Showing posts with label cuti-cuti aku. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti aku. Show all posts

Thursday, June 6, 2013

Satu 'Suatu Hari'

Korang pernah gosok gigi dengan pencuci muka?


Aku pernah... Sebab tak sengaja....absent mindedly...


Entah kenapa dengan aku pagi tu...otak kosong...dalam dilema nak gosok gigi atau nak cuci muka kot! Tu yang jadi macam tu...^^


Nasib pencuci muka tu 'base' dia buah peach!Tapi serius tak rasa macam buah peach pun..!!


 Ok..Moral of the story, fikir dan rancang dulu aktiviti anda sebelum hendak masuk ke bilik air!!keke ^^


XOXO.. bye bye..

Tuesday, February 5, 2013

Lee Seung Gi Malaya..

Jumpa Lee Seung Gi hari ni... ^^



Nak ikutkan, selalu jugak dia datang kedai. Tapi sebab pangkat adik..aku takda lah nak 'face-to-face'/'eye-to-eye' sangat..

Entah hari ni tak tahu macam mana boleh ter'face-to-face', lepas tu baru perasan rupa dia macam Lee Seung Gi..keke ^^



p/s: Ibu dia kata dekat aku "Terima kasih, I LOVE YOU.."  Syok kalau dapat ibu mertua 'sporting' macam tu.. keke =P

Wednesday, November 14, 2012

아이처럼 (Ai Cheoreom)

Hari ni dalam pukul 2 petang, pakcik aku (Cik Li) datang dekat kedai. Masa tu aku dah siap-siap makan semua sebab nak balik KL(tiket bas pukul 2.30ptg), aku naik dari bus stop dekat depan MRSM BP je..sebab bas lalu situ.

Ok, jadi..masa Cik Li datang tu, aku tengah senang hati..ye la gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati..kan kan? hehe... jadi "unconsciously" aku bercerita dekat Cik Li pasal adik aku Iqbal.. hehe..Perkara yang berlaku masa aku tak sedarkan diri ni-yang tetiba aku bercerita dekat Cik Li, telah aku perasan/sedar masa aku dah naik bas.

Kau bayang kan...kau baru tiba dekat satu tempat, lepas tu tiba-tiba ada makcik bercerita dekat kau pasal orang lain, yang mana orang lain tu tak ada dekat tempat kejadian. Blur tak? haha..

Sorry Cik Li...keke..

Tapi Cik Li aku memang terbaik! Bila aku ingat balik reaksi dia masa aku bercerita tu..ekspresi muka dia tak la macam tak boleh terima apa yang aku cakap. Ekspresi muka lebih kepada macam seorang dewasa yang mendengar seorang budak kecil bercerita. ^^

Sayang lebih pada pakcik aku ni..sebab aku rasa dia layan aku macam anak dia. hehe.. Anak dekat sini macam budak umur 4 tahun..keke ^^ FYI, anak Cik Li ada 2 orang, dua dua kecil lagi.. Masa dekat dalam bas tu, aku rasa macam-macam. Malu, seronok, bahagia..keke ^^ Sedih pun ada kot...berat nak balik KL..uhuhu...


Ok...itu saja untuk post kali ni.. Bye..hehe..



p/s: Kadang-kadang tercakap benda yang kita sendiri tak perasan..di luar sedar..tapi selalunya itulah kata-kata yang betul-betul ikhlas.

Monday, October 29, 2012

Korban 26 Oktober 2012

Petang 25 Okt. 12:
Aku n adik ke rumah Pokda, atas arahan mem besar..hehe ^^ Kiteorang berdua ni kiranya wakil bg pihak ibu ayah la utk rewang, tolong-tolong Mokda apa-apa yang patut. Dalam pukul 5 petang ibu, ayah n Iqbal sampai dekat rumah Pokda lepas tutup kedai. Lepas tu, kitaorang rewang sampai malam;sempat siap masak rendang, ketupat, sambal kacang dgn ayam masak merah(aku yang rasmikan dulu, lepas ibu siap je masak aku pun terus ambil seketul n makan..^^). Tak ingat balik rumah pukul berapa. Yang pasti masa tu tak lama lepas Kak Ein(anak sulung Pokda), hubby dia n adik ipar kak ein(Ipin kot nama dia) sampai dekat rumah Pokda;bawa balik kereta Preve' baru tu, fresh lagi bau kedai..keke ^^


Pagi 26 Okt. 12:
Bangun, siap-siap semua, lepas ayah n Iqbal balik dari masjid, kitaorang gerak ke rumah Pokda dalam pukul 11 la kot masa tu..Sampai-sampai je, Mokda tengah makan n ajak makan sekali, agak kitaorang langkah kanan la kan..^^ Lepas makan tu..aku n adik relaks-relaks tengok tv sementara nak tunggu lepas Zohor;utk korban lembu..


Petang 26 Okt. 12:
Masa relaks tu sempat la tengok Home Alone 2, then tengok Strong Heart 2 dalam setengah jam je sebab masa tu ayah dah ajak pergi surau tengok lembu korban. Surau dengan rumah Pokda tu tak jauh pun, jalan kaki je kiteorang ni..aku pergi dengan ayah n Iqbal. Sebelum kitaorang pergi, Pokda, Kak Ein, Abang Apit(anak bongsu Pokda) dengan Ipin dah pergi dulu. Aku sampai je dekat surau, Kak Ein bagitahu lembu dah terlepas..aku macam "huh?!!!" then Kak Ein cakap "Betul..bukan main-main.." Aku 'blur' masa tu;otak kosong, bukan tak percaya. hehe.. Kak Ein bagitahu lagi yang Pokda, abang Apit, adik ipar dia dengan ada beberapa orang kampung tengah cari lembu tu..Then ayah n Iqbal pun ikut cari lembu tu tapi ke arah yang lain dari Pokda. Tengah-tengah panas tu boleh pulak hujan turun..nasib baik kejap je..kesian dekat Hero-Hero Malaya yang tengah cari lembu ni.. ^^ Dalam 10 minit lepas dapat tau lembu terlepas, adik, Mokda n Ibu sampai dekat surau. Diorang lambat sebab buat air utk orang yang rewang korban ni. Terkejut jugak la diorang bila dapat tau, hehe.. Then, hampir satu jam lepas tu, kitorang yang dekat surau ni nampak kelibat lembu. Owh kejap, lupa nak cerita..Family mertua Kak Ein pun ikut korban lembu tahun ni (Family mertua kak Ein yang ada masa tu mak n ayah mertua Kak Ein, along n isteri dia anak beranak, dengan adik ipar Kak Ein yg kedua terakhir), ok..sambung balik.., lepas nampak kelibat lembu tu..adik ipar kak Ein yang kedua sebelum yang bongsu tu pun pergi kejar lembu tu.. Orang kata lembu tu sempat main-main dengan lembu orang kampung yang duduk dekat dengan surau tu lagi..aigoo.. ^^ Masa tu la, si adik ipar kak Ein, Ipin tu dapat ambil tali pengikat lembu tu, tapi sebab orang ramai mula datang dekat lembu tu..lembu tu panik n lari lagi..kesian Hero Malaya kita si Ipin tu..haha ^^ tangan dia luka sebab terheret dengan tali lembu tu..auww!mesti pedih..then yang abang dia. kaki terkene duri..dia kata kalau tak boleh tolong kejar lembu tu sekali dengan Ipin..masa Ipin dapat pegang tali lembu tu.. so, lembu tu terlepas kali kedua..lagi paling syok, lepas terlepas kali kedua tu, lembu tu lari depan mata aku..hehe..kalau nak ikut kan macam boleh je aku tahan lembu tu..sebab dia lari takde la laju macam kuda pun..keke..tapi sebab dia lagi berat dari aku, tu yang aku takut nak tarik talinya..takut nanti bukan aku dapat berhentikan lembu tu, takut aku yang tersungkur kene tarik dengan lembu tu..huhu ^^ Dah la jalan tar..ngeri2...nasib ada Hero Malaya lain yang tak injured lagi..haha.. Iaitu ALONG!!!!keke..dia la yang paling terbaik sekali, mandi peluh sebab jogging kejar lembu tu..hehe ^^ Jauh lembu tu lari sampai redah 3 kampung..then baru la ada orang yang tolong Along tangkap lembu tu..keke..

Dalam sejarah family aku, ni la pertama kali jadi perkara macam ni..FYI, korban tahun ni, first time ibu ayah letak nama aku..sekali dengan Iqbal. Pengalaman pertama la kan bagi aku..itu kira lembu aku la kan yang terlepas..keke..aigoo.....Terima kasih bebanyak la dekat Along!!hehe..tapi tu pun lembu Along jugak.. ^^ Lagi yang jadi sejarah utk peristiwa korban tahun ni, lembu tu di sembelih di tepi jalan besar (Jalan Simpang Lima/Parit Sulong), sebab takut dia terlepas lagi.. Aih! Tak pernah di buat orang..keke ^^ Dari lepas Zohor sampai la dalam pukul 5 lebih, baru selesai korban tu..Dugaan.. ^^

Selesai rehat semua, pukul 6.45 aku n family keluar pergi beli tiket aku utk balik KL. Dlm hati aku, macam "tiket dah habis ni"..n bila sampai dekat stesen bas, it's confirmed sold out!jadi, beli tiket balik hari Isnin la jawabnya..^^

Malam 26 Okt. 12:
Lepas selesai beli tiket dengan barang-barang keperluan rumah, kitaorang balik semula dekat rumah Pokda..Masa tu Hero-hero Malaya dah tumbang da.. ^^ Kesian diaorang.. Takpa lah, Pokda kata cerita ni tahan 2 tahun jadi bahan gelak n kenangan.. ^^


-Tamat-


p/s #1: Anak Along si Idlaal dengan Nazhan COMEL sangat..!!!geram aku..yang Idlaal ikut rupa Baba dia, Nazhan ikut rupa Mama dia..^^
p/s #2: Ipin tu junior aku..sama UniKL tapi dia MFI.. so, ada kemungkinan akan jadi senior Nadiah..keke..
p/s #3: Balik dari KL boleh kebetulan sama bas dengan Abg Apit..masa jumpa tu, dia boleh main tarik-tarik beg aku pulak..  ^^

p/s lagi: eye-to-eye + "Rendang?" + tolong tarik kerusi + aku buat muka, sebab air termenitik n terkena Nazhan..kenangan jugak tu...agagaga....

Sunday, September 2, 2012

Untungnya saya 'Student'

SELAMAT HARI RAYA!!
Maaf Zahir dan Batin~
hee..Nak bercerita..Best cuti raya kali ni. Walaupun simple je preparationnya. ceh! simple.., macam la kau yang prepare kan?hehe.. ^^ Ok. Tahun ni tiba giliran beraya dekat Rumah Tok Yah (Felda Sri Ledang). Aku bangga jadi sebahagian famili Haji Sahat Lembu ni..keke ^^ sebab tiap-tiap tahun ada giliran beraya dekat mana. Macam tahun lepas kalau tak silap aku, beraya dekat Parit Laman, Parit Sulong rumah Pokda aku. hehe ^^

Ok, sambung cerita pasal preparation raya. Aku tak banyak membantu pun. keke ^^ Takat mop-mop ala Cinderella, masak-masak macam main pondok-pondok keke ^^.. sebab takat potong-memotong, goreng-mengoreng, yang terer sikit anyam-menganyam ketupat la..hehe.. sampai tak tidur malam. Gigih punya pasal! haha.. Last sekali kerja yang aku buat, gantung langsir dekat rumah Tok Yah. Nak gantung langsir dekat rumah sendiri, balik-balik je dah siap bergantung da langsirnya. ^^

Kuih? Semua ibu main tunjuk je..keke ^^ Pun balik-balik je dah tersedia.

Apelagi...? Baju raya? Adik aku Nadiah yang pilih/belikan. haha. Aih..macam teruk bebenor aku ni..haha ^^ Tapi!! Sila ambil perhatian pada tapi ini ye.. Tapi Adik beli masa dia, ibu, ayah dan semua yang berkenaan pergi ke Carrefour WM ye.. Semua pergi kecuali aku, sebab aku ada kelas masa tu.. Ada tanggungjawab yang lebih penting sebagai seorang 'student' hehe ^^

Malam nak raya, aku excited tunggu Iqbal balik ke rumah Tok Yah. Almaklum la..adik aku seorang ni baru dapat kerja, lepas tu orang baru kerja ni kan susah nak dapat cuti. Jadi, dengan tak ada cuti ni pun, sebab semangat nak beraya dengan famili, Iqbal balik dari kerja pukul 12 tengah malam baru gerak dari JB ke Sri Ledang. Aku agak-agak pukul 3 atau 4 pagi juga dia sampai dekat rumah Tok Yah. Alang-alang dah tunggu Iqbal sampai pukul 3 pagi, aku lajak tak tidur sampai Subuh. Lepas tu pagi raya, aku jadi Sleeping Beauty..Walaupun keliling aku ramai adik sepupu yang main-main dekat bilik, aku elok je tidur.. haha.. Aku sedar-sedar je, ada adik sepupu yang tidur sama dekat sebelah aku. haha. Aih! Pengaruh yang buruk.. Adik-adik sekalian, jangan mencontohi aksi sebegini ya. haha.

Selesai dengan Intro!haha..baru intro dah panjang gini..gila panjang. ^^

Ok. Apa yang untung jadi student ni? hehe... Kalau orang Cina, selagi tak kahwin.. boleh dapat Ang Pau kan? Kalau famili aku pulak, selagi tak bekerja, anda masih layak untuk terima duit raya. hehe ^^  Itulah yang untung ye saya masih 'student'.. hehe..

Untuk raya ni, keuntungan aku adalah sebanyak 30% daripada elaun Abang Mara bagi..hehe ^^ Cayang Tok Yah, Tok Mak, Pakcik Makcik Abang Kakak Saudara semua. hehe...


Malam nak balik KL, aku bukak sampul duit raya tu dengan sayu. TT sebab...entah tahun depan dapat lagi ke tak duit raya ni.. uhuhu... Then, untuk kurangkan kesedihan tu..aku ambil gambar kenangan..untuk buat pertama kali nya.haha.. Sebab tahun-tahun sebelum ni, rasa masih muda, jadi tak ada gambar kenangan duit raya ni.. Cam nak buat apa je kan..haha Tahun ni dia mula sedar diri udah makin berusia..keke ^^ sebab itu baru rasa perlu ada kenangan..keke ^^

Jadi...inilah gambar "Smmmiiiillllleeeee" keuntungan raya aku.keke ^^

Agak-agak berapa jumlah sebenarnya? teka-teka..haha ^^


p/s: post ni aku dah karang 26/8 ritu lagi..
p/s lagi: aku cerita tak habis pasal Iqbal, dia tak dapat cuti, tapi sebab 1 hari raya tu dia kerja shift petang pukul 4, jadi lepas sembahyang raya, salam-salam, makan-makan semua pukul 12 tgh hari dia gerak balik JB semula. Aih! Gigih adik aku seorang ni..hehe ^^

Tuesday, June 5, 2012

Rombongan Pengantin Lelaki

Meriah!Seronok!dan Happy... ^^

Tahniah Mohd Nor Sabrie bin Md Yunus & Siti Nurhayati!!!


Family Ayah.

Aku bagi intro sikit. Keluarga belah ayah aku ni, nak ikutkan kecil, tapi besar sebenarnya. Ayah aku adik beradik dia 7 orang, tapi disebabkan ramai meninggal sebab sakit (yang baru hari ni, 27 Mei aku dapat tahu sakit tu semput..) masa kecil2 lagi. Jadi, yang survive Alhamdulillah sihat sampai sekarang ada 3 orang sahaja. Oleh kerana ayah aku 'nakal' masa dia kecik2 dulu, jadi dia tinggal dengan Pakcik dia (Arwah Tok Cik aku a.k.a Tok Majid) sampailah dia kahwin dengan ibu aku, majlis diorang dulu pun buat dekat rumah Arwah Tok Majid. Anak Tok Majid ni  11 orang, ayah kata cukup buat team bola sepak..keke + 1 orang (ayah) dia boleh dikira reserved player la..haha.. Jadi, untung juga la aku..dapat rasa suasana family kecil dengan besar..hehe..


Majlis Akad Nikah

Tak pergi...lalala~ Malam sebelum hari dia nikah tu..excited aku, nak pergi..last2 tidur lewat (dalam pukul 6 pagi) lepas tu ibu decide takyah pergi sebab confirm susah nak kejutkan aku. Yela..orang baru nak tidur..keke.. Aku sedar je dari tidur pukul 2.. Terus pergi mandi, ingat sempat nak pergi tengok majlis nikah sebab majlis lepas Asar. Then ibu kata 'Tak payah pergi! Tak sempat.' then ok la..memang kalau nak sempat sampai sana sebelum majlis mula, kene panggil Doraemon la..hehe

hantaran


Di rumah bujang Mr. Sabrie

Dalam ladang Sime Darby..Rumah bujang, tapi besar gila..4 bilik.. kalau cakap dalam rumah tu, ada echo.. power tak? haha... Jalan nak ke rumah dia memang extreme..untuk Transformer hijau tu.. Pakcik Makcik aku yang lain pun, bila dah masuk dalam kawasan ladang, dah malas nak keluar..sebab jauh nak jumpa jalan besar. Tabik aku pada Mr. Sabrie ni, sebab sanggup duduk area macam tu..haha.. Tapi memang best kot! Tenang je..huu..
Bila dah kumpul ramai2, macam2 cerita keluar.. Daripada kisah diorang nak gerak ke rumah pengantin perempuan masa akad nikah tu, then Pak Tam dengan Mak Tam aku gadoh mulut pasal ba alip ba ya ada ke tak dekat kawasan ladang tu, then pasal Martapura dengan kerabat diRaja Banjar, then kisah Pak Utih aku nampak benda yang tak patut dinampak sampai dia naik bulu roma.. bila ingat balik(aku dekat sebelah dia je masa tu..uuu..bulu roma aku tak naik, tapi dlm hati doa2 benda tu tak datang kat aku..eei..tak nak taip pasal benda tu mlm2 buta ni, dah la sensorang je yg celik mata dlm rmh ni..) finally, cerita pasal journey to Kedah masa hantar adik atas request Pakcik Makcik aku yang tanya "Nadiah mana?", "Nadiah tak ikut?"..haha..  suka budak senget tu dengar Pakcik Makcik dia yang tak berapa nak selalu jumpa ingat dekat dia..haha..
Hah!masa cerita pasal rumah bujang Mr. Sabrie ni, Mak Tam ada cakap, "Rumah besar, kalau ramai2 ni memang meriah, tapi kalau seorang.." Aku rasa, point Mak Tam tu memang kene dengan Mr. Sabrie.. Boring seorang2 dekat rumah besar tu..berdua lebih baik..kan?hehe.. wishing diaorang live happily ever after..sampai akhir hayat.. sebab diorang sweet together.. ^^


Rombongan 10 kereta

Masa mula bertolak tu takde la berderet 10 kereta. Masa mula gerak tu, aku dengan family konvoi dengan 3 family lain jadi 4 buah kereta tunda m'nunda. Sampai dekat Masjid, tengok2 dah ramai yang sampai-6 lagi family jadi 6 kereta. Lepas Zohor, kitaorang konvoi 10 buah kereta ke rumah pengantin perempuan. Dari masjid ke rumah pengatin tu tak jauh sangat pun. Tapi seronok la..konvoi ramai2.

Pakcik Iqbal dengan Al-Fatih


Majlis Persandingan

Sebelum nak bersanding tu kitaorang tunggu kumpulan kompang sampai, dekat rumah Mr. Sabrie bersanggar. Warna tema majlis dia putih merah. Aku dah agak da yang Mr. Sabrie akan pilih warna putih. Sebab selama aku kenal dia..warna putih tu memang warna favourite dia. Jadi dia tetap ensem macam selalu..keke..Laki orang, saya tahu..tapi puji as dua pupu sahaja ya..Adik dia, Haziq jadi pengapit.. Setakat ni, dalam sejarah rombongan pengantin lelaki yang pernah aku ikut, ni antara yang meriah.. then ni lah yang paling ramai ahli rombongannya..haha Pakcik Makcik aku sampai je..terus makan.. Tak tunggu majlis makan beradab da..keke..then masa majlis makan beradab tu..ada jugak la yg kene panggil makan lagi sekali..haha..terbaik..

family (yg sempat bergambar dulu sebelum makan) ^^

Balik
Aku dengan family tak ikut konvoi sama..sebab ada agenda lain..hehe.. 

Bergambar sebelum balik

 Ok..That's all..hehe ^^ TQ..

p/s: makan..tido..tengoktv..windowshopping..wayang..dramakorea..feelingsensorang..berkurungdalambilikhijau..sampaitaktaunakbuatapada..
p/s lagi: lama gila ambil masa nak post entry ni..haha..sebab em ae el ae es online punya pasal..hehe.. ^^

Tuesday, March 13, 2012

Hari Tua..

Hehe.. 9 Mac hari tu..

Hari lahir budak ni..

Aiman Mohd Razi bin Shah Rizal..

Jadi....Pakcik Iqbal dia dengan berbesar hati nak buat majlis BBQ sempena besday dia... Dah orang nak buat majlis kan... Jadi sekali la kami tumpang sekaki menyambut Hari Tua kami..haha..walaupun seorang tu Hari Tua dia dah lepas.. 28 Feb, dan yang seorang lagi belum tiba Hari Tua dia (123...)

KAMI...
~ ekh..salah orang ekh yang belah kanan tu?hee ^^ ~



Best..BBQ party..rugi orang tu tak datang..haha ^^

Jutaan terima kasih ya kepada mereka yang wish..hee.. Sekali dengan kek strawberi yang cute..best aising putih tu..

kek comel yang sedap

credit: fb@Nor Fadhilah

p/s: Saya tak tua ya..hehe.. ^^

Wednesday, August 18, 2010

Saya nak bercerita!!

Ok! Seperti biasa..setelah belajar di bangunan 31 tingkat yg ada dekat tengah Kota Lumpur ni..aku akan 'free' bila tiada kelas atau lab sahaja! Jadi waktu inilah aku berazam nak update blog dengan entri baru!huhu....


Jadi cerita aku dekat sini..adalah mengenai kejadian yang dah berapa minggu berlaku..memang inilah yang bakal aku buat selama aku punya nama 'pelajar UniKL'..huhu..


Sebab apa?

Sebab masa aku harus diisi dengan belajar lah!hoho..-ceh!ayat tak boleh blah..huhu..dah tak ada maknanya lah kalau aku nak buat perangai macam dekat KPTM dulu!huhu...-tapi kadang2 ada jugak demam perangai lama tu datang!



Ok! beberapa minggu yang lepas-kalau tak silap pada 7 aribulan 8, aku dengan kawan2-yang Bella kata 'senget', telah pergi bercuti ke Air Terjun Hulu Langat kat Sg. Bemban...huhu..

Sangat best!huhu.. Bagi aku air terjun ni lagi best banding dengan Gunung Ledang tau!huhu...Tapi...yang hal nak daki air terjun H. Langat ni la yang bagi aku macam cabaran teramat!


Mungkin sebab aku dah selalu pergi Gunung Ledang, jadi dah rasa macam terbiasa tak kira lah dari segi panjat gunung tu atau suasana tempat tu sendiri.


Dari segi kemudahan..Gunung Ledang kot yang terbaik..haha..


Apa-apa pun...aku suka Air Terjun!Janji nama dia Air Terjun je...aku suka!!huhu...


Tak lama kami bersuka-ria dekat sana, sebab ada seorang perempuan ni nak beli pendrive dekat PC Fair KLCC..jadi, sangat kasihan pada mereka2 yang nak mandi lama-lama dan sampai tak mahu balik..Sorry!!huhu...


Dan...tengah hari kami gerak balik ke Kota Lumpur, ke KLCC atas sebab yang telah dinyatakan di atas..hoho... ^^


Ok! ini gambar2 kami! Sangat gembira! Terima kasih budak KPTM(Bella) dan Encik Faris!huhu.. kerana menjadi peneraju utama dalam percutian kali ni!huhu..-ayat tak boleh blah..sila biasakan dengan ayat2 sebegini kerana kamu akan muntah dengan ayat2 serupanya di lain entri!ok!haha..

Terima kasih juga kepada mereka2 yang terlibat..sayang sama kamu semua!huhu..


Jadi, enjoy dengan galeri dekat bawah ni!huhu..

Sunday, May 16, 2010

erm.....erk....-blur-

Rasanya lihat tajuk sahaja dah mengerti aku tak tahu tajuk sesuai untuk entry kali ini. Tapi yang penting... aku nak ucapkan..


"Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru!!!"



Harap tak terlambat lagi untuk ucapkannya!



Kalau nak cerita tentang dua hari ni..-pada hari tersebutlah... Memang tak larat. Sebab mengantuk.

Esok nak 'merayap' ke JB. Hidup aku sekarang boleh dikatakan umpama 'orang nomad'. Atau backpack traveler..haha.. Tapi aku 'car'pack traveler lah....Dalam kereta dah ada satu bundle baju.. bawa je ke hulu ke hilir. Tak kisah tidur mana-mana. haha...


Seminggu juga rasanya aku merantau dekat Batu Pahat-Segamat. Kali ni.. Johor Bahru pula. huhu... Tapi tak sampai seminggu la. Ok!



Perancangan selepas puas 'merayap'. Aku rasa memang BELAJAR!!Ok! huhu... Dah apply UniKL. Harap DAPAT! Amin...



Kalau tak dapat...tunggu tahun depan lah...apply mana-mana IPTA yang buka application dulu.



Ok! Itu sahaja yang nak di kongsi. Terima kasih.





p/s: Terima kasih guru-guru/tenaga pengajar yang banyak ajar aku. Jasa kamu memang sentiasa saya kenang!

Friday, September 11, 2009

Malam Khamis aku..

music playing: marilyn manson's song


Alkisahnya..

Semalam..aku dengan 4 orang bodyguard pergi hangout sama-sama. Mulanya, si Bodyguard A yang ajak keluar..
Nak pergi main bowling katanya. Then, when we reach there, the counter lady kata 'fully booked!'. So, tak jadi lah main bowling..Takpa yer Cik Bodyguard A, kita pergi lain kali ya!huhu

Kemudiannya, kami berlima buat round table, bincang untuk rencana kedua-ala2 Plan B lorr..huhu. So, sebulat suara semua kata pergi tengok wayang..Yeah!!Masa untuk NONTON!huhu..

Mulanya, semua macam hendak tengok the Final Destination-ya!saya belum nonton ini cerita..kerana atas sebab2 tertentu..huhu.. Tapi, selepas tiba di destinasi kami..masing-masing excited bila nampak ada cerita yang lebih baru..so, kami pun sepakat kata mahu tengok GAMER. Special Bodyguard aku kata dia dah tengok trailer movie ni, macam best..Dia kata.

So, we watched the movie!

Ops!lupa mahu selitkan beberapa babak sebelum kami nonton..di mana kami menunjukkan bakat masing-masing dalam bidang nyanyian..huhu Bodyguard A kata..Aku di rank yang ke-5..atau kata lain..paling tak best lorr!haha..-agak lancang di situ Bodyguard A!..tapi aku terima!aku masih belajar..huhu..for sure kalau nyanyi live tanpa mic, aku lorr yang menang!ada benar Bodyguard A?haha..


Point of view aku:

Gamer.

Boleh lorr..huhu. Maksud aku..BEST ok!..huhu..tapi aku tak tahu mahu bagi berapa bintang..hehe.. Aku syorkan orang-orang yang 'freaky gila games' tengok movie ni.. mungkin korang dapat keinsafan daripada movie ni..haha
joking only ya fellows..huhu

Ok!cerita aku..
Mula je tengok cerita ni, aku dah dapat agak..situasi ni sama macam aku tengok adik aku, abang2 saudara aku, kawan2 aku, dan tak terkecuali 'Muchuk' aku tu MAIN GAME! Gila!memang sebijik scene dia..cuma ganti orang2 yang ala-ala 2D tu ganti dengan orang 'real flesh & blood'..tu je. Masa tu tak terlintas lagi lah pulak akan ada orang yang kontrol mereka2 ni..tapi, tak lama sangat pun..aku figure it out..yang diorang ni, manusia biasa yang main/berlakon dalam game tu..game tu, namanya SLAYERS.
Gilalah!-lagi sekali ia keluar..korang bayangkan..manusia macam kita ni..berada dalam keadaan macam game2 perang yang korang main..then, diorang mati pun bukan mati hidup semula tau! just put your self into their place... tak macam $*&%^*@ lah pula kan?haha..

Untuk further/real review..korang baca kat SINI lorr yer..huhu..

btw, aku layan lagu Marilyn Manson ni pun lepas aku tengok movie ni..Marilyn Manson, ROCKS!


Ok!That's all for now. Thank you..




p/s: Bodyguard2 ku..Hope ya don't mind with this 'Bodyguard', that define you guys. Korang memang Bodyguards aku kan?hehe..Sayang korang lorr!

Wednesday, August 12, 2009

5 hari aku mati akal

Aku mati akal..
5 hari.
kalau nak ikutkan 4 1/2 hari sahaja..-tapi kita genapkan ye..lebih afdal*siapa ajar ni?!

dan kebetulan sedang aku mengetuk-ngetuk papan kekunci komputer riba aku yang disayangi ni..berlaku kejadian di luar rumah sewe aku ini, hal yang amat menakutkan untuk didengari..
*peh!rasa macam tak selamat pula duduk dekat kawasan taman Jalan Riang ni! GERUN aku dengar..macam pergaduhan..Entah la?!tapi serius!aku rasa tak selamat...orang yang setia jadi peneman pula tak ada..-tu la!!!siap suruh asyik balik pagi, tinggal kan dia sorang2..PADAN MUKA!!uhuks.. =( -jam 1.40 pm

*selepas 5 minit
kita kembali kepada penceritaan ye.. -selepas tenangkan diri..

mati akal aku kerana bercuti..duduk di rumah tanpa buat apa-apa..setakat kerja-kerja domestik yang anak sedara aku lebih rajin lakukannya banding aku..huhu

ini gara-gara wabak A H1N1 lorr..isk!memang jahat wabak ni!

Ok!kalau ikutkan kepala ayah aku..dia mau aku balik esok pagi*hari Rabu!-macam minggu-minggu biasa*utk semester ni tapi..oleh sebab 'assignment' yang telah diingatkan oleh Cik Adah..aku terpaksa balik ke BP ini..huhu..

Sampai di rumah sewe ni..Adah serang aku dengan soalan lagi..Nah!terus ligat akal aku..apa sebab?
QUIZ.....Tiiiidaaakk!!*baru ingat..ada kuiz..esok!sepanjang 5 hari tu..sepatutnya!kalau baca Network Cabling..boleh muntah tau tak!!!punyalah!

Ini semua gara-gara excited nak bercuti 5 hari..sampai terlupa hal-hal yang sepatutnya..*aku punya excited..sampai selipar bowling 'hari-hari aku pakai' tu, yang aku sarung bawak balik Muar..padahal sebelum sarung selipar tu..aku dah susun cantik sandal hitam aku untuk aku sarung bawak pulang tau! -Ana gelak guling-guling baca benda ni..rasanya lorr..

Apa-apa pun..nasi sudah jadi bubur..
Sekarang ni..aku mau bekukan bubur itu..kasi keras sikit..huhu..
-Wish me luck!NC quizes tomorrow-

Di kesempatan ini-setelah membebel cerita aku yang entah apa, aku nak ucap..

Good luck too..to all 'orang-orang kental' yang terlibat dalam Teater Kompilasi 2..semoga segala urusan kamu sekalian berjaya! -aku tak dapat timbulkan diri..ada hal yang lebih penting di sini. 16 Ogos aku di Kota Lumpur..tapi, masih tak dapat hadirkan diri..jiwa je kot yang boleh pergi..huhu-nanti!satu hari nanti!akan aku sampai juga..untuk tonton teater kamu sekalian!Pasti!Buat sementara ni, aku sokong dari jauh dulu ya!

Ok!sampai sini bebelan aku..terima kasih! =)

Tuesday, June 16, 2009

Dorama Marathon

huhu..as i promise..here are the drama that i have been watch in a month..

first drama aku tengok..

My Lovely Samsoon


then..
Yuhee the Witch



after that..
Green Rose





next..
Boys over Flower
cerita ni adalah third version of the comic Hana Yori Dango*kira adaptasi dari komik lorr..huhu..versi pertama di buat oleh Taiwan-Meteor Garden, kedua oleh Jepun-Hana Yori Dango, dan Ketiga adalah cerita ini..from Korea..huhu




then..
My Girl..






Drama ni aku tengok memang ikut turutan tau!..tapi sebenarnya..ia diselang dengan beberapa filem..antaranya..

April Snow..



dan
Milionaire's First Love
handsomenya Hyun-Bin..huhu



Drama-drama ni semua Korea mali..cuma ada satu cerita yang aku pinjam from Auntie Zurin yang bukan Korean mali..
iaitu..
Underworld..

Walaupun ada diantara cerita ni yang sudah lama disiarkan di tv-tv rumah anda..ketahuilah anda bahawasanya..saya tidak berkesempatan untuk menontonnya..huhu..
serius semua cerita-cerita ni best..Underworld tu cam kurang best, tapi ok lagi lorr..huhu..

DVDs and CDs diatas semua hak milik Auntie yang aku pinjam..yang hak milik aku, dan dah berapa kali aku ulang tengok pula adalah..

Hanazakarino Kimitachie..
*cerita ni satu hari satu malam dah habis tengok..huhu..ni cerita Jepun mali ye, bagi mereka yang tak tahu..huhu..best sangat-sangat..kalau tak best aku takkan ulang tengokkan?!huhu..

then pada hari khamis lepas May 21,2009..aku beli 2 cerita/drama Korea lagi..bagi menambah koleksi aku yang baru punyai 2 cerita Korea..and that is Billie Jean My Love or Billie Jean Look At Me
and Worlds Within..

today..May 24, 2009..aku baru nak tengok episod 7 cerita Worlds Within tu..Billie Jean My Love tu..dah khatam tengok da..agak best lorr gek..tapi tak sebest cerita-cerita yang aku tengok sebelumnya..huhu..

ok!see ya..
-update-

aku berkesempatan untuk menonton dorama Hana Yori Dango
yang di copy oleh adikku Iqbal dalam notebook nya..huhu

and i got new dorama...its Biscuit Teacher & Star Candy
cerita ni memeng dah keluar 8tv..tapi aku tak berkesempatan untuk menontonnya..btw, i buy my own DVD of Boys Over Flower..ini kerana, cerita itu sangat best!!!haha..
that's all..daa