Saturday, October 29, 2011

DiaLogue


Little Niece sat on her Auntie's lap.. Ala-ala manja sebab dah lama tak jumpa Auntie dia yang seorang ni..keke..


Little Niece: Auntie auntie...kenapa auntie buta?

Auntie: Auntie tak buta...auntie rabun..

Little Niece: Auntie..kenapa auntie pakai ni? -sambil pegang cermin mata Auntie..

Auntie: Sebab auntie rabun....


(Little Niece nak buka cermin mata Auntie, dan Auntie pun pejam mata ala-ala budget perasan muka comel macam ni.... ^^ )


Little Niece: Kenapa Auntie buat macam tu? -sambil 'copy'(buat) balik muka ala-ala comel tu.



Auntie: (smile je..) -dalam hati "Macam mana la aku nak 'explain' pada budak ni.."


tak lama kemudian Auntie jawab..


Auntie: Sebab bila pakai ni, mata kita besar, then bila kita tak pakai ni, mata kita kecil... Jadi nanti mata kita tak rasa sakit masa dia nak tukar dari besar ke kecil...


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . (bunyi cengkerik)





-fakta: sebenarnya Auntie tu nak 'explain' benda yang dia belajar dalam Biologi dekat sekolah menegah dulu..tapi kalau nak sebut retina, otot mata, etc. macam mana lah budak tu nak faham kan? jadi..itulah yang dijawabnya.... keke.. ^^ tapi budak tu boleh faham ke apa yang Auntie dia explain??-



gambar: KD a.k.a Kak Dina yang berpeluh-peluh main motor*konon lumba motor dgn abang dia, posing depan tangga rumah aku masa raya puasa hari tu.




p/s: Macam mana la aku nak 'explain' dekat anak aku nanti kalau dia tanya benda yang sama...

.....happy auntie..... ^^


=========================== update ============================
5/11/11 @2.05 a.m

Aku belajar dari buku Ustaz Hasrizal.. sepatutnya Auntie tu jelaskan apa yang dia tahu! Ustaz pesan.."Jangan layan anak-anak seperti 'separuh manusia' yang hanya ada fizikal untuk dilayan"

Jadi, jawapan yang harus Auntie beri pada Little Niece tu ialah..
"Mata kita ada titik fokus dengan retina yang membolehkan kita melihat. Titik fokus tu mesti sampai dekat retina baru kita boleh lihat dengan jelas. Titik fokus mata Auntie tak sampai dekat retina, sebab tu Auntie rabun. Jadi, bila Auntie pakai ni(cermin mata), titik fokus tu sampai dekat retina mata Auntie. Bila Auntie tak pakai ni, titik fokus tu dah ke depan dari retina..kan ada dua keadaan berbeza kan? Jadi bila Auntie buat macam ni ^^ , mata Auntie tak berubah dengan mengejut sebab dah pejam mata untuk beberapa saat..."
Hah! Patut Auntie jawab macam ni!huhu..


Sorry Little Niece..


p/s: Best baca buku tu!!

Thursday, October 13, 2011

I talk Crap #9 (PEREMPUAN NI....)

Perempuan ni.. (macam aku ni bukan perempuan je)

suka pilih-pilih kawan.
Kalau tengok kawan dia lepak dengan orang-orang yang dia tak senang kawan, dia tak ikut lepak sekali. kan?haha..



Perempuan ni..

suka gaduh-gaduh.
Benda yang remeh-temeh pun nak gaduh. Ada salah faham sikit, dah tak tegur, jalan seorang depan, seorang belakang. Lepas tu tarik muka je memanjang. kan?haha..



Perempuan ni..

suka nak mengedik tak tentu pasal.
Kejap-kejap nak lentok-lentok kepala la. Nak mengada-mengadalah. Cakap manja-manjalah. Semua tak tentu pasal. Tetiba je. Lepas tu ada pulak, tetiba ajak nak pergi karaoke. gila kan?haha..



Perempuan ni..

ada je emosi terganggu atau kata lain jiwa kacau.
Tetiba update status "Sedih TT", "I nangis tadi..", "Suka gila hari ni!". Semua macam tiba-tiba, macam mengedik tadi. tetiba je..kan?



Perempuan ni..

asyik ingat dia je yang betul.
Kalau cakap tu, asyik nak menang. Dah bagi penerangan dengan terperinci, tapi masih lagi tak nak mengalah. kan..?


Perempuan ni..

selalu menyusahkan.
Bersiap, lama gila. Makan, lambat gila. Keluar jalan-jalan, cerewet gila. Semualah gila..kan?



Perempuan ni..

suka cemburu tak bertempat.
suka sibuk-sibuk tanya dekat mana.
suka tiba-tiba 'call' nak bergayut tengah-tengah malam.


Ish...banyak lah lagi kalau nak cerita..pasal perempuan ni..




TAPI!! Apa 'point' aku sebenarnya? Apa yang aku nak 'highlight'kan dekat post ni?



Perempuan ni..

pilih kawan. Betul ke? Kalau betul, apa sebabnya? Kalau salah, apa sebabnya. Cuba fikir.. Kalau betul, mungkin salah satu sebabnya kerana taknak salah bergaul. Tapi bukan semua perempuan memilih kawan, ada yang boleh bergaul dengan semua orang. Ya! Sebab tu ada perempuan yang dah tak serupa perempuan. Kan? Erk..tapi ada juga perempuan yang boleh bergaul dengan semua, tapi masih pandai jaga adab bergaul juga kan? Bagi aku, atau merujuk pada diri aku, aku bukan tak boleh bergaul dengan semua orang. Boleh! Cuma ambil masa. Sebab macam ayat "tak kenal, maka tak cinta" haha.. cuma lepas tu aku 'apply' "bila dah kenal, aku tapis-tapis cinta tu" haha..kalau tak faham..faham2kan la ye..haha.. agak sebab tu sampai sekarang aku single kan?haha..-ceh!nak 'advertise' diri la tu yang dia single la konon!haha..


Perempuan ni..

gaduh-gaduh.
Asam garam hidup la gaduh-gaduh remeh-temeh ni. Bukan perempuan je aku rasa kalau bab gaduh-gaduh ni. Lelaki pun sama je kot! Tak percaya? Pergi baca surat khabar sana pi! Ada je kot, baik lelaki atau perempuan, gaduh sampai berbunuh-bunuh la, bersimbah asid la. Kan? Padahal, punca masalah nya, remeh-temeh je kot. Jadi, fikir-fikirlah kamu-kamu yang membaca post ni ya.


Perempuan ni..

gedik tak tentu pasal.
Kadang-kadang tu biasalah kan. Dah nama pun PEREMPUAN. Memang nak bermanja-manja la. Tapi kalau selalu, memang rasa menyampah. Macam nak bagi penampar pun ada. Kan? Aku pun rasa yang sama kot. haha.. Lagi, siapa kata lelaki takde nak mengedik-gedik ni? Kalau lelaki yang memang 'natural'nya begitu, memang lah kan. Tak boleh nak kata apa. Tapi, ini lelaki konon la kan sejati pun ada juga gediknya. Tapi takde lah selalu. Kan? Aku tahu. Sebab melalui pemerhatian dan kajian aku sekali lagi, konon la kan!. haha..
Bagi aku, sekali lagi merujuk pada diri. Nak kata selalu aku mengedik? Aku pun tak tahu. Kene tanya orang keliling aku dulu. Tapi, apa yang aku rasa, memang ada masa aku tetiba mengedik. Tapi tak selalu. Biasalah kadang-kadang kan. Kalau selalu tu, ya! Aku setuju mereka-mereka itu diberi penampar. haha..


Perempuan ni..

emosi terganggu atau jiwa kacau.
Lagi, lumrah alam. Alam perempuan. Lelaki mana tau?! Tapi aku rasa lelaki boleh faham kot. Perempuan kan ada datang bulan a.k.a PMS(Premenstrual syndrome). Tapi..lelaki pun sama kan? tak percaya google. Ini fakta ya! Bukan main-main, bukan cobaan! haha.. cuma datang bulan tu bukan maksudnya lelaki tu ada sampai berdarah-darah macam perempuan. Cuma dari segi emosi tu. Sama je. Tapi jarang-jaranglah lelaki yang alami benda ni. Tengok tahap tensi mereka sebagaimana..


Perempuan ni..

ingat diri je yang betul.
Aku? Serius ini bukan aku. Tapi..ye ke? haha.. Entah. Orang keliling aku tahu kot. Mungkin kadang-kadang dengan orang tertentu je aku buat macam tu. hee.. tapi tu ngada-ngada je. Lepas tu, tak di layan. erk..aku yang tak di layan ye! Hah! Rasanya, kalau korang jumpa mereka-mereka yang sebegini, silalah jangan di layan. Senang. Bagi je lah mereka yang asyik nak menang ni menang. Truth will come to them anyway. haha..


Perempuan ni..

menyusahkan.
Kalau diri aku ni. Ye kot! Selalu menyusahkan orang keliling aku. Tapi, nak ikutkan diri aku.. memang aku tak suka nak menyusahkan orang. Tapi, mesti ada je lah benda yang aku buat boleh susah kan orang. Agak..lumrah seorang manusia a.k.a hamba ciptaan-Nya yang sememangnya lemah, tak lari dari buat kesilapan. keke..ayat..hehe..
Berbalik pada perempuan. Lambat bersiap, nanti kalau comot-comot je keluar, korang yang bebaik mengaku boyfriend dah taknak dah mengaku boyfriend. Yang suami, dah taknak dah jalan dekat-dekat. Yang kawan, terus 'cancel' kata "takpe la..kucing aku masuk wad lah!"..haha.. -bengong punya contoh..-
Lambat makan? Itu semata-mata demi kesihatan ye!-ke alasan?haha.. Tapi Nabi pun kunyah makanan 44 kali kan?! Hah!kalau bab cerewet tu..aku tak tau nak kata apa la.. Sebab aku bukan jenis yang cerewet. Tapi.. tak cerewet pun boleh menyusahkan jugak kan? Sebab bila tanya.."Kau nak minum dekat mana?" aku jawab "Alah! mana-mana je!", "Kau nak pergi (contoh nama tempat) ikut jalan mana?", aku jawab "Tak kisah, ikut jalan mana-mana pun boleh, janji sampai!". Mesti korang yang kene bila tanya aku, macam nak bagi penampar dekat aku kan? haha.. OK! sila beratur untuk tampar aku..haha ^^


lagi..


Perempuan ni..

cemburu, sibuk asyik nak tanya dekat mana, nak 'gayut' malam-malam buta..

Ini....aku tak tahu nak komen apa.. Sebab bukan aku.. ekh... sebab takde pengalaman diri dalam buat macam tu..sebab single la katakan-dah mula balik la advertisement dia tu- haha.. OK! sungguh kalau bab 'coupling' ni aku takde pengalaman, tapi kalau bab kawan tu ada la.. Except 'gayut' malam2, ekh..ada! Tapi tak lama pun..Kejap je.. Tu pun sebab blackout dekat rumah!-tu dah kira ngengada le kan namanya?haha.. Dan bagi aku, 'nature' la tu kan.. Cemburu? Aku? Ada aku rasa! Bila besfren aku tak layan aku bila jumpa kawan lain. "Besfren..besfren, besfren pun ada rasa jeles kan? kan?" haha.. Tapi tak lama la..kejap je.. Lepas tu, bila tak jumpa kawan lain tu, besfren pun layan I balik kan? Lepas tu hilang lah jeles tu..haha..
Sibuk asyik nak tanya dekat mana? Hah! Kalau aku? Aku sayang kawan-kawan aku, kira 'take care' lah tu.. -padahal sibuk nak tahu dekat mana sebab.. kot2 diorang keluar tak ajak aku kan!haha- Takde la..! Serius..kalau kawan-kawan tu, memang saja je nak tanya, nak jadi penyibuk jap..sambil2 boleh dijadikan pembuka kata sebelum nak tanya perkara lain. Lagi kalau diorang keluar jenjalan, lepas tu tak ajak, lepas tu ada kerja yang sepatutnya diorang kene siapkan, hah! bila dah tau lokasi mereka-mereka ni, bolehlah bagi free advice sikit! haha.. Ok! serius..! Tanya sebab tak lari dari 'take care as a friend!' tu je!
Gayut pulak? Walaupun takde pengalaman -takat dengan besfren tu adalah- , aku rasa dah namanya perempuan lepas tu dah namanya 'couple' kan.. memang la kalau takde pape pun rasa nak borak-borak lama2 lepas rindu.. KOT!! aku pun tak tahu.. tapi kalau aku dengan besfren.. Dia nak tidur pun aku cakap.. "jap ekh.." "Nah dengar lagu ni!" lepas tu aku bagi besfren dengar lagu trot yang aku post lepas dekat sini. haha.. Tu dah kira gediklah kan? Ades! Bila fikir balik..memang patut la aku single..! Aish! Diri sendiri yang menempah..kan?haha..



Ok! sampai sini je la.. Thanks baca post panjang ni! Kalau apa yang aku taip ni mengarut je.. aku mintak maaf..hehe..


See ya..





p/s: Rasa syukur sebab ramai orang keliling aku dapat terima aku, seadanya aku. Cuma yang satu, yang mana jadinya aku dari tulang rusuk dia.. "Bila je nak jumpa kamu ni Pakcik oi!!"haha ^^