dalam perjalanan-dalam LRT, hujan dah lebat. Sampai kampus, aku basah kuyup, tapi tak kuyup sangat la..haha..ada payung kan. Tapi jeans aku, memang dah kuyup habis la..becak punya pasal! ^^


Ok! Punca 'Melancholy Day', bila dengar lagu ni..


Masa mula-mula dengar lagu ni, tak rasa sedih sangat pun. Ye la, tengah mood pukal lagu, janji sedap dengar dengan faham maksud lagu tu, ok layan!


Tapi bila dengar lagu ni tengah hari tadi, dengan dalam keadaan yang sejuk dalam LRT+hujan nan lebat, memang kalau aku seorang je dalam train tu..dah meleleh air mata da.. ^^ Nasib ada ramai orang dekat train tu..huhu..



Punca 'yet Happy Day', siap poster untuk present hari Isnin minggu depan. yeay! Terima kasih bestfriend2 semua.


Good luck bestfriends!


credits:  xithieuiot

Friday, September 28, 2012

I must be crazy!


I'm updating blog in the middle of finishing my LR.

Aigoo girl! but.. just a quick post ok!


Here..

Another thing that got me crazy!!

A little swag.. mix with 2 cool guy.. what more can I say!! just watch this performance..


I'm in love with this song since I watched the DVD screening of Infinite 2nd Invasion Concert at Korea Plaza last Saturday.

Going there alone. By myself for the first time. I'm not scared.. but actually I really wish my BFF would go with me back then. uhuhu TT but it's ok. Next time BFF! You MUST go with me..and we can try hanbok together ya! ^^


End with that! Here one of the song performed at that concert by Hoya and Dongwoo of Infinite - You Look Good.




Translation:

Waiting for the traffic light on the streets of Kangnam,
I see you out the window and unintentionally I said hi
But oh-oh, we're broken up right now
Blankly I just look at you for 2 seconds
I turn my head and calm my shocked heart
I look strangely at passing by people
But you know what, you're looking at me too
And you've become stone in that very spot

Why is my heart that was determined to move on,
Shaking, swaying and just pestering me?
The light changed- I have to go now
I'll pass you by, goodbye, you. Please be well.

* You look good, I guess you're doing well
Your hairstyle changed- it looks good
You're pretty so whatever you do looks good
Honestly, I was really worried
That you would be hurting, that it would be hard
That you would be sadder than I am
But you look good- I guess I was being stupid

You look good- I guess I was being stupid
I was worried if you couldn't take the breakup well
But now that I accidentally saw you, my heart is at rest
I turn my head again- I found you among the people
But next to you is a new guy
I guess that's the person you told me about back then
Back then I hoped for your unhappiness but now it's different
Please be happy. You know I mean that right?
He should know too, that you have a special sensitivity
I need to step on the pedal and go but
Why isn't my foot moving? I need to step on the pedal and go but
Why isn't my foot moving? I need to step on the pedal and go but Why can't I move?

* repeat

Green light is on, so its time to go.
But I can't just leave you and go
I hear honks sayin I gotta move
But this feels like the end
Green light is on, so its time to go
But I can't just leave you and go
I hear honks sayin I gotta move
But this feels like the end

* repeat


credit: pop!gasa,  as12zk2

Sunday, September 2, 2012

Beraya ke Tanjung Malim..

Best in the World!

Tapi.. tak ada gambar macam tahun lepas.. Sebab kamera pada Nadiah.. Aih! Dak Kedah tu... Pinjamkan sama dia, sebab dia budak baru nak hidup.. Biar dia kutip kenangan-kenangan banyak-banyak.. Macam aku yang sedikit berusia ni, dah banyak jugak pengalaman/kenangan berbanding dengan dia..haha ^^


Apa-apa pun, terima kasih semua. Sayang korang..hehe ^^ Koranglah yang terbaik!hehe.. Tahun depan kita pergi lagi ye kalau Nuar buat 'Open House' lagi ye.. agagaga ^^



Tahun lepas punya gambar.. ^^

Untungnya saya 'Student'

SELAMAT HARI RAYA!!
Maaf Zahir dan Batin~
hee..Nak bercerita..Best cuti raya kali ni. Walaupun simple je preparationnya. ceh! simple.., macam la kau yang prepare kan?hehe.. ^^ Ok. Tahun ni tiba giliran beraya dekat Rumah Tok Yah (Felda Sri Ledang). Aku bangga jadi sebahagian famili Haji Sahat Lembu ni..keke ^^ sebab tiap-tiap tahun ada giliran beraya dekat mana. Macam tahun lepas kalau tak silap aku, beraya dekat Parit Laman, Parit Sulong rumah Pokda aku. hehe ^^

Ok, sambung cerita pasal preparation raya. Aku tak banyak membantu pun. keke ^^ Takat mop-mop ala Cinderella, masak-masak macam main pondok-pondok keke ^^.. sebab takat potong-memotong, goreng-mengoreng, yang terer sikit anyam-menganyam ketupat la..hehe.. sampai tak tidur malam. Gigih punya pasal! haha.. Last sekali kerja yang aku buat, gantung langsir dekat rumah Tok Yah. Nak gantung langsir dekat rumah sendiri, balik-balik je dah siap bergantung da langsirnya. ^^

Kuih? Semua ibu main tunjuk je..keke ^^ Pun balik-balik je dah tersedia.

Apelagi...? Baju raya? Adik aku Nadiah yang pilih/belikan. haha. Aih..macam teruk bebenor aku ni..haha ^^ Tapi!! Sila ambil perhatian pada tapi ini ye.. Tapi Adik beli masa dia, ibu, ayah dan semua yang berkenaan pergi ke Carrefour WM ye.. Semua pergi kecuali aku, sebab aku ada kelas masa tu.. Ada tanggungjawab yang lebih penting sebagai seorang 'student' hehe ^^

Malam nak raya, aku excited tunggu Iqbal balik ke rumah Tok Yah. Almaklum la..adik aku seorang ni baru dapat kerja, lepas tu orang baru kerja ni kan susah nak dapat cuti. Jadi, dengan tak ada cuti ni pun, sebab semangat nak beraya dengan famili, Iqbal balik dari kerja pukul 12 tengah malam baru gerak dari JB ke Sri Ledang. Aku agak-agak pukul 3 atau 4 pagi juga dia sampai dekat rumah Tok Yah. Alang-alang dah tunggu Iqbal sampai pukul 3 pagi, aku lajak tak tidur sampai Subuh. Lepas tu pagi raya, aku jadi Sleeping Beauty..Walaupun keliling aku ramai adik sepupu yang main-main dekat bilik, aku elok je tidur.. haha.. Aku sedar-sedar je, ada adik sepupu yang tidur sama dekat sebelah aku. haha. Aih! Pengaruh yang buruk.. Adik-adik sekalian, jangan mencontohi aksi sebegini ya. haha.

Selesai dengan Intro!haha..baru intro dah panjang gini..gila panjang. ^^

Ok. Apa yang untung jadi student ni? hehe... Kalau orang Cina, selagi tak kahwin.. boleh dapat Ang Pau kan? Kalau famili aku pulak, selagi tak bekerja, anda masih layak untuk terima duit raya. hehe ^^  Itulah yang untung ye saya masih 'student'.. hehe..

Untuk raya ni, keuntungan aku adalah sebanyak 30% daripada elaun Abang Mara bagi..hehe ^^ Cayang Tok Yah, Tok Mak, Pakcik Makcik Abang Kakak Saudara semua. hehe...


Malam nak balik KL, aku bukak sampul duit raya tu dengan sayu. TT sebab...entah tahun depan dapat lagi ke tak duit raya ni.. uhuhu... Then, untuk kurangkan kesedihan tu..aku ambil gambar kenangan..untuk buat pertama kali nya.haha.. Sebab tahun-tahun sebelum ni, rasa masih muda, jadi tak ada gambar kenangan duit raya ni.. Cam nak buat apa je kan..haha Tahun ni dia mula sedar diri udah makin berusia..keke ^^ sebab itu baru rasa perlu ada kenangan..keke ^^

Jadi...inilah gambar "Smmmiiiillllleeeee" keuntungan raya aku.keke ^^

Agak-agak berapa jumlah sebenarnya? teka-teka..haha ^^


p/s: post ni aku dah karang 26/8 ritu lagi..
p/s lagi: aku cerita tak habis pasal Iqbal, dia tak dapat cuti, tapi sebab 1 hari raya tu dia kerja shift petang pukul 4, jadi lepas sembahyang raya, salam-salam, makan-makan semua pukul 12 tgh hari dia gerak balik JB semula. Aih! Gigih adik aku seorang ni..hehe ^^

Tuesday, June 5, 2012

Rombongan Pengantin Lelaki

Meriah!Seronok!dan Happy... ^^

Tahniah Mohd Nor Sabrie bin Md Yunus & Siti Nurhayati!!!


Family Ayah.

Aku bagi intro sikit. Keluarga belah ayah aku ni, nak ikutkan kecil, tapi besar sebenarnya. Ayah aku adik beradik dia 7 orang, tapi disebabkan ramai meninggal sebab sakit (yang baru hari ni, 27 Mei aku dapat tahu sakit tu semput..) masa kecil2 lagi. Jadi, yang survive Alhamdulillah sihat sampai sekarang ada 3 orang sahaja. Oleh kerana ayah aku 'nakal' masa dia kecik2 dulu, jadi dia tinggal dengan Pakcik dia (Arwah Tok Cik aku a.k.a Tok Majid) sampailah dia kahwin dengan ibu aku, majlis diorang dulu pun buat dekat rumah Arwah Tok Majid. Anak Tok Majid ni  11 orang, ayah kata cukup buat team bola sepak..keke + 1 orang (ayah) dia boleh dikira reserved player la..haha.. Jadi, untung juga la aku..dapat rasa suasana family kecil dengan besar..hehe..


Majlis Akad Nikah

Tak pergi...lalala~ Malam sebelum hari dia nikah tu..excited aku, nak pergi..last2 tidur lewat (dalam pukul 6 pagi) lepas tu ibu decide takyah pergi sebab confirm susah nak kejutkan aku. Yela..orang baru nak tidur..keke.. Aku sedar je dari tidur pukul 2.. Terus pergi mandi, ingat sempat nak pergi tengok majlis nikah sebab majlis lepas Asar. Then ibu kata 'Tak payah pergi! Tak sempat.' then ok la..memang kalau nak sempat sampai sana sebelum majlis mula, kene panggil Doraemon la..hehe

hantaran


Di rumah bujang Mr. Sabrie

Dalam ladang Sime Darby..Rumah bujang, tapi besar gila..4 bilik.. kalau cakap dalam rumah tu, ada echo.. power tak? haha... Jalan nak ke rumah dia memang extreme..untuk Transformer hijau tu.. Pakcik Makcik aku yang lain pun, bila dah masuk dalam kawasan ladang, dah malas nak keluar..sebab jauh nak jumpa jalan besar. Tabik aku pada Mr. Sabrie ni, sebab sanggup duduk area macam tu..haha.. Tapi memang best kot! Tenang je..huu..
Bila dah kumpul ramai2, macam2 cerita keluar.. Daripada kisah diorang nak gerak ke rumah pengantin perempuan masa akad nikah tu, then Pak Tam dengan Mak Tam aku gadoh mulut pasal ba alip ba ya ada ke tak dekat kawasan ladang tu, then pasal Martapura dengan kerabat diRaja Banjar, then kisah Pak Utih aku nampak benda yang tak patut dinampak sampai dia naik bulu roma.. bila ingat balik(aku dekat sebelah dia je masa tu..uuu..bulu roma aku tak naik, tapi dlm hati doa2 benda tu tak datang kat aku..eei..tak nak taip pasal benda tu mlm2 buta ni, dah la sensorang je yg celik mata dlm rmh ni..) finally, cerita pasal journey to Kedah masa hantar adik atas request Pakcik Makcik aku yang tanya "Nadiah mana?", "Nadiah tak ikut?"..haha..  suka budak senget tu dengar Pakcik Makcik dia yang tak berapa nak selalu jumpa ingat dekat dia..haha..
Hah!masa cerita pasal rumah bujang Mr. Sabrie ni, Mak Tam ada cakap, "Rumah besar, kalau ramai2 ni memang meriah, tapi kalau seorang.." Aku rasa, point Mak Tam tu memang kene dengan Mr. Sabrie.. Boring seorang2 dekat rumah besar tu..berdua lebih baik..kan?hehe.. wishing diaorang live happily ever after..sampai akhir hayat.. sebab diorang sweet together.. ^^


Rombongan 10 kereta

Masa mula bertolak tu takde la berderet 10 kereta. Masa mula gerak tu, aku dengan family konvoi dengan 3 family lain jadi 4 buah kereta tunda m'nunda. Sampai dekat Masjid, tengok2 dah ramai yang sampai-6 lagi family jadi 6 kereta. Lepas Zohor, kitaorang konvoi 10 buah kereta ke rumah pengantin perempuan. Dari masjid ke rumah pengatin tu tak jauh sangat pun. Tapi seronok la..konvoi ramai2.

Pakcik Iqbal dengan Al-Fatih


Majlis Persandingan

Sebelum nak bersanding tu kitaorang tunggu kumpulan kompang sampai, dekat rumah Mr. Sabrie bersanggar. Warna tema majlis dia putih merah. Aku dah agak da yang Mr. Sabrie akan pilih warna putih. Sebab selama aku kenal dia..warna putih tu memang warna favourite dia. Jadi dia tetap ensem macam selalu..keke..Laki orang, saya tahu..tapi puji as dua pupu sahaja ya..Adik dia, Haziq jadi pengapit.. Setakat ni, dalam sejarah rombongan pengantin lelaki yang pernah aku ikut, ni antara yang meriah.. then ni lah yang paling ramai ahli rombongannya..haha Pakcik Makcik aku sampai je..terus makan.. Tak tunggu majlis makan beradab da..keke..then masa majlis makan beradab tu..ada jugak la yg kene panggil makan lagi sekali..haha..terbaik..

family (yg sempat bergambar dulu sebelum makan) ^^

Balik
Aku dengan family tak ikut konvoi sama..sebab ada agenda lain..hehe.. 

Bergambar sebelum balik

 Ok..That's all..hehe ^^ TQ..

p/s: makan..tido..tengoktv..windowshopping..wayang..dramakorea..feelingsensorang..berkurungdalambilikhijau..sampaitaktaunakbuatapada..
p/s lagi: lama gila ambil masa nak post entry ni..haha..sebab em ae el ae es online punya pasal..hehe.. ^^

Tuesday, March 13, 2012

Hari Tua..

Hehe.. 9 Mac hari tu..

Hari lahir budak ni..

Aiman Mohd Razi bin Shah Rizal..

Jadi....Pakcik Iqbal dia dengan berbesar hati nak buat majlis BBQ sempena besday dia... Dah orang nak buat majlis kan... Jadi sekali la kami tumpang sekaki menyambut Hari Tua kami..haha..walaupun seorang tu Hari Tua dia dah lepas.. 28 Feb, dan yang seorang lagi belum tiba Hari Tua dia (123...)

KAMI...
~ ekh..salah orang ekh yang belah kanan tu?hee ^^ ~



Best..BBQ party..rugi orang tu tak datang..haha ^^

Jutaan terima kasih ya kepada mereka yang wish..hee.. Sekali dengan kek strawberi yang cute..best aising putih tu..

kek comel yang sedap

credit: fb@Nor Fadhilah

p/s: Saya tak tua ya..hehe.. ^^

Tuesday, February 21, 2012

Quick Updates

It's 1.35 am (the time I start typing)...

It's been 4 month since my last post..


How 2011 ends?


Well! Last year was a blast! TOTALLY BLAST!haha... Can take my exam result's as a blast too! A FAIL BLAST!haha...
>>You know Girl! You should really study smart ya this year.This semester.<<


But, I did enjoy 'family outing' with my parent to A Famosa Water World and Air Terjun Gunung Ledang.


Do you know? Air Terjun Gunung Ledang also being called by older people as Air Panas Gunung Ledang? You see... Air Panas? There's no such Air Panas there? And why on earth they called it Air Panas..haha... Well actually, I just know that info from my mother-"Air Terjun Gunung Ledang also known as Air Panas Gunung Ledang" last year!! Funny hah! Yeah you can laugh at me as much as you want... But if you don't know it as well...HAHA...We're on the same boat ya!



Ok! How's my new year? 2012..

It's start with a wide smile..since I have rent a new house and not live in the hostel!Yeay! It's a lovely house where I can cook(well ala2 'bujang style' je), do whatever I want and just feel free! But... I do miss 'hostel life'..



This year too..I saved money on my breakfast or dinner and sometime lunch too..but i got to spend more money for buying ticket to 'balik kampung'.. and why? Cause my parent moves to Batu Pahat.. Doing a small business there as our house in a 'Taman' and not 'Kampung'...But!! I LOVE KAMPUNG MORE!!!uhuu TT


The scenenery, air, sound and everything is a bit different! Even the house! I love my house that build by my father rather than the contractor. Even people say or may look like a pondok whatsoever... but it's beautiful to me! Gosh! How I miss 'the house', miss my messy bedroom, miss my bed.. I MISS 'MUO'! -smile yet crying now-



Ok! Enough with this 'emo'.. Time now 2.48 am.. I better sleep now!!hehe... See ya!

Saturday, August 20, 2011

I talk Crap #8

Holiday!! Yeay!!

Since dah lama aku tak ber"I talk Crap"..aku nak 'update' sekarang..

Macam yang aku post 'BUSY' dekat entry sebelum ni..aku memang 'busy' pun! Serius! Minggu yang penuh dengan assignment, report dan tidur!!hehe... Aku tak tahu la kenapa minggu ni aku asyik tidur awal (*takde la awal mana pun, tapi memang asyik nak tidur je), mungkin penat + letih kot! Mungkin jugak sebab aku naik malas! hehe... Macam mana?? Tak boleh jadi ni kan? Kene cari ubat untuk penyakit M tu...uhu...


Then, lagi satu sebab aku ber"I talk Crap" kali ni...


adalah kerana........



Aku tak puas hati!!!!


jarang aku tak puas hati ni!! Tanya orang yang dekat-dekat dengan aku.. Penah nampak aku tak puas hati??Rasanya diorang pun tak tahu macam mana rupa aku tak puas hati...Sebab jarang2 nampak..hehe...


Aku nak cerita pun, aku tak tahu macam mana nak mula. Yang penting dekat sini, aku TIDAK berpihak pada sesiapa pun.


Ok! Kita mula dengan tajuk "Hak". Semua orang ada hak masing-masingkan? Hak untuk dihormati, hak untuk kepentingan diri, hak untuk dihargai dan lain-lain. Dekat sini hak yang aku maksudkan adalah umum.

Aku bagi contoh, kalau A nak tidur, kita yang berjaga harus hormati. Contoh lain, kalau B nak bangun tidur dengan alarm yang berulang, kita juga harus hormati. Aku tak ada masalah dengan hal2 yang seperti itu. Sebab itu hak-hak mereka!! Tapi aku sangat bermasalah atau dengan kata lain, aku tak suka kalau hak2 yang pabila kita sudah hormati, tapi dicabuli oleh yang orang dihormatkan itu.. (boleh faham ke??hehe) Senang kata, macam aku dah bagi kaki, kau nak betis pulak!!


Agak-agak lah kan??!! Orang lain pendam je bila hak yang harus dihormati tu terpaksa dikorbankan. Semata-mata "Hormat!"-pada aku, dan "Tak nak cari gaduh!"-bagi Dia(*aku rasa Dia ada rasa hormat pada kau jugak walaupun dia kata taknak gaduh). Tapi, bila kau dah 'dihormat'kan. Kenapa kau tak hormat orang lain??! Geram ni...grrr.....


Dan aku..


Aku pun kira sangat "HOPELESS" sebab tak boleh cakap depan-depan macam "Boleh tak kau hormat kami jugak!!" Macam semua benda dia nak tanya... sampai aku solat apa pun dia nak tahu!! Agak-agaklah.. Aku pendam semua ni sebab taknak buruk-buruk kan orang.. Sebab aku pun buruk jugak!



Kepada Dia. Harap anda bersabar. Hormat dia, senyum pada dia, buat baik pada dia. Biar dia sendiri terasa. Biar orang buat jahat pada kita tapi kita tetap buat baik pada dia. What comes around, comes around.. Anyway, kamu dah bagi contoh yang baik masa ambilkan penyepit rambut dia. GOOD.... GIRL....!!(*dah macam apa je)kekeke...



p/s: Aku pun sensitif pada bunyi!! Serius...kalau nak aku analisis lagu-lagu Korea or main teka-teka lagu(kira lagu tu bunyi gak kan?) Aku boleh dapat 100%, 4flat! Cuma bila tidur, kadar sensitiviti pada bunyi+persekitaran tu menurun la..haha..tapi masih ok lagi!! Sebab alarm aku, dengan kadar segera aku tutup bila berbunyi..tapi tak bangun pun!! Tutup alarm je laju, bangun nya tak..terpaksa Miss Choco kejutkan..hehe ^^ Tapi takde lah sampai orang tu buat benda biasa untuk tidur aku jerit "BISINGLAH!!!" Kalau kau adik aku dah lama aku piat telinga suruh mintak maaf!! grr.....

Thursday, August 11, 2011

I talk Crap #7

checking....... Oh! Dah 4 hari aku tak update I talk Crap ni!!

Ok! Aku kasi conclude je..


Kejadian sepanjang EMPAT HARI:

+ Isnin: Jadual harian berjalan dengan lancar! Tiada gangguan mental. Serius bahagia hidup sebagai 'Pelajar'!! Cuma kesesakan fulus je akibat Abang MARA tak bagi wang sara hidup.. haha ^^


++ Selasa: Hah! Hari ni aku dapat benda yang buat aku 'addict', Plant VS Zombie... Terima kasih kepada yang berkenaan sebab kenalkan aku dengan bendaalah ni..haha.. BEST!!huhu..

Then kelas? DSA belajar pasal Java Collection Framework.. kat situ ada LinkedList la.. ArrayList la..Generics..Collections.. erm..Best gak!! Then ada gangguan mental pada hari tu sebab ada cadangan untuk tukar kelas.. Benda ni buat aku fikir lebih banyak daripada fikir nak lepas level dekat Plant VS Zombie tu..haha ^^



+++ Rabu: Dekat lab Wireless Network.. Best!! Madam ajar cara nak config Access Point!huhu..(#tapi aku tak config pun..aku tukang menyebutkan lepas ni buat apa then buat apa..haha) Then dekat Network Programming pulak! Ada buat programming sekaligus jadi assignment yang kene hantar Selasa depan.. INGAT TU!!!



++++ Khamis: CCNP1 BEST!DSA BEST! Network Programming pun BEST! Lagi BEST dapat berbuka bersama-sama kawan-kawan yang tersayang..ahak.. Dah lama tak berbuka puasa beramai-ramai!! Serius untuk bulan puasa ni.. inilah hari pertama dapat berbuka puasa ramai2.. Kalau tak aku candle light dinner je dengan Miss Choco..haha ^^ Oh! Lupa.. Abang MARA saya! BEST!!



And that's all for now!!




p/s: Tak jadi nak tukar kelas sebab 'clash' dgn kelas yang lain..plus, aku tak nak tukar group kelas yang lain tu sebab ada kawan-kawan tersayang!termasuklah Miss Choco.. Lagipun.. InsyaAllah aku boleh SURVIVE!! Macam PCP.. cuma keneWAJIB usaha lebih gigih! Bukan gigih nak lepas Plant VS Zombie je Makcik Qila oi!!hehe ^^

p/s lagi: Jumaat petang esok berbuka dengan Orang-orang yang tersayang! Yeay!!

Sunday, August 7, 2011

I talk Crap #6

Synopsis of the weekend:

# Friday night: Layan Drama Korea.. Prosecutor Princess sampai lebam mata tak tidur..haha ^^ Ingat nak tunggu sampai sahur..last2 dalam pukul 3 hampir-hampir pukul 4 kot aku tertidur!!grr.... Sakit hati betul.. Tapi padan muka dekat diri sendirilah!hehe ^^



##Saturday morning until night: Aku sambung layan drama tu..sampai buka!!best kan??haha... 16 episode which means 16 jam! Best woo....haha ^^ -Kalaulah 16 jam tu kau guna untuk study kan lagi berbaloi Makcik Qila oi!! Aish....



###Sunday morning: Aku qada' tidur....muahaaha...Bengong betul!! Sampai pukul 3 baru bangun! Bukan 3 pagi..3 petang!...Miss Choco pun dah bangun kot!! Haih... Sejarah betul! Sejarah dalam Semester 3 ni! ^^



####Sunday evening: Pergi dekat Bazar area Bangsar ni dengan Miss Choco yang moodnya macam xstabil je(#waktu beli tu la..)....Beli nasi lemak ayam berempah dengan jambu..Aku ngidam nak makan buah..huhu.. then tak cukup dengan jambu tu..sebab aku nak apple..last2 gi Petronas beli jus Apple+Aloe Vera tu..baru puas!hehe.. Ni malam..aku update blog and jap gi nak pergi bilik Iqa..nak install Linux..yeay..bye...


p/s: Miss Choco kat sebelah asyik..."Peh!!3x" Then kain dia terkoyak..Tak tau pe yang dia nak entah... ^^