Friday, April 14, 2017

Ter'menangis'..

Hari ni, masa tengah bekerja..berbual dengan Manager aku. Masa tu sambil bercerita pasal besfren yang otw datang KL jumpa tunang dia.

Aku bercerita la, aku ada telepathy dgn besfren ni. Dari zaman belajar lagi, cuma aku tak bagitau si besfren ni..haha.. Ke aku ada bagitau dia, tak pasti.. Masa aku tetiba teringat dia, dia boleh text/contact aku. Padahal dah lama sangat tak contact. haha. Kebetulan ke? Mungkin kot..haha

Lepas tu Manager tanya, "lelaki ke perempuan?" Aku jawab xxxx.... Manager aku tanya lagi "Suka dia ekh?" Aku macam.."xxxxxx.."

Then aku buka cerita, bercerita pada Manager (about to tell the whole world ni..bila menaip dkt blog) Aku pernah dapat hint dari seseorang. Tapi, aku sangat slow sampai hari dia bertunang baru aku perasan yang sebelum ni dia pernah bagi hint bila kami berdua. haha..

Mesti cakap aku perasan je kan? Aku pasti itu hint untuk aku sebab perkara tu ada pada aku sahaja.


Masa buka cerita tu la aku baru termenangis. Guess, tak ada jodohkan aku dengan dia. Dia dah berfamili dah sekarang ni.

Jadi, kesimpulannya.. Aku tak faham hint. Aku macam sensitif tapi tak sensitif pun ^^.


Aku tahu jodoh aku belum sampai lagi.. Somewhere out there for sure! InsyaAllah.


If only dia bagi lagu ni dekat aku.. Confirm aku faham kot..haha Tapi masa tu lagu ni belum keluar pun..haha



p/s besfren: Telepathy tu betul kot sebab masa zaman belajar byk kali jadi masa aku teringat ko, tetiba ko contact. Pasal ko tunang pun, kuat firasat aku kata ko nak jumpa tunang ni, padahal aku tak tahu pun ko dah bertunang..haha  Wish you all the best and Congratz dear besfren. Hopefully, bila ko dah berfamili pun, ko masih ingat nak contact aku..hee